Pengalaman Menarik Mengunjungi Masjid Jin Di Sungai Besar | Memang sunyi minggu ni bila ketiga-tiga puteri balik ke lokasi masing-masing, hari Sabtu KC Iman dah selamat sampai ke Jitra dengan menaiki ETS jam 11.20 pagi sementara KY Amanda pulak menaiki bas di TBS ke Pekan. 

Alhamdulillah kedua-dua anak gadis dah selamat sampai dan hari Ahad pula Umi dan DH serta cikapplepie pergi menghantar Meya balik Sabak Bernam dan nanti kalau dia dah boleh balik sendiri ke sana, mungkin kami tak perlu nak hantar, bukan apa supaya dia lebih berdikari..sampai bila kami nak hantar kan..hehe.  Bolehkah cik Meya? 


Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang (PSIS)

pemandangan indah di PSIS, mesti bekas student atau student kat sini mesti kenal la kat mana lokasi ni kan
 
Alhamdulillah cuaca elok dan tiada kesesakan jalanraya jadi perjalanan pun berjalan lancar cuma agak jenuh sebab lupa nak beli mineral sebelum bertolak jadi agak jenuh nak mencari kat pekan Sg Besar sebab masih banyak kedai yang tutup sebab CNY kan. Malah sewaktu jengah ke Bagan Nakhoda Omar (BNO) kekonon nak beli ikan tapi tak de nampak nelayan dengan jualan..masih bercuti la tu kot

Singgah makan tengah hari di pekan Sabak Bernam kemudian hantar KM balik ke kolej, DH ikut jalan kampung yang bukan jalan kebiasaan, yelah nak la tukar jalan pulak supaya tak jemu. Jemu? hehe Umi ni penumpang jer bukan tukang pegang stereng kan.  Seronok jadi penumpang ni sambil tengok jalan, tengok pemandangan dan rumah-rumah kampung berselang seli dengan kebun kelapa sawit..nyaman...tenang jer.

Masjid Muhammadiah Pancang Bedena, Sungai Besar

Kami singgah di surau ni kekonon untuk solat, tapi Umi dan DH cuma singgah ke bilik air jer sebab surau tu dikunci.  Seperti biasa DH sibuk mengambil gambar sebab surau ni agak unik seakan rumah lama. Sedang DH ambil gambar, hadir seorang lelaki yang rasanya ditugaskan membersihkan kawasan masjid, menyapa DH.  Umi dan cikapplepie dah masuk kereta sebab cuaca yang sangat panas tapi keluar juga sebab nak bergambar.  Bila DH masuk ke kereta dia pun mula bercerita perihal masjid.  Mujur berkunci kan kalau tidak, tak tahu la kisah kami kalau tiba-tiba dengar suara ramai memberi salam.

Keunikan masjid ni menjadi tarikan pada en suami yang tak lepaskan peluang mengambil gambar kenangan yang mulanya berniat untuk bersolat di sini.


Masjid Muhammadiah Panchang Bedena ni terletak 8 kilometer dari pekan Sungai Besar, Masjid ini yang dibina pada 1905 menampilkan keunikan dari segi senibinanya dan pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya.


Kubah yang sangat unik dan bertingkat dengan rekabentuk masjid tradisional yang diperbuat dari kayu ni cukup menarik. Malahan persekitaran yang bersih dan terletak dijalan yang pasti membuat pengunjung dari luar singgah untuk berfoto macam kami.

gambar sumber https://bit.ly/2ImgIch

Masjid Muhammadiah Panchang Bedena, Sg Besar, Selangor juga dikenali sebagai 'masjid jin'. Beralih tempat, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan dan seperti diperhatikan antara pengalaman dilalui jemaah masjid lama di Kampung Panchang Bedena, dekat sini.
Masjid yang diberi gelaran penduduk setempat dengan nama ‘Masjid Jin’ itu dan mempunyai pelbagai kisah misteri sejak dibuka pada 1905 terletak lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar.
Sumber: Penduduk tempatan/Harian Metro

Sepanjang perjalanan tu memang banyak la kedai makan dan DH dah janji nak singgah makan cendol gula melaka, memang dengan cuaca panas ni memang terliur  dan berbayang kesedapan Cendol dan ABC dan kami singgah ke kedai makan Raja Cendol Gula Melaka

Raja Cendol Gula Melaka


ABC - Ais Batu Campur
 Teruja? yeah memang teruja sebab dah lama tak makan, okey walau kurang susu tapi mengharap ianya sedap dan menepati citarasa dan menyejukkan tekak dalam cucaca panaih lit lit tu

ABC - Ais Batu Campur

Jenuh Umi dok korek nak cari kacang dan akhirnya Umi akur memang tak de kacang.  Mungkin bagi sesetengah orang apa la sangat tanpa kacang waima kacang tanah sekali pun tapi bagi peminat ABC tanpa kacang tu bukan ABC la sebab kacang tu membuatkan ABC menjadi sedap dan berlemak.. 

Apa pun selera kita tak sama, mungkin ok pada orang lain tapi tak ok pada selera Umi. Lain kali boleh cuba di kedai yang lain yang masih berderet disepanjang jalan pergi dan balik.

Cendol VIP pilihan DH

DH pilih Cendol VIP tanpa pulut.  Rasa cendol yang biasa-biasa saja pada Umi sebab cendol yang Umi biasa makan kat Wangsa Maju lebih sedap walau tanpa laici, lagipun sagu tu macam dah lama atau dimasak terlalu lama sampai terlampau lembut dan tak kental.


Antara pelbagai cendol yang dijual seperti Cendol VIP (special), Cendol Durian, Cendol Biasa, Cendol Pulut, Cendol Nenas, Cendol ABC, Cendol Laici Kang dan Air Nenas

kedudukan kedai ni memang kat jalan besar
Dah banyak kali ke Sg Besar pergi dan balik tapi masih tak ada kesempatan untuk makan mee udang banjir lagi sebab ianya dibuka dari jam 2 petang dan kami tak nak sesak dalam kesesakan jalan raya.  Jadi makan mee udang tu ditunda ke masa akan datang.

Okay Sungai Besar! kita jumpa lagi nanti. InsyaAllah