4 Jenis Pajeri Ada Yang Rare Sedap Dan Pasti Memikat Selera  | Pajeri memang salah satu hidangan di kenduri kahwin orang Melayu dan pajeri paling popular pastinya pajeri nenas tapi ramai yang tidak tahu ada tidak pernah merasa pajeri buah kedondong yang lazimnya cukup popular dibuat jeruk atau dimakan dengan garam belacan atau kuah rojak. Begitu juga pajeri buah gajus yang popular di utara tanah air tapi umum cukup menyukai dengan pajeri terung yang sedapnya cujup memikat selera.


  1. Pajeri Buah Kedondong
  2. Pajeri Nenas
  3. Pajeri Buah Gajus
  4. Pajeri Terung




Pajeri buah kedondong ni resepi bonda saya dan kami adik beradik memang suka sangat sebab buah kedondong ni bila dah jadi pajeri lapisan kulit tu akan lerai dan memekatkan kuat dan lemak manis buah tu memang sedap berbanding pajeri nenas atau pajeri terung.  Rasanya cukup unik dan rare. Buah gajus atau buah janggus (panggilan oleh orang utara) pula punya rasa yang seakan kelat manis dan bila dibuat pajeri memberikan rasa yang cukup berbeza dari pajeri nenas yang umum tahu rasanya dan pajeri terung yang rasa kosong tapi bila dibuat pajeri tu memang sedap la.

Banyak versi membuat pajeri ni tapi bahan-bahan yang digunakan adalah lebih kurang sama.  Macam saya tak suka letak gula sebab sukakan rasa asli manis dari buah yang dimasak tapi kena letak gula sebab hubby sukakan pajeri yang manis.


1. Pajeri Buah Kedondong Bonda

4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera 

Bahan-bahan:
5 biji buah kedondong - dibuang kulit luar dan dibelah dua
1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti / Chap O atau rempah apa2 pun asal kari ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair

sedikit udang kering - buatan sendiri tau
kerisik - buatan sendiri
sedikit garam
sedikit gula


Bahan untuk menumis
1 keping kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 sudu cili kisar

* ditumbuk


Cara-cara:
  1. Buah kedondong dibuang kulit dan direbus dalam periuk hingga lembut dan toskan
  2. Masukkan minyak dalam periuk, bila dah panas tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangi dan masukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuningan
  3. Masukkan cili kisar, rempah kari dan dikacau sampai keluar minyak
  4. Masukkan udang kering dan santan cair hingga santan nampak menggelegak dan pecah minyak
  5. Masukkan buah kedondong dan dikacau supaya buah bersalut rempah kemudian masukkan santan pekat, kacau dan biar dengan api perlahan
  6. Masukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api

2. Resepi Pajeri Nenas

4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera 
Bahan-bahan:
1 biji nenas - dibelah dan dipotong ikut kesukaan supaya senang nak makan nanti ya
1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit udang kering - buatan sendiri tau
kerisik - buatan sendiri
garam

Bahan - ditumbuk/dikisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangi
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuningan
  3. Campurkan rempah kari dengan air dan dimasukkan kedalam kuali, dikacau sampai agak kering dan keluar minyak
  4. Masukkan udang kering dan santan pekat dan biar santan nampak pecah minyak
  5. Masukkan nenas dan dimasak hingga nenas nampak lembut. 
  6. Masukkan santan cair, kacau dan biar dengan api perlahan
  7. Masukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api


3. Pajeri Buah Janggus

4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera
pix credit to Cik Nab Ahmad rakan suami
Bahan-bahan
5 biji buah gajus dibasuh, dipotong
2 bungkus rempah kari daging
2 cawan santan kelapa
Sedikit udang kering
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Gula kabung
Minyak untuk menumis

Bahan - ditumbuk/dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia



Cara-cara membuatnya:

Serbuk rempah disangai (goreng tanpa minyak) didalam kuali dan kemudian letakkan kedalam mangkuk. Ni optional kalau tak suka tak perlu buat apa-apa

  1. Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih, bahagi dua (sebahagian untuk menumis dan sebahagian dimasukkan kedalam bancuhan serbuk kari). 
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan kulit kayu manis, dan bunga lawang. Bila dah bawang dan kekuningan dan naik bau, masukkan bancuhan serbuk kari dan dimasak dengan api sederhana. 
  3. Bila nampak pecah minyak masukkan buah gajus dan santan, gula kabung serta kerisik dengan api sederhana. Padamkan api bila nampak buah gajus kelihatan lembut dan masukkan garam secukup rasa.

4. Resepi Pajeri Terung

4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera
pix secukuprasa.com/resepi-pajeri-terung/

Bahan-Bahan :
4 biji terung panjang
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 sudu jintan putih
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Garam
Gula Melaka

Bahan-bahan untuk dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
5 batang cili kering (kalau nak rasa pedas, tak letak pun tak pe)

Cara Membuatnya:
Terung dibasuh dan dipotong dua dan kemudian dibelah dua tapi jangan putus. Rebus terung separa masak supaya terung lebih lembut atau goreng terung sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.

Nota : saya lebih suka rebus sebab lebih mengurangkan penggunaan minyak

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah ratus hingga naik bau dan masukkan masukkan bahan yang dikisar serta udang kering, masak sehingga garing.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukan santan, air asam jawa dan gula melaka, dikacau hingga rempah mesra dan sebati.
  4. Akhir sekali terung serta kerisik, kacau dan balik-balikkan terung, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Padam api dan letakkan garam secukup rasa