Takut Bawa Pulang COVID-19 Tapi Tetap Keluar Jadi Ketua Keluarga Interim

by - April 19, 2020

Takut Bawa Pulang COVID-19 Tapi Tetap Jadi Ketua Keluarga Interim  | Bosan duduk dirumah dan menunggu tu punca saya menjadi ketua keluarga interim dan rasanya bukan saya seorang jer kot. Minggu lepas dah cakap dengan hubby yang saya nak ke pasaraya Hero tapi dia tanya balik nak beli apa lagi? kan I dah beli barang dua hari lepas? ehh..sambil tersengih tu cakap kat dia..I nak beli daun pudina, tembikai susu untuk buat jus baru dengan aiskrim Paddle Pop Melon Slice tu dan KY nak buat bahan untuk kek dan beberapa pesanan dari Cik Meya jugak. Fuhh mujur dia benarkan tapi waktu bersiap tu jenuh la dia suruh pakai face mask, bawa hand sanitizer dan siap bagi ingatan suruh social distancing la pastu guna sanitizer bila dah angkat barang la...bla bla bla.

Takut Bawa Pulang COVID-19 Tapi Tetap Keluar Jadi Ketua Keluarga Interim 
Akhirnya dengan jayanya pergi ke Pasaraya Hero di Wangsa Maju walau sebenarnya takut pun ada jugak sebab kita sedia maklum tentang COVID-19 ni jadi cuak pun sama banyak tapi bila fikirkan balik kita tawakkal jer la.  

Bukan kurang pun barangan yang dibeli hubby tu tapi kekadang tu terlebih sebab en hubby memang tak perlu list cuma bagitau nak itu ini atau mungkin mesej tambahan takut dia terlupa tapi bila dia balik tu ehh barangan yang tidak dipesan pun dibeli. Dah dia sendiri tahu barang yang dia beli tu memang kegunaan tu yang dia beli. Jangan complaint ya..kita redha dan simpan walau stok tu bertambah pastu kita marah dia sebab dia penyebab kita tak kurus-kurus..haha

Jangan pandang mudah dan sesukat hati keluar membeli tapi kena pastikan kebersihan diri dan keluarga dan jika kebiasaannya bila sampai dari pasaraya anak-anak akan sambut barangan yang dibeli dari tangan tapi sejak COVID-19 melanda, kami ambil langkah di luar dari kebiasaan.

  • Barangan yang dibeli saya atau suami yang mengambil tugasan membeli tu akan bawa terus ke dapur


  • Terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan pakaian, topeng muka yang dipakai ditanggalkan dan dicuci dengan sabun kemudian barulah topeng tu dibuang.  Bukan apa kalau kita terus buang topeng muka tu takut nanti ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil dan menjualnya semula.
  • Tidak menyentuh suis ataupun sebarang barangan dalam rumah sebelum membersihkan diri
  • Sarung tangan yang dipakai semasa memegang troli tu akan di buang sebelum memasuki kereta.
Sekiranya ada ruang di hadapan rumah untuk mandi, sebaiknya mandi diluar terutama bagi kaum lelaki seperti yang disarankan dalam artikel hello doktor untuk mengelakkan sebarang penyebaran kuman atau bakteria yang tidak kelihatan pada permukaan. Pencegahan itu lebih baik.


Jom tengok macam mana saya sediakan minuman Paddle Pop Melon  Lime Fizzy yang cukup menyegarkan sesuai untuk diminum waktu panas macam hari ni. 
Bahan dan cara membuatnya : 200gm tembikai susu, 3 gm daun pudina, 80 gm air gula, 30 gm jus limau/lemon, 200 gm kuib ais dan 2 batang Paddle Pop Melon Slice.  Kesemua bahan dikisar dan dimasukkan kedalam gelas dan minum. Mudah kan!

Sila patuh Arahan PKP dan duduk dirumah untuk kekal selamat
Tambahan PKP ke 3 dah berkuatkuasa dan pasti arahan ni menyebabkan tekanan buat semua orang tapi diharap kita semua bersabar dan bawa bertenang. Memang ramai yang tengah berkira-kira nak sambut Ramadan dan Hari Raya bersama keluarga di kampung tapi kita perlu fikirkan kesihatan kita dan keluarga dan tentu kita tidak mahu menjadi penyebab wabak ini berterusan malahan boleh menyebabkan kematian orang tersayang.

Korang kena pastikan kebersihan rumah berada pada tahap yang terbaik, jaga aspek kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun untuk pastikan diri dan keluarga kekal sihat. 

Kalau perlu membeli keperluan asas, sentiasa menjaga jarak sosial dengan individu di sekeliling anda. Ingat 1 meter, okay?

Selain menjaga kebersihan rumah, pastikan semua permukaan ruang kediaman yang kerap disentuh seperti pemegang pintu, telefon dan alat kawalan peralatan elektronik bebas kuman 

Penyelidik telah mengetahui virus COVID-19 berupaya untuk hidup pada permukaan bukan hanya untuk tempoh 24 jam, bahkan sehingga 2 atau 3 hari. Jadi proses mencuci kemudian membasmi adalah perlu untuk dilakukan.

  • Pertama sekali, bersihkan permukaan terlebih dahulu. Buang segala kekotoran atau debu. Lakukannya dengan lap permukaan barangan rumah menggunakan air bersabun atau semburan pencuci dan kain lap.
  • Kemudian gunakan semburan atau bahan disinfeksi bersesuaian. Cara terpantas dan mudah adalah dengan menggunakan kain lap atau semburan dengan disinfeksi.
  • Amalkan cara pencucian ini sebagai rutin untuk membantu mencegah penularan COVID-19 kepada anda dan juga setiap isi rumah.

Kalau kita tiada bahan pembasmi, kita boleh gunakan sabun atau sebarang bahan pencuci yang ada.

Jangan risau kalau kita tak berjaya mendapatkan bahan pembasmi di pasaraya kerana kita boleh membuat sendiri dengan resepi yang mudah seperti yang  dicadangkan oleh pihak Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) dengan menggunakan bahan peluntur. 

Cara untuk menghasilkan semburan pembasmi menggunakan bahan peluntur:

4 sudu teh bahan peluntur
1 liter air
Campurkan bahan-bahan dalam 1 botol semburan, goncang sehingga sebati. 

Untuk menggunakannya, semburkan pada sebarang permukaan dan biarkan untuk selama 10 minit sebelum lap menggunakan kain basah yang bersih.

Pastikan bahan peluntur tidak digunakan secara berlebihan dan elakkan daripada mencampurkan bahan peluntur dengan sebarang produk pencuci lain. 

Jika ia berlaku, ini mungkin akan menyebabkan kerosakan pada permukaan barangan di rumah.

Jadikan ini pilihan terakhir jika tidak dapat mencari sebarang produk pembasmi di pasaran. 

Sekiranya menggunakan peluntur, sila pakai sarung tangan dan membuka tingkap bagi membantu pengudaraan di dalam rumah. Sentiasa berwaspada, okay?

Paling penting untuk ingatan dan rutin yang perlu kita lakukan iaitu pastikan kita dan ahli keluarga kerap mencuci tangan menggunakan sabun. Jangan lupa untuk menggosok celahan jari. 

You May Also Like

7 Comments

  1. Hohoho.. sy nak ke baazar pasar tani pon takut. Kita tak tahu sapa/dari mana boleh kena virus Covid ni - kali ni memang x ada bersangka baik ngan sapa2 dah bab ni... x pasai.. org kedah kata. Bagus tip tu.

    p/s.. sy suka video buat lime apa dah tadi.. kena yengok balik... haha... nanti nak ajak anak2 buat jugak. Tunggu outing lepas ni utk cari barang boleh beli ais krim tu jugak...

    ReplyDelete
  2. Pertama kali keluar mesti cuak kan? Lepas tu kena ingat apa perlu dilakukan.
    Saya bertahan belum keluar lagi.

    ReplyDelete
  3. Ye... Keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga menjadi keutamaan. Semoga kita semua terhindar dari penyakit berjangkit covid-19 ni dan Malaysia kembali sihat dengan cepatnya

    ReplyDelete
  4. Bu virüs tüm dünyayi etkiledi umarım en kısa zamanda bu virüse karşı bir aşı geliştirilir...

    ReplyDelete
  5. skrg ni smua bnda tak leh buat main2 dh

    ReplyDelete
  6. prefer tak balik sbb tak nak amik risiko.

    ReplyDelete
  7. Sama la,kak..saya pun turun pi buang sampah je. Naik ke rumah, terus mandi. haha..paranoid la dengan covid ni sebab kita berlawan dengan musuh yg tak nampak..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!