Koleksi 9 Resepi Kuih Raya Tradisional Sedap Digoreng | Pasti ramai menyukai kuih raya tradisional yang tidak menggunakan ketuhar yang semakin sukar untuk didapati malah kalau ada yang dijual pun memang tidak menepati citaras dan keras.  Haishh kesian kat orang tua yang teringin merasa kuih jenis lama ni tapi tak boleh dinikmati kerana gigi pun dah tak ada..  Jom cuba resepi mudah dan sedap kuih-kuih ini dan kita buat mengikut citarasa kita dan mungkin untuk ibu bapa kita. 

Bila tengok kuih-kuih ni teringat zaman kanak-kanak dan zaman muda remaja dulu bila bonda memang rajin membuat kuih ni, seronok tengok kakak-kakak menyiapakan kuih untuk kami sekeluarga. Ahh rindu kenangan dulu, rindu zaman kecil yang tak perlu fikir masalah hehe
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
Sesetengah kuih ni punya nama yang pelbagai antaranya kuih ros jugak dipanggil kuih loyang atau kuih goyang sebab bila nak keluarkan dari loyang tu atau masa didalam minyak tu nampak tergoyang-goyang kot.  Kuih Rempeyek atau Peyek ni punya banyak versi antaranya menggunakan kacang tanah, kacang hijau atau kacang dhal dan diletakkan ikan bilis tapi sakit hati bila kuih ni dijual dengan kepala ikan bilis pun tak dibuang atau kadang kala tu kacang tanah tu penuh tanpa ikan bilis. Kuih Buah Rotan atau kuih buah redan ni memang sedap umpama makan kacang, rangup tapi kalau dapat yang keras tu ..memang menyumpah dalam hati..hehe

  1. Resepi Kuih Siput Bonda
  2. Resepi Kuih Siput Bersantan
  3. Resepi Kuih Ros Simple dan Rangup
  4. Resepi Kuih Ros berempah
  5. Resepi Rempeyek
  6. Resepi Kuih Karas
  7. Resepi Popia Pintal
  8. Resepi Kuih Buah Rotan Rangup Bersantan
  9. Resepi Kuih Buah Rotan Simple
  10. Resepi Kuih Gunting

Koleksi 9 Resepi Kuih Raya Tradisional Sedap Digoreng


Resepi Kuih Siput Bonda
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
Bahan-bahan:-
1kg gram tepung gandum
150 gm mentega
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawng putih - hiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1½ serbuk jintan manis
1½ sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu jemuju
1 sudu kecil garam
150 ml air
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:-
  • Goreng bawang putih dan udang kering berasingan kemudian ditumbuk hingga halus. Masukkan tepung didalam bekas campurkan bahan yang telah ditumbuk, masukkan rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan jemuju,  digaul hingga sebati.
  • Masukkan mentega dan digaul dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti. Sebaiknya digaul dengan tangan. Mentega ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup. Sebaiknya mentega tu dicairkan dan biar sejuk seketika sebelum dituang kedalam adunan.
  • Masukkan telur yang telah dipukul berselang seli dengan air dan adunan digaul hingga menjadi doh lembut, tambah air sekiranya perlu. Tutup dan biar doh seketika dalam 10 min.
  • Taburkan sedikit tepung atas talam, cubit sedikit doh dan gentelkan sedikit tepung dan tekan diatas acuan kuih siput dari arah atas kebawah dan akan terbentuk seakan siput diatas talam tu.
  • Panaskan minyak didalam kuali dan goreng bersama daun kari hingga kekuningan. Biarkan sejuk sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Resepi Kuih Siput Bersantan
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
pix credit Google

Bahan-bahan:-
500 g tepung gandum
50 g butter /margerin

Bahan B - dikisar halus
50 g santan pekat
120 g air biasa
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - saiz kecik
1/2 sudu besar jintan putih @ serbuk kari
4 biji cili padi @ cili kering, nak pedas, tambah
25 g udang kering @ ikan bilis
2 tangkai daun kari
2 sudu teh gula
1 1/2 sudu teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
2-3 tangkai daun kari

Cara penyediaan:-

  • Gaul sebati tepung dan mentega hingga jadi macam serbuk roti. Satukan dengan tepung dan gaul sebati hinga membentuk doh. Tambah air sikit demi sikit kalau masih seroi tapi jangan terlalu lembik nanti akan melekat waktu ditenyeh. Tutup doh dengan kain diatas bekas doh dan biarkan rehat dalam 15 min supaya bahan sebati dan mudah untuk ditenyeh.
  • Dengan menggunakan acuan, tenyeh sampai habis.
  • Panaskan minyak, goreng hingga sedikit kekuningan dengan api sederhana supaya bahagian dalam kuih siput masak sekata.
  • Taburkan sedikit daun kari di akhir gorengan dan angkat kuih siput ke dalam bekas yang berisi tisu. 


Kuih Ros Simple Dan Rangup
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
pix credit Google

Bahan-bahan:-
500g tepung beras
1 cawan gula halus
2 biji telur
250ml santan kotak
Secubit kapur (cairkan)
1 sudu kecil garam
400ml air
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:-
  • Campur kesemua bahan ( kecuali air ). Dikacau rata.
  • Masuk kan air sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati. Kemudian ditapis.
  • Panaskan minyak dgn api yg sederhana. Letak kan acuan kosong kedalam kuali & biarkan sehingga betul panas.
  • Celup acuan panas tadi kedalam adunan (pastikan acuan tidak tenggelam) hampir paras rata. Kemudian celup acuan kedalam kuali. Biarkan dalam 10 saat sebelum menggoyang acuan untuk keluarkan kuih.
  • Setelah kuih keluar, biarkan acuan didalam kuali & setelah beberapa saat kemudian ulang process mencelup & menggoyang.
  • Angkat kuih apabila agak kecoklatan & toskan. Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara
Kredit FB Resepi Viral Terbaik


Resepi Kuih Ros Berempah
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
pix credit Google

Bahan-bahan:-
1 kg Tepung beras
3 biji telur (gred B, jika guna telur gred A, 2 biji sahaja)
5 cawan santan
20 g/ 2 sudu besar serbuk cili
100 g udang kering (dikisar kering)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar besar jintan manis (ditumbuk)
1/2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan:-
  • Pukul telur dan gula. Masukkan tepung beras , serbuk cili , udang kering, jintan putih ,jintan manis dan tepung jagung
  • Gaulkan semua bahan tadi dengan santan sehingga sebati.
  • Masukkan gula dan garam. Gaul sehingga betul-betul sebati.
  • Alatan yang diperlukan untuk menggoreng adalah acuan kuih loyang dan kuih loyang/kuih ros digoreng menggunakan minyak yang banyak ( deep fried).
  • Celup acuan ke dalam bancuhan tepung
  • Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Goyang sedikit acuan untuk mengeluarkan tepung kuih ke minyak.
  • Alihkan kuih sejurus selepas ia timbul di permukaan minyak.
  • Angkat dan toskan minyak. Sebaiknya letak kuih dalam penapis atau jaring untuk memastikan minyak ditoskan secara maksima.
Kredit resepi daripada Puan Hamisah Wazir / Wanista.com

Resepi Rempeyek
Rempeyek atau Peyek seperti sebutan orang Jawa ni juga dikenali sebagai Tumpi bila kacang hijau digunakan ni memang menjadi kesukaan tak kira bila masa.
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
pix credit Google

Bahan-bahan:-
500 g tepung beras cap seekor gajah (cap lain pun ok)
1 sb serbuk kari
1 sb garam
1 kotak kecil santan kara
Air secukupnya
1 biji telur

Bahan tumbuk
1 sb ketumbar
1 sb jintan kasar
1 sb jintan halus
2 sb udang kering
3 ulas bwg putih

Bahan-bahan:-
Kacang tanah atau kacang dhal atau kacang hijau
ikan bilis

Cara penyediaan:-
  • Sediakan mangkuk, bancuh bahan adunan bersama bahan tumbuk sehingga sebati. Cara nak pastikan adunan tu elok, celup sudu dalam adunan, pastu tengok cara dia turun, tak laju sangat tak slow sangat. Kalau pekat leh tambah air. Kemudian kena test goreng sampai dapat adunan yg betui2 rempeyek dia menjadi 😘. Saya pun 3@4 kali cuba goreng gak baru dapat adunan yg ngam. Rempeyek pun bulat molek.
  • Pastikan minyak betui2 panas tapi tak terlampau panas sangat. Rendam acuan dalam minyak. Bila dah betui2 acuan tu panas leh bubuh adunan dalam acuan beserta kacang dan bilisnya. Lenggang2 acuan tu dulu supaya bahan adunan tu melekat elok, pastu baru celup balik ke dalam minyak.
  • Lau betui minyak tu panas, rempeyek tu boleh kuar sendiri ngan jayanya dari acuan dia.. Elok bulat. Pastikan gak acuan bersih dari sisa kuih, sebab kalau ada, bila buat lain, boleh jadi lekat or pecah tak cantik. Sentiasa gak kaut sisa2 kuih, bilis or bahan terampai dari minyak guna penapis. Baru kuih jadi cantik. Lagi satu sentiasa kacau adunan ye sebelum isi dalam acuan


Resepi Kuih Karas
Kuih karas ni kuih tradisional orang Kedah yang dipanggil karaih (karas) atau juga dikenali sebagai kuih jala.  Kalau di Kedah kuih ini lazimnya dimakan bersama secawan kopi atau teh

Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
pix credit Google

Bahan-bahan:-
1 bungkus tepung beras
2 cawan gula
3 cawan air
Minyak masak – untuk goreng

Cara penyediaan:-

  • Gula dimasak didalam periuk berisi air hingga larut dan sejukkan. Ayak tepung dan gaulkan bersama air gula dan kacaukan bahan sehingga sebati.
  • Panaskan minyak masak dalam kuali yang sederhana. Masukkan adunan dalam acuan kuih karas (sama acuan dengan roti jala).
  • Tuang adunan dalam kuali seperti buat roti kirai. Apabila warnanya telah bertukar kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan supaya minyak kering.
  • Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas dalam bekas kedap udara. Ia bertujuan untuk elakkan kuih menjadi lemau dan masuk angin.



Resepi Popia Pintal
Ada yang membuat inti popia pintal ni dengan serunding daging, serunding ayam, serunding ikan, serunding ikan bilis dan serunding udang geragau.  Jadi terpulang inti yang mana menjadi kesukaan dan kebanyaakkan inti ni boleh dibeli untuk memudahkan kita membuat popia pintal ni.
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
pix credit Google

Resepi Serunding ikan bilis 

Bahan - bahan:-
1 mangkuk ikan bilis, dikopek dan dibersihkan
12 tangkai cili kering, rebus dulu
1 biji bawang besar, potong kecil*
5 ulas bawang putih, potong kecil*
5 batang serai. dipotong kecil*
1 inci halia *
½ cawan air
½ cawan santan pekat (boleh guna santan kotak)
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Cara penyediaan:-
  • Basuh ikan bilis kemudian rebus sehingga mendidih. Toskan airnya dan kisarkan tanpa air dan letakkan didalam bekas.
  • Panaskan minyak ke dalam kuali, masukkan bahan-bahan * yang sudah dikisar tadi. Kacau dalam beberapa minit dan masukkan garam serta gula.  Masukkan ikan bilis yang dikisar, ikacaukan sehingga menjadi kering dalam 45 minit. Bila dah kering, biarkan ia sejuk.
  • Gunting kulit popia dalam saiz kecil dan letakkan sedikit serunding ke atas kulit popia itu dan simpul kemas-kemas.
  • Goreng popia dalam minyak panas dengan api sederhana perlahan dan kemudian kacau dengan kerap supaya popia masak sekata, warna cantik kekuningan dan kekal rangup jika disimpan lama.
Untuk menyimpan lama atau sekiranya hendak dijual, selepas digoreng, letakkan popia simpul ini selama dua jam di tempat pengeringan supaya minyak gorengan kering sepenuhnya. Ini supaya tiada kesan minyak akan kelihatan di dasarnya ketika diletakkan dalam balang atau bekas.  Lebih baik dibuat popia ini bukan dibawah kipas angin dan sebagainya untuk mengekalkan kerangupannya.

Kredit resepi :  Siti Hajar Hashim


Resepi Kuih Buah Rotan Rangup Bersantan
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap 
pix credit Google

Bahan - bahan:-
500 gram tepung pulut
½ biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros 

Cara penyediaan:-
  • ½ biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.
  • Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.
  • Kemudian, uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan.
  • Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.
  • Siap goreng, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Jika tidak, nanti dia mudah lemau.

Resepi Kuih Buah Rotan Simple
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap
pix credit Google
Bahan-bahan:-
3 biji telur – gred B
4 tbsp gula halus
1/2 tsp garam
1 tsp air kapur sireh
200g tepung pulut
Bijan – salut
Minyak masak – goreng

Cara penyediaan:
  • Pukul telur dan gula hingga sehingga berbuih dan gula larut. Masukkan garam dan air kapur. Kacaukan sehingga semua bahan rata dan sebati.
  • Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit dan uli sehingga membentuk satu doh. Letakkan doh dalama bekas supaya doh tidak kering.
  • Basuh bijan dan toskan sehingga kering. Taburkan bijan dalam dulang dan cubit doh, bulat-bulatkan sebesar guli dan golekkan dengan denagn bijan yang ditaburkan dalam dulang hingga habis doh dan bersalut dengan bijan.
  • Panaskan minyak dan gorengkan dengan api yang sederhana supaya ia masak sepenuhnya.
Bagi mengelakkan bijan tertanggal semasa menggoreng, gentelkan adunan yang sudah bercampur bijan dengan tangan yang lembab. Pastikan bijan-bijan sekata dipermukaan doh dan kemudian bolehlah digoreng.


10. Resepi Kuih Gunting
Koleksi 10 Resepi Kuih Raya Tradisional Digoreng Mudah Dan Sedap
pix Cookpad
Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung bestari hot spicy
1 mangkuk kecil ikan bilis - ditumbuk lumat
1 biji telur
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan gula
1 cawan air ais
3 tangkai daun kari - diracik halus

Cara penyediaan:-

  • Campurkan semua bahan dalam bekas.
  • Masukkan air ais sedikit-sedikit sambil uli dan dapat doh yang lembut.
  • Tabur tepung, ambil segenggam doh, gelek rata dan gunting kepada beberapa kepingan. Kemudian gunting kecil-kecil, buat hingga habis.
  • Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga masak cantik.


Kredit Julia ALeen Aireish - cookpad