Tempohhari ada suarakan pada DH yang dah lama tak makan di The Humble Chef dan semalam DH ajak kami ke sana lagi buat kali keempat atau pun dah kali kelima untuk tahun ni..tak ingat tapi kali ni korum memang tak cukup, hanya berlima je.  Kenapa repeat? sebab pertama sebab kesedapan sajian tu memang mengikut cita rasa dan kedua sebab murah..eh tak la murah tapi sajian dia tu memang cukup untuk seseorang yang tidak makan terlalu banyak..bak kata janji ada makanan.

baca The Humble Chef : Pasta Murah Dan Menyelerakan Dengan Harga Berpatutan 

Tak payah nak cerita panjang lebar kan sebab dah memang mengikut citarasa kami sekeluarga dan sesekali makan di luar seakan treat ourself dan bonding time dan semestinya cafe The Humble Chef di Desa Pandan menjadi pilihan seperti selalu sebab lebih dekat dengan rumah kan.

The Humble Chef
Makan Malam Bajet Di The Humble Chef

Angah Ammar dan Cikapplepie dengan Pan Fried Chicken Cutlet RM20.00 dengan ada ayam, salad yang disiram dengan sos  dan pasta


Makan Malam Bajet Di The Humble Chef


Beef Pesto @ RM5.00 ni kepunyaan saya ler yang cukup menepati selera dan memakan Pesto ni pun selepas diperkenalkan oleh Chef Ross.


Makan Malam Bajet Di The Humble Chef

Lamb Carbonara @ RM6.00 pilihan DH yang cukup untuk mengalas perut tapi dia pun join in untuk Mac & Cheese jugak


Makan Malam Bajet Di The Humble Chef

Lamb Carbonara Double @ RM12.00 pilihan KY Amanda..nampak tak kuat sungguh dia makan dan banyak tu boleh habis tau tanpa bantuan sesiapa..uhh

Makan Malam Bajet Di The Humble Chef

Chicken Wings @ RM7.50 ni la pilihan cikapplepie tapi bukan dia sorang je yang makan. Ni lagi sorang anak dara yang kuat makan hehe

Makan Malam Bajet Di The Humble Chef

Crème Brúlée @ RM5.00 ni pun untuk KY Amanda, alahai anak dara ni kuat makan sungguh

Makan Malam Bajet Di The Humble Chef
Mac & Cheese @ RM9.50 pilihan saya tapi sharing dengan yang lain sebab mana boleh nak habis kalau dah makan sepinggan Pesto atau pasta yang lain kan.

Heaven and Earth Ice Lemon Tea @ RM3.50 dan kalau dengan RM1.00 kita boleh refill air minuman kita tu..berbaloi? semestinya !!

Buat sesiapa yang nak ke sini, boleh pergi ke alamat kat bawah ni atau ke Damansara Height


Humble Chef 004
12-G, Jalan 4/76C, Desa Pandan, Kuala Lumpur

Humble Chef Damansara Height
54-G, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Instagram : @humblechefmy