Bagasi.my Memudahkan Pencarian Penginapan Murah Di Kundasang | Dah lama berangan nak ke Sabah, satu-satunya negeri yang belum pernah dijejaki walau DH tu dah kira expert tentang Sabah rata ceruk dia dah jejak sampai ke pulau-pulau jugak. Tak adil? memang tak adil sebab bukan sekali dia ke sana. Bercerita pasal Sabah, tentulah Kundasang menjadi target utama dan saya dah siap senaraikan tempat untuk dilawat selain terbayangkan Gunung Kinabalu yang gah tinggi bagi menyentuh langit sebab Kundasang terletak 2000 meter dari aras laut memilik keindahan setaraf negara-negara Eropah.

Bagasi.my Memudahkan Pencarian Penginapan Murah Di Kundasang
Pic : diambil dari FB Nadzley Amn
Antara tempat menarik yang harus dijejaki di Kundasang dan sememangnya sekian dalam ada dalalm senarai semestinya seperti kat bawah ni..ehh kalau ada sesiapa nak bagi tambahan tu tolong la bagi tau kot-kot saya terlepas pandang sebab terlalu teruja. 
  • Pekan Nabalu
  • Kinabalu National Park
  • Pekan Kundasang
  • Desa Cattle Dairy Farm
  • War Memorial Park
  • Poring Hot Spring
  • Canopy Walkway
  • Tagal Fish Spa
  • Arnab Farm
  • Sabah Tea Garden
  • Sunset view
  • Sosodikon (Pyramid) Hill
  • Bulatan Todak - open seafood stall
Melalui seorang kawan, saya kenali portal Bagasi.my dan tadaaaaa saya dah jumpa pilihan untuk penginapan dengan 17 Hotel di Kundasang yang mesra bajet - bawah RM150 sehari! 

Naik juling jugak mencari dan tengok penginapan ni tapi sungguh portal Bagasi.my ni memang memudahkan saya dan dari 17 penginapan tu saya tertarik pada J Residence memandangkan ahli keluarga ada 8 orang tu tak termasuk adik beradik dan sepupu  sepapat yang mungkin berminat kan. Terletak di tempat tinggi (Kg Tinompok, Mile 35 Kinablu National Park, Nabalu  89300 Sabah) jadi rumah bungalow ni memang nampak cantik dan nyaman sekali juga terdapat restoran untuk merasai makanan tempatan yang sedap. Apa yang penting kemudahan yang terdapat di J Residence pun sudah memadai.

J Residence
Lagi satu penginapan yang menarik perhatian ialah Ayana Holiday Resort tapi nampaknya kena tempah awal sebab cepat penuh.  


Mana taknya harga semurah RM80 semalam nampak selesa dengan kemudahan katil besar, TV skrin rata, WiFi, bilik air serta peralatan membancuh teh/kopi dan restoran Bayu terletak hanya 500 meter dari sini.


Bagi mereka yang sukakan privacy, Kundasang Golf Retreat Villa ni adalah pilihan terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan tapi ianya tidak selalu dibuka kepada umum namun sekiranya anda bernasib baik, pasti ada rezeki menginap disini. Penginapan menarik ini direkabentuk oleh JWA Design and Build yang turut diberi kepercayaan memberikan sentuhan didalam hiasan dalaman vila ini. Antara contoh hasil kerja syarikat ini adalah Ibis Styles Innanam Kota Kinabalu atau layari JWA Design and Build.

Jadi tempahan pun dah dibuat cuma tunggu pengesah dari pihak penginapan je lagi tapi kalau dah penuh kita masih ada 16 penginapan untuk ditempat.  Cepat? Kalau bercuti ke Kundasanagn atau mana-mana lokasi pun kena aturkan dengan segera kalau tak memang boleh gigi jari jer sebab penginapan tu penting kalau tak de...haihh nak tidur mana?