-->

January 03, 2020

Menjamu Selera Di Warung Pekan Lama

Menjamu Selera Di Warung Pekan Lama | Kami sampai di Pekan dah tengahhari jadi perut masing-masing dah berbunyi terutama cikapplepie la jadi en suami syorkan kami makan di kedai makan yang sering dikunjungi Yang Dipertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah.  Siapa tak teruja kan!

Warung yang saya boleh panggil legend yang nampak biasa-biasa ni menghidangkan masakan kampung asli Pahang terletak berdekatan Pejabat Daerah Pekan. Warung ni terletak di deretan kedai kayu lama yang terletak betul-betul di jalan besar jadi tak susah nak cari kalau teringin nak makan kat sini.  Difahamkan menunya sama jer setiap hari tapi kalau ke sini setiap hari boleh tukar-tukar juadah untuk mengenyangkan perut kan dan warung ni juga menyediakan hidangan bermula untuk sarapan pagi jugak.

Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
Ni sebahagian dari kisah percutian singkat kami di Kuantan baru-baru ni, boleh baca kat SINI
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 

Agak banyak juadah yang terdapat di sini antaranya Sambal tempoyak ikan bilis petai bersama terung pipit, kerabu sotong, patin tempoyak, patin goreng, rendang daging dendeng dan banyak lagi

Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
Ni je lauk yang saya ambil, penuh sayur-sayuran kan dengan masak lemak cili api pucuk ubi kayu, kerabu kacang botol, budu dan paling menarik perhatian pastinya pecal tu.  Eh saya sorang je ke yang makan? idok ler..cuma tak sempat nak ambil gambar yang hat suami dan anak-anak sebab semua dah kelaparan gituu dan pastinya lauk patin yang dikongsi terlepas pulak dari tangkapan kamera saya ni..huhu

Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
Ni yang menambat hati en suami sebab dia makan pulut ni dengan kelapa dan ikan masin.  Susah nak jumpa kedai yang jual pulut gini kecuali kat Restoran Diva di Jalan Bukit Setiawangsa..ahh tetiba rindu nak sarapan kat situ la pulak hehee
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
Lempeng dengan kelapa
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
Kuih cara manis ni memang kesukaan KC Iman sampai 2 kali dibelinya...mana taknya bukan dia sorang yang dok mengunyah tapi KY, Meya dan cikapplepie pun termasuklah si ayah...tu yang muncung jer KC Iman tu...mujur harga murah..hehe

Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
 Cantik kan hiasan dinding kedai ni tu yang buat tertarik untuk saya rakam untuk kenangan. Saya rasa sama seperti orang lain, selain hidangan yang sedap, persekitaran dan susun atur kedai makan tu pun penting, nak nak zaman sekarang ni...makanan sampai ke meja pasti kita sibuk ambil gambar dulu pastu update di social media...siapa tak gitu? payah la nak percaya...hahaah
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
Pelanggan singgah makan kat sini terdiri dari selebriti, artis dan tokoh politik termasuk la mantan PM kita yang terdahulu yang sememangnya orang Pahang malah JJCM pun pernah berkunjung kat sini.

Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 
Gambar bangunan lama antaranya Istana Mangga Tunggal dalam warna hitam putih turut dipamerkan di sini.

Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama 

Alamat : 
No 18, Jalan Sultan Abu Bakar, Kampung Pancur, Pekan, Pahang Darul Makmur

Facebook | Instagram | 019-920 7515

4 comments:

  1. Allahu, sungguh tergoda tengok menu makanan 😍

    ReplyDelete
  2. menariknya tengok semua menu tu kak, pulut dengan kelapa, pulut dengan sambal serunding pedas, macam-macam makanan utk sarapan juadah tgri pun banyak jugak... mesti best makan situ

    ReplyDelete
  3. choices lauk banyak.. tengah2 hari mmg pekena nasi campur baru best. kedai pun cantik dan kemas..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!