Telco China Mengintai Syarikat Dalam Senarai Bursa Malaysia Bagi Pembangunan Teknologi 5G  | Sebuah syarikat gergasi telekomunikasi (telco) dari China sedang menyasarkan syarikat telekomunikasi bersaiz sederhana di Malaysia dengan bekerjasama dalam pembangunan pasaran serta  peningkatan usaha untuk mengkomersilkan teknologi generasi kelima (5G) di Malaysia

Telco China Mengintai Syarikat Dalam Senarai Bursa Malaysia Bagi Pembangunan Teknologi 5G
kredit foto : pixabay.com

"Mereka mungkin menyasarkan Green Packet dan XOX Sdn Bhd, XOX merupakan saham telco terendah di Bursa Malaysia dan salah satu telco yang pesat berkembang" - sumber terdekat dalam industri

XOX mempunyai kira-kira RM35 juta tunai dalam tangan dan pada masa kini menawarkan pelan data 4G yang paling kompetitif dan inovatif. Syarikat ini turut memberi tumpuan dalam pembinaan infrastruktur 5G di rantau ini.

Teknologi 5G bakal mengubah landskap telekomunikasi dengan keupayaan kelajuan muat turun yang lebih laju dan kebolehpercayaan rangkaian yang tinggi. Ini juga memberi peluang terbuka untuk perkhidmatan baru, operasi rangkaian dan penambahbaikkan perkhidmatan pelanggan.
Telco China Mengintai Syarikat Dalam Senarai Bursa Malaysia Bagi Pembangunan Teknologi 5G
kredit foto : pixabay.com

Dengan kemunculan teknologi 5G, pembekal akan berupaya untuk meningkatkan kelajuan untuk muat turun dan kapasiti data bulanan untuk pelan tanpa had. Peralihan ke 5G dijangka menghasilkan kejutan bagi vendor rangkaian, infrastruktur, dan peralatan.

Sejak tiga bulan yang lalu,  XOX telah bekerjasama dengan Advance Tech Communication Sdn Bhd (ATC) bagi melancarkan telefon pintar 4G dan 5G, dengan keupayaan komunikasi satelit tambahan dikenali sebagai  XPLORE.  Ini akan menjadikan XOX sebagai telco pertama dalam memasarkan dan mengedarkan produk tersebut kepada penggunanya di seluruh Asia Tenggara.  Telefon pintar yang dilengkapi dengan sambungan satelit dan radio mudah alih digital, akan dilancarkan oleh ATC kepada pengguna XOX.

Menurut Pengarah eksekutif XOX Steve Tan,  syarikat XOX merancang untuk menyediakan  rangkaian bersepadu dengan mengintegrasikan pelan prabayar dan platform pesanan XOX melalui perkhidmatan satelit ATC yang luas.

Tambah beliau lagi, XOX cukup kukuh sebagai sebuah syarikat. Ia menerapkan strategi pemasaran yang tepat berserta idea dan produk berinovasi dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan ini mendorong syarikat untuk terus maju ke hadapan. Faktor kejayaan  XOX telah dibina dengan memanfaatkan jenama, saluran pengedaran dengan pertumbuhan asas pelanggan yang kukuh - menurut sumber terdekat XOX.

Telco China Mengintai Syarikat Dalam Senarai Bursa Malaysia Bagi Pembangunan Teknologi 5G 

Saham XOX meningkat naik  11.11 peratus di tengah perdagangan aktif pada hari Jumaat dan ditutup 5 sen menjadikannya permodalan pasaran sebanyak RM54.62 juta. Ianya telah meningkat satu sen dengan 154 juta saham telah didagangkan.

XOX menduduki carta kelima dalam sektor telco dan merupakan syarikat MVNO nombor satu di Malaysia dengan hampir mencecah tiga juta jumlah pelanggan semasa, termasuklah pengguna telefon bimbit prabayar dan pasca bayar.

XOX, pada bulan lalu telah menandatangani perjanjian dengan DGB Asia Bhd dalam usahasama bagi  penyebaran pengunaan lebih 1,000 mesin layan diri untuk generasi Artificial Intelligence (AI )

Langkah ini adalah sejajar dengan strategi XOX dalam mengfokuskan perhatian pada perniagaan yang berlainan dalam membangunkan aliran pendapatannya. Penganalisis percaya saham telco akan melonjak naik kerana sektor ini mengaut keuntungan lumayan, ketika berlakunya situasi pandemik Covid-19.
Telco China Mengintai Syarikat Dalam Senarai Bursa Malaysia Bagi Pembangunan Teknologi 5G
kredit foto : pixabay.com

Penilaian terhadap syarikat telekomunikasi di Malaysia semakin menarik kembali dan sektor ini dijangkakan akan berkembang dengan kadar yang segera, seiring dengan peralihan semasa yang berlaku di landskap digital seperti rangkaian internet 5G, Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI).