7 Langkah Tampilkan Keceriaan Diri Setiap Hari

by - March 10, 2020


7 Langkah Tampilkan Keceriaan Diri Setiap Hari |Hidup yang ceria bermula dari kita melelapkan mata hinggalah bila kita bangun pagi.  Hati yang ceria pasti membuat kita bersemangat dengan mengemas katil, menyelak langsir atau bidai supaya memberi ruang untuk pengudaraan bagi menyegarkan bilik dan memberikan cahaya matahari memasuki bagi menambahkan keceriaan pada bilik kita


Banyak perkara yang boleh kita buat supaya keceriaan itu berlanjutan dan apa yang pasti keceriaan itu sememangnya akan mengawal emosi kita supaya terus ceria dan tenang dalam menghadapi apa jua cabaran setiap hari.

Mungkin langkah-langkah yang dikongsi di bawah ini dapat membantu atau dapat memberi idea untuk korang dapatkan keceriaan untuk kebaikan diri sendiri.


1. Ceriakan Dengan Warna
Memilih warna yang sesuai pasti akan menambahkan keceriaan pada diri kita kerana warna meninggalkan pelbagai kesan kepada tubuh, jiwa mahu pun dalam minda setiap orang.  Sekiranya kita sering berasa letih  di permulaan hari, mungkin penggunaan perabut berwarna merah atau mungkin warna ungu dapat merangsang tenaga.  Kalau inginkan suasana yang segar dan bahagia, pilihan warna kuning mungkin dapat membantu.  Bagi membantu menenangkan fikiran, pilihan warna biru sememangnya dapat membantu. Pemilihan warna-warna ini ke atas perabut mahupun langsir di dalam bilik tidur atau di ruangan lain di dalam rumah pasti dapat menambahkan keceriaan buat empunya rumah dan mungkin mereka yang datang berkunjung.


2. Manafaatkan ruang
Mengikut kajian The World Wide Sleep Index yang dikendalikan ISOPUBLIC Switzerland, ada hubungan antara emosi dan ruang bilik yang tidak teratur menandakan emosi kita akan kurang tenang dan tertekan.  Panduan mudah ialah menggunakan ruang penyimpanan khusus bagi mengurangkan persekitaran kurang menarik.  Biasanya bilik tidur didatangkan dengan bilik air yang ringkas, jadi ruang penyimpanan ringkas di bilik air juga penting untuk menempatkan barangan atau keperluan.  Gunakan ruang tambahan untuk melakukan sedikit senaman ringkas antara 10 hingga 15 minit setiap hari.  Senaman mudah seperti regangan otot tegang menggalakkan kesan emosi kita menjadi lebih baik.


3. Pastikan ruang penyimpanan yang mudah untuk dicapai
Mungkin bagi sesetengah orang ini adalah perkara remeh tapi sebenarnya permulaan hari yang ceria juga bermula bila kita mempunyai ruang penyimpanan yang mudah untuk dicapai, terbuka dengan label untuk memudahkan kita mendapatkan apa yang diperlukan.


4. Imbas Kembali Perkara Penting Dan Indah
Adalah disyorkan kalau kita dapat luangkan masa antara lima hingga sepuluh minit di waktu pagi dengan berada di depan cermin untuk menggayakan tudung yang bersesuaian atau menggayakan rambut disamping mengenakan teknik solekan bersesuaian.  Perkara ini dapat dilakukan sekiranya kita punya masa yang cukup dan tidak terlewat hingga membuatkan kita tergopoh gapah dan seterusnya mengakibatkan permulaan hari yang mengecewakan dan serba tidak kena.


5. Ruangan khas untuk membaca
Selain mendengar muzik kegemaran, membaca buku atau suratkhabar atau novel adalah perkara terbaik bagi membuat jiwa kita tenang dan ceria dan sebaiknya kalau ada ruang khas didalam bilik tidur untuk tujuan ini..memang awesome


6. Pakaian yang selesa dan favorite
Bagi saya pakaian yang saya pakai pun memainkan peranan untuk membuat saya kekal ceria terutama pakaian yang menjadi favorite yang akan membuatkan saya merasa cantik dan menawa walaupun hanya berada di dalam rumah.


7. Gambar atau dekorasi menghiasi ruangan santai
Letak beberapa dekoratif seni pada dinding atau di ruangan yang kita suka untuk bersantai.  Gambar atau dekorasi ini pastinya untuk tatapan mata kita sebelum keluar rumah atau sepanjang berada di rumah. Sebaiknya gantung gambar atau lukisan yang boleh membuat kita rasa tenang atau memberikan motivasi pada diri atau yang boleh mengimbau kenangan terindah

Mungkin korang ada cara tersendiri untuk membuat diri ceria di permulaan hari atau di sepanjang hari boleh la share di komen yang mungkin dapat membantu mereka yang masih tercari-cari bagaimana untuk kekal ceria atau untuk menjadi ceria sepanjang hari.



You May Also Like

10 Comments

  1. sesakali bergaya atau ubag suai rumah boleh buat hati gembira.. i ni tgg bersalin then pasang badan.. boleh pakai baju cantik2.. kalauuuuuu la

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hope the article helps my readers to have joyful day

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ingat perkara-perkara indah dan lucu terutama awal pagi sangat penting untuk mempengaruhi aktiviti sepanjang hari PC..hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan waktu akak bekerja dulu mmg bangun mesti ingat yg indah sbb tu terapi diri sebelum melangkah ke luar rumah utk cari rezeki sambil tersenyum..hehe

      Delete
  5. dana selalu akan pilih baju dan color yang buat dana bersemangat, kadang seminggu dana akan pakai baju warna purple je... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh mesti Dana punya koleksi purple yg banyak kan...betul Dana kalau kita pakai baju fav dan bila pasangan komen kata kita cantik lagi bertambah semangat kan..hehe

      Delete
  6. Yeah... Info menarik.. LeYa akan menceriakan diri dengan suka nak mengubah ruang rumah ni.. Kalau rasa tak puas hati memang mengemas dan akan berubahlah kedudukan. Hihihi... Otomen dah faham sangat dah wife nya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!