Banglo Dengan 5 Bilik Menjadi Rumah Idaman

by - March 30, 2020

Banglo Dengan 5 Bilik Menjadi Rumah Idaman | Memiliki keluarga besar dengan enam anak ni memang impian saya dan pastinya impian sesiapa saja untuk memilik rumah banglo yang luas dan selesa buat seisi keluarga. Bila teringatkan tanah di kampung suami dan ura-ura suami untuk menetap di kampung halaman tu buat saya menjengah-jengah pelan rumah 2 tingkat dengan 5 bilik yang mungkin sesuai untuk kami sekeluarga

Ciri-ciri rumah banglo 2 tingkat dengan berkonsepkan alam sekitar hingga ke dalam rumah ni memang cukup menarik minat saya.


Ingat membuat reka bentuk rumah idaman, boleh la hubungi NAS Nuri Construction Sdn Bhd ni yang memang pakar pembinaan rumah.



Rekaan rumah ini membanyakan bukaan seperti tingkap dan pintu lipat pada rumah ni memberikan pencahayaan yang cukup, mencerahkan rumah pada waktu siang dan sekaligus menjimatkan penggunaan lampu pada siang hari dengan cahaya semulajadi.

Bukaan-bukaan itu ini yang dibina dengan tujuan agar pemilik rumah dapat menikmati keindah alam sekitar yang terdapat di sekeliling rumah

Dengan keluasan 3992 kaki2 rekaan rumah ini memuatkan 5 bukuj tidur dan 3 bilik air.  Rekaan yang cukup sesuai untuk kami memandangkan tanah milik suami tu mempunyai tanah berbentuk segi empat sama dan dikelilingi keindahan alam semulajadi dan pokok-pokok yang menghijau








You May Also Like

1 Comments

  1. Semog tercapai segala impian Kak nak memiliki rumah idaman

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!