Resepi Rendang Kerang Cili Padi Simple Dan Sedap

by - December 12, 2019

Resepi Rendang Kerang Cili Padi Simple Dan Sedap | Kerang ni adalah antara hasil membeli di Pasar Sungai Dorani tempohhari sewaktu menghantar Cik Meya balik ke Sabak Bernam.  Ni sebenarnya lebih pada balas dendam la kot sebab dalam 3 minggu sudah pergi ke ST Rosyam beli kerang untuk buat sambal tapi liat macam kunyah getah ikat plastik..pulak tu cengkerang besar tapi isi ciput jer beza dengan kerang yang dibeli ni kecil tapi isinya sama penuh. Tahu tak harganya RM8 sekilo je, memang boleh buat saya lompat bintang kesukaan sampai beli sebanyak dua kilo hahaa

Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap
Saya kalau dapat kerang memang suka buat rendang selain dibakar, direbus buat cicah atau goreng bersos atau juga boleh buat kerabu macam tempohhari tapi tak sempat nak kongsi resepi. 

Baca sini untuk Kerbau Taugeh Kerang
Bahan A
2 kilo kerang, dibasuhdan digosok bersih, direndam dengan air dan garam dalam 20 minit.
Garam berfungsi sebagai agen pencuci kotoran di kulit kerang dan dapat membuang segala racun dan bakteria didalamnya

Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap

Bahan B - untuk dikisar
10 - 15 tangkai cili padi kampung
4-5 biji bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
7 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup


Bahan C
2 cawan santan kelapa
4 sudu kerisik
2 - 3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit, dihiris halus

Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap
Cara memasak

  • Panaskan 1/2 cawan minyak di dalam kuali, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.  Tumis sehingga agak kering dan pecah minyak.
  • Masukkan santan, renihkan dengan api perlahan 
  • Masukkan isi kerang, asam gelugur, daun kunyit dan akhir sekali kerisik, digaul hingga sebati sehingga agak kering
  • Tutup api dan masukkan garam secukupnya


You May Also Like

7 Comments

  1. Sedap tu rendang kerang kak. Lama tak pekena kerang😋

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kerang! Sy biasa rebus dan mkn colek sos cili jer sng

    ReplyDelete
  3. ya rabb. sedapnyaa! tqq share resepi nanti nak try la

    ReplyDelete
  4. Adududuuuu saya ada masalah kalau tengok makanan lazat memalam buta ni. Jadi lapar pulak, sepatutnya tidur. Halahhhhh kak fuzy ni. Mengundang. Hahahaha.. Hmm menu pedas pedas gini memang fav. Dapat pulak nasi panas, tak pandang dah lauk lain.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya rendang kerang.. Makan pula dengan lemang.. pergh!! Ohsem..

    ReplyDelete
  6. it estimates rank dependent on the traffic from clients who have the Alexa toolbar introduced. blog comment service

    ReplyDelete
  7. Thanks for picking out the time to discuss this, I feel great about it and love studying more on this topic. It is extremely helpful for me. Thanks for such a valuable help again. SEO Services

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!