Daftar E-Bil Air Selangor Dan Boleh Menang Kereta | Ramai yang merungut bila mendapat bil elektrik yang naik mendadak sejak PKP dan selain dari itu bil air selangor semasa PKP pun agak tinggi dan pastinya bil air kami pun tak terlepas terkena tempias sebabnya semua orang ada di rumah dan penggunaan elektrik dan air pasti lebih dari kebiasaan.

Semasa PKP ni baik tukang ambil bacaan untuk elektrik dan air memang tak keluar melawat jadinya bil akan di kira secara anggaran dan pelarasan penggunaan semasa PKP akan dibuat pada bil bulan Jun atau Julai. Jadinya saya pun nak berkongsi supaya anda boleh mendaftar dan melihat bil air secara digital tanpa perlu menunggu kedatangan bil mulai sekarang. Anda boleh menghubungi Air Selangor di facebook @AirSelangor atau twitter @air_selangor atau hubungi Air Selangor hotline di 15300 atau dan kalau kurang faham boleh jengah ke pejabat Air Selangor yang berdekatan.

Saya sendiri masih tertangguh untuk memuat turun sebab telefon pintar yang lama tu kurang pintar sikit dari segi storage hehe dan telefon yang digunakan sekarang ni kebijaksaan dia tu lebih sikit. Buat pengetahuan semua (mungkin ramai yang dah tahu), mulai mulai 1 Julai 2020 bil air akan dihantar melalui pos hanya 2 bulan sekali jadi sebelum bil tu sampai kita dah tahu apakah penggunaan air dan jumlah yang perlu dibayar.

HI iam.fuzy #StayAtHome #layannovel. Aduan anda telah kami majukan ke seksyen pengebilan kami untuk semakan dan tindakan mereka. No Aduan anda: 5887649327. Sila hubungi kami di talian 15300 untuk status aduan selepas 24 jam dari laporan ini. Juga untuk info:
bil air yang dikeluarkan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) adalah berdasarkan bacaan anggaran. Pihak Air Selangor telah mula mengambil bacaan meter sebenar di premis pelanggan dan pelarasan bil anggaran semasa PKP akan dibuat.
Pelarasan penggunaan semasa PKP akan dibuat pada bil bulan Jun 2020 atau Julai 2020 dengan kaedah pengiraan pro-rata seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).  Bil sebenar yang telah dikeluarkan sebelum garis panduan SPAN dilaksanakan akan diselaraskan dalam bil air pengguna pada bulan berikutnya.
Sekiranya para pelanggan mendapati bil yang dikeluarkan sebelum ini terlebih caj dan pembayaran telah dibuat ke atas bil tersebut, maka jumlah terlebih bayar tersebut akan direkodkan di dalam akaun pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh merujuk laman sesawang kami di https://bit.ly/2Msp2Xg atau facebook Air Selangor untuk mendapatkan kaedah pengiraan pengebilan.
Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan keprihatinan anda amatlah dihargai.
Terima kasih.
Beberapa hari lepas, saya dah terima bil dan memang terkejut dengan jumlah bil tu jadi terus saya hubungi Air Selangor melalui twitter dan diatas tu adalah balasan dari pihak Air Selangor.  Memang cepat dan tak perlu pening kepala bilamana sukar untuk dapat berhubung dengan Air Selangor melalui panggilan telefon.

Jom cepat daftar SEKARANG dan mungkin anda berpeluang MENANGI HADIAH-HADIAH MENARIK! Untuk maklumat lanjut, layari https://bit.ly/3dNNcHH.  Saya dah daftar!


Sebetulnya pihak Air Selangor dah menggalakkan orang ramai mendaftar e-bil sejak akhir tahun 2019 untuk mengurangkan penggunaan kertas dan ianya lebih pantas tapi ada yang komen aplikasinya tidak mesra pengguna tapi kini aplikasi ini memang sudah mesra pengguna tapi biasalah kalau buat pendaftaran kali pertama tu memang agak rumit sikit.

Panduan Daftar E-Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta

Pertama, muat turun aplikasi Air Selangor  di Google Play atau Apps Store dan saya kongsikan sedikit panduan bagaimana untuk mendaftar dan mendapatkan bil air terkini dengan hanya dihujung jari.

Panduan Daftar E-Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta

Ini paparan bila anda buka aplikasi Air Selangor yang telah dimuat turun di telefon bimbit anda.
  • Login bagi anda yang pernah mendaftar di portal atau daftar melalui aplikasi
  • Register - bagi anda yang belum mendaftar
  • Bill Payment - bagi yang ingin membuat pembayaran terus

Baca seterusnya di bawah untuk dapatkan Panduan Daftar E-Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta


Panduan Daftar E-Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta

Bill Payment (Bayar Bi)

Kalau kebiasaannya anda membayar bil air buat mak ayah atau adik beradik dan harus mendapatkan bil fizikal dari mereka, kini tak perlu lagi bila anda mendaftar atau anda cuma perlu log masuk ke Bill Payment tanpa perlu ambil bil seperti kebiasaan.  Apa yang perlu  adalah pastikan anda ada no akaun mereka dan bayar terus secara online.
  1. Masukkan no akaun dan tekan NEXT
  2. Paparan jumlah yang perlu dibayar.  Pilih bank dan email di mana resit akan dihantar ke email tersebut.  Tekan CONFIRM, akan terpapar online banking yang dipilih dan masukkan kod MSOS untuk mengesahkan pembayaran seperti membuat pembeliaan diatas talian yang lain. Mudah kan!

Panduan Daftar E-Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta


Register (Daftar)

1. Bila buka aplikasi akan terpapar Data Keselamatan Peribadi (Personal Protection Data) dan klik I Agree (saya setuju)
2. Pendaftaran - isikan sepertimana yang tertera dan untuk kata kunci tu ada 8 karakter, 1 nombor, 1 huruf besar, 1 huruf kecil dan dan 1 karakter istimewa. Contoh : Abang12@
3. Akaun perlu pengesahan (verification) dan sila masukkan kod pengesahan yang di terima di handphone. Pengesahan berjaya kalau no telefon yang didaftar dan digunakan tu betul

Dan anda boleh log masuk ke akaun untuk dapatkan maklumat terperinci bil air anda

Panduan Daftar E-Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta


Login (Log masuk)


  1. Bila dah selesai daftar, kita boleh klik login dan masukkan email dan kata kunci untuk membayar bil.
  2. Tertera jumlah yang kena bayar dan boleh klik di gambar dokumen tu untuk lihat sejarah penggunaan air.
  3. Untuk membuat pembayaran, kita boleh membayar jumlah BIL SEMASA dengan cara padamkan jumlah yang tertera dan taip jumlah yang kita ingin bayar sahaja!
  4. Seterusnya portal akan memasuki ke online payment kita seperti kita membuat pembayaran menggunakan komputer. Mudah
Bila PKP ni memang kita terkejut dengan jumlah bil yang melambung tinggi jadi dan rasa sakit nak bayar keseluruhan jumlah, jadi kita boleh bayar BIL SEMASA.


Nota : bila login pertama kali tu anda akan ditanya Enable device shortcut "Air Selangor App" login guna Face ID/Touch ID tu tak perlu melainkan anda tak nak orang lain yang guna handphone anda tu tahu maklumat bil air anda.

Tadi saya dah nyatakan ada peraduan DAFTAR E-BIL dan menang kereta bukan? Kalau ada sesiapa yang belum buat pendaftaran untuk dapatkan e-bil sila buat segera mana tahu ada rezeki boleh menang sebuah kereta!

Diharap pengkongsian saya ni mudah untuk difahami dan diharap saya tidak terlepas pandang butiran penting supaya anda dapat mendaftar dengan mudah.


Anda  juga boleh menerima bil air melalui aplikasi WhatsApp tak kira dimana anda berada mulai April 2020 dan di aplikasi ni juga anda boleh dapat tahu sebarang gangguan bekalan air. Mudah kan!
Sejak Januari 2018, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memperkenalkan bil air secara atas talian (online) atau  e-Bil. Pelaksanaan e-Bil ini seiring dengan program transformasi Air Selangor, ke arah perkhidmatan secara digital bagi membolehkan para pelanggan mendapat bil air dengan lebih cepat dan mudah samada melalui emel atau dengan cara mengakses aplikasi Air Selangor.
Kini, kemudahan perkhidmatan e-Bil ini telah diperluaskan lagi yang mana para pelanggan Air Selangor boleh memilih untuk menerima bil air mereka menerusi aplikasi WhatsApp mulai 1 April 2020.
Untuk menetapkan kaedah penerimaan bil melalui WhatsApp, para pelanggan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh mendaftar e-Bil atau mengemaskini maklumat di laman sesawang https://update.airselangor.com. Pelanggan yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan WhatsApp perlu memastikan nombor telefon yang didaftarkan di laman sesawang ini adalah betul dan boleh menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Atau anda boleh layari pautan https://update.airselangor.com/update/ untuk mendaftar menggunakan laptop atau desktop. Nanti kalau ada masa saya akan buat video kalau ada kesempatan. InsyaAllah