Ikuti Cara Fahami Syarat Untuk Menyertai Peraduan Gaji Seumur Hidup NESTLÉ®  | Cepat! peraduan ni akan berakhir pada ditutup jam 23:59:59 pada 30/04/2020.  ni! Bila NESTLÉ® mengumumkan tentang peraduan yang membolehkan mereka yang bertuah mendapat gaji seumur hidup ni ramai jugak yang DM, mesej di FB dan IG lepas saya turut membuat entri peraduan ni. Nak saya terangkan satu-satu payah jugak bila inbox memenuhi tapi diharap penerangan ni boleh membantu korang ya.  Good luck!

Jom Ikuti Cara, Fahami Syarat Untuk Menyertai Peraduan Gaji Seumur Hidup NESTLÉ® ni ya.  Memang indah kalau dapat jadi pemenang utama tu dan banyak yang berlegar dalam otak nak buat apa dan untuk apa kan.



Impian memenangi gaji lumayan RM3,000 sebulah selama seumur hidup tu memang membuat saya pun teruja jugak dan dah pun mencuba sekali...InsyaAllah ada rezeki pasti tak ke mana kan dan moga ada la rezeki saya nak menang hadiah utama..iskk

Mudah jer caranya tau.

Langkah 1 : Beli sebarang produk NESTLÉ® yang turut serta bernilai minima RM15 dalam 1 resit yang akan memberi kelayakan untuk 1 penyertaan

Langkah 2 : Jawab soalan

Soalan :
"Terdapat 3 Pemenang Hadiah Utama bagi PERADUAN NESTLÉ® GAJI SEUMUR HIDUP
Betul atau Salah?

Langkah 3 : Penyertaan melalui aplikasi WhatsApp
  • TULIS nama penuh anda, nombor MyKad dan jawab dengan betul satu soalan di atas resit asal (RM15 keatas produk NESTLÉ® turut serta).
  • Tangkap gambar resit dalam satu format imej. Lampiran PDF akan dibatalkan.
  • Gambar MESTI lengkap dengan butir peribadi dan tertera dengan jelas nama gedung, tarikh pembelian dan jumlah pembelian.
  • Hantar imej melalui WhatsApp ke nombor 013-2322168.
  • Penganjur TIDAK AKAN menghantar laporan perakuan penerimaan penyertaan melalui WhatsApp.
  • Simpan resit asal (hard copy) untuk pengesahan.
  • NOTA: Butir Peribadi MESTI ditulis dengan jelas diatas resit dan tidak dihantar sebagai kapsyen untuk layak.

Jika ruang tidak mencukupi di atas resit, korang boleh menulis butiran serta jawapan di atas sekeping kertas dan tangkap gambar bersama resit tu.


Atau korang boleh buat cara lama ni sebab ada orang yang suka kepastian macam ni

Langkah 4 : Atau Muat Turun Borang Penyertaan di SINI

Lengkapkan borang penyertaan, jawab 1 soalan, sertakan resit bercetak asal dalam 1 sampul surat dan lekatkan setem yang mencukupi. Hantarkan melalui pos biasa sahaja ke alamat berikut:

Peraduan NESTLÉ® Gaji Seumur Hidup*
Nestlé Products Sdn. Bhd.
Peti Surat 8812
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Langkah 5: Pengumuman pemenang akan dimuat naik di laman ini, jadi pastikan anda sentiasa menyemaknya.


Terma Dan Syarat Penyertaan
Promosi ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi. Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan.

Untuk menyertai Promosi
a. beli sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Lima Belas [RM15] mana-mana produk NESTLÉ yang turut-serta [“Produk”] dalam satu resit bercetak ATAU,

b. Beli sekurang-kurangnya satu [1] set makanan ‘MILO Makan Kombo’ bernilai RM19.99 (Semenanjung Malaysia) atau RM24.99 (Sabah & Sarawak) dalam satu resit dari mana-mana McDonalds.

c. Eksklusif di 99Speedmart: Untuk peserta yang membuat pembelian dari mana-mana kedai 99Speedmart akan juga berpeluang untuk memenangi lebih banyak hadiah.

d. Eksklusif di LAZADA: Untuk peserta yang membuat pembelian atas talian dari LAZADA akan juga berpeluang untuk memenangi lebih banyak hadiah.

Semua produk STARBUCKS, NESPRESSO, NESTLÉ PROFESSIONAL, NESTLÉ HEALTH SCIENCE, RANGKAIAN SUSU RUMUSAN BAYI DAN RUMUSAN SUSULAN NESTLÉ, WYETH & PURINA PETCARE TIDAK menyertai Promosi

Hadiah

Hadiah Utama iaitu
(i) bayaran tunai BULANAN sebanyak RM3,000 yang akan dibayar selama terhad kepada maksimum tiga puluh lima tahun [35] tahun [iaitu empat ratus dua puluh [420] bulan] ATAU sehingga kematian Pemenang yang mana terdahulu; dan

(ii) bayaran sekali gus sebanyak RM500,000 akan dibayar kepada Pemenang setelah mencukupi tempoh tiga puluh lima tahun [35] tahun [iaitu empat ratus dua puluh [420] bulan] atau kepada waris yang telah dinamakan oleh Pemenang sekiranya kematian Pemenang.

Semua butir-butir dan keperluan untuk penyerahan Hadiah Utama akan diberitahu kepada Pemenang setelah berakhirnya setiap Cabaran dan Pemenang Hadiah Utama ditetapkan.

Terdapat satu [1] Hadiah Utama dan lima [5] Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi pada setiap Pusingan selama dua [2] Pusingan berturut-turut.

Dua [2] tempoh bulanan adalah seperti berikut: Pusingan 1: 14/02/2020 – 12/03/2020 Pusingan 2: 13/03/2020 – 30/04/2020

d. Sejumlah enam [6] Peserta [“Finalis-finalis” dan setiap seorang adalah “Finalis”] akan dipilih dan dijemput untuk menyertai Cabaran Akhir NESTLÉ 2020 [“Cabaran”] untuk setiap Pusingan bagi menentukan nilai Hadiah yang dimenangi oleh setiap Finalis.

Terdapat lima puluh [50] hadiah mingguan iaitu wang tunai RM500 [“Hadiah Mingguan”] untuk dimenangi pada setiap minggu selama sebelas [11] minggu berturut-turut. Sebelas [11] tempoh mingguan adalah seperti berikut:

Minggu 1: 14/02 – 20/02/2020 Minggu 2: 21/02 – 27/02/2020
Minggu 3: 28/02 – 05/03/2020 Minggu 4: 06/03 – 12/03/2020
Minggu 5: 13/03 – 19/03/2020 Minggu 6: 20/03 – 26/03/2020
Minggu 7: 27/03 – 02/04/2020 Minggu 8: 03/04 – 09/04/2020
Minggu 9: 10/04 – 16/04/2020 Minggu 10: 17/04 – 23/04/2020
Minggu 11: 24/04 – 30/04/2020

Nak tahu maklumat terma dan syarat lebih lanjut boleh baca kat kat SINI