Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan Sedap Berlemak | Setiap kali membuat sambal tempoyak tumis ni, pasti akan dibuat lebih supaya boleh dimakan dengan roti macam letak kaya atau jem..siapa pernah buat macam ni? hehe

Memandangkan musim durian dah hampir ke penghujungnya tapi buah durian yang masih berbaki dijadikan tempoyak.  Tapi sebenarnya tempoyak dengan durian mahal mcm IOI, D24 ni sebenarnya kurang sedap dibuat tempoyak  sebab rasanya agak manis walau dah jadi tempoyak berbanding dengan durian kampung, rasa tempoyak akan jadi lebih masam dan bila dibuat sambal memang menggiurkan.

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan Sedap Berlemak
Kalau orang Pahang, pastinya dibuat Patin Tempoyak yang cukup popular di sana dan saya sendiri pernah memasak Ayam masak Tempoyak yang menjadi kegemaran cikapplepie.  Selain tempoyak ni dimasak, sambal tempoyak mentah menjadi kegemaran dan dicicah dengan ulam kacang panjang atau kubis tapi en hubby pulak, petai menjadi sajian diganding dengan sambal tempoyak ni.  Kalau cite pasal tempoyak ni banyak resepi yang boleh dibuat menggunakan tempoyak ni tapi entri ni pasal sambal tempoyak ikan bilis bersantan yang menjadi kegemaran kami adik beradik.


Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan Sedap Berlemak

Bahan-bahan
100gm ikan bilis, dibilas dan ditoskan
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 cawan santan


Bahan untuk ditumbuk/dikisar
15 biji cili api, kalau suka pedas boleh letak lebih banyak
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu tempoyak
1 inci kunyit hidup


Resepi : Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan

Cara membuatnya:

  • Ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditoskan. Bila sudah kering, goreng ikan bilis dan letakkan di mangkuk
  • Tumis bahan yang ditumbuk/dikisar dengan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tu tapi pastikan api sederhana dan serai yang diketuk
  • Masukkan tempoyak, daun kunyit dan dikacau hngga pecah minyak
  • Masukkan santan dan kacau hingga sebati. (Kalau tak nak letak santan pun boleh, terpulang ikut kesukaan)
  • Bila nampak sudah pecah minyak,  masukkan ikan bilis yang digoreng tadi, kacau seketika dan tutup api.  Letak sedikit garam tapi jangan banyak sebab ikan bilis pun ada masin jugak. Siap!


Nota :

  • Bagi peminat petai atau terung pipit, boleh la masukkan semasa masukkan tempoyak tu. 
  • Saya suka bahan-bahan tu ditumbuk kerana rasanya lebih sedap dan bahan-bahan tu akan terlalu halus kalau dikisar.


Selamat mencuba!

250720 / 193