Lama tak melawat kebun keliling Teratak LeyRa ni walau sebenarnya buka pintu bahagian dapur selangkah  dah jejak kebun. KC Iman dah berkali ajak berkebun sebab dia rimas dengan rimbunan pokok belalai gajah yang tak terurus dan ingatkan masa PKP ni la nak berkebun tapi masih tak kesampaian.

Ciri-Ciri Pokok Mempelas

Mempelas atau Tetrcera indica adalah sejenis tumbuah menjalar yang hidup subur pada tumbuhan lain.  Akarnya yang menjalar jita dipotong akan mengeluarkan air kata Baharuddin Alias, Renjer di Bahagian Tumbuah Ubatan Herba FRIM.

Jom sama-sama kenali pokok mempelas ni

Daun Mempelas
Daun Mempelas Yang Tumbuh Belakang Rumah Rupanya Banyak Kegunaanya

Hari ni nak perkenalkan pokok mempelas, tumbuhan yang tumbuh dengan sendirinya mungkin hasil dari burung tapi bila diselidiki baru la kenal nama dan banyak sungguh khasiatnya. Sebenarnya tak tahu pun namanya tapi sekarang kan dah mudah, google aje.





Memang suka tengok bunga pokok mempelas ni yang cukup menarik dan jenis sporadic ni memang
mudah tumbuh bila dimakan burung atau dibawa angin agaknya.  Bau bunga ni pun agak harum.




Kegunaan Daun Mempelas

Kata hubby orang dulu-dulu akan gunakan daun pokok mempelas ni untuk mengasah hulu parang atau keris kerana daunnya yang kesat seperti kertas pasir dan orang dulu-dulu turut menggunakan daun ini untuk menggosok belakang periuk belanga yang hitam.

Antara lain pucuknya boleh dijadikan nasi ulam dan akarnya mampu merawat diabetes

Berikut adalah hasil carian tentang daun mempelas ni dan bila baca ni rasa bangga pun ada tau sebab pokok herba yang punya khasiat sudi tumbuh kat tepi rumah. 

Nak tau lebih lanjut boleh klik Khasiat Pokok Herba

  • Daunnya yang kesat digunakan oleh masyarakat Melayau sebagai bahan untuk melicinkan ukiran atau hasil kraftangan sebelum kewujudan kertas pasir dan boleh melicinkan kuku.  Ni memang nak try esok lusa
  • Serbuk yang dihasilakan dari daun mempelas kering boleh digunakan untuk merawat radang.  
  • Dijadikan salap untuk meredakan selesaema
  • Daun yang dilumatkan digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa
  • Air rebusan daripada daun mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi
  • Buah mempelas yang masalam boleh dijadikan cuka untuk masakan
  • Batangnya yang panjang dan agak kuat boleh dijadikan tali
  • Pada era sebelum adanya dapur gas kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat mengunakan tali daripada pokok mempelas ini


Khasiat Pokok Mempelas

Airnya boleh diminum KECUALI jika akar mempelas ini tumbuh pada kawasan tanah atau tumbuhan beracun. Tumbuhan ini mempunyak khasit yang cukup berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tumpuan khasiatnya terletak kepada daunnya yang matang.



FB Page Laman Herba Nusantara

Amat mustajab digunakan sebagai penawar bagi orang yang bermasalah batu karang.

Ambil tiga puluh helai daun mempelas dan tujuh biji beras lalu ditumbuk sampai hancur dan dicampurkan dengan air lebih kurang 1 liter.  Kemudian ditapis air tadi untuk diminum.  InsyaAllah batu karang akan hancur



Akarnya direbus menjadi minuman untuk wanita lepas bersalin dan untuk menghentikan cirit-birit.  Akarnya juga boleh ditumbuk dan air akar yang keluar itu boleh dijadikan ubat ulcer mulut.  Daunya ditumbuk dan dileka ke atas bisul untuk mempercepatkan bisul itu masak dan pecah.  Di Filipina ianya digunakan dengan merebus dan diminum airnya untuk mengubat penyakit tibi dan untuk berkumur bagi mengubati ulcer dan sakit tekak.  Di Indonesia, akar dan daun ditumbuk untuk menghisap bisa patukan ular


http://khasiatpokokherba.com/khasiat/herba/khasiat-mempelas.html

2 Jenis Pokok Mempelas

Rupanya terdapat dua jenis mempelas iaitu yang kasar dan mempelas minyak yang daunya licin dan tak boleh dibuat menggosok ukiran.  

Seperti biasa bukan semua perubatan herba ni elok untuk semua orang apatah lagi kekadang tumbuhan yang kita ambil untuk mengubati ni lebih mendatangkan masalah terutama bila dijadikan makanan dan minuman.  Mungkin boleh dicuba tapi segera dapatkan rawatan sekiranya berlaku alahan dsbnya.