Resepi Bingka Labu Kuning Yang Sedap Dan Senang Dengan Sukatan Cawan

by - June 11, 2020

Resepi Bingka Labu Kuning Yang Sedap Dan Senang Dengan Sukatan Cawan | Dah terlalu lama nak membuat bingka labu kuning ni tapi asyik tak kesampaian kerana bila bila beli labu jer pasti dibuat masak lemak putih sebagai sajian bersama nasi malah di bulan Ramadan baru-baru ni labu saya buat Pumpkin soup sebab rindu pumpkin soup di cafe Kopi & Teh. Hari sabtu yang lepas, saya beli lagi labu dan niat tu ditetapkan untuk membuat bingka labu sebab teringat bingka labu yang dibuat di kampung en hubby. Kalau di Kedah bingka dipanggil bengkang dan cara ianya dimasak pun cukup unik menggunakan dapur kayu dengan api diatas dan bawah seperti kita memasak menggunakan ketuhar oven 

Bila jengah ke laman sesawang berkenaan resepi kuih talam labu, ada  bingka labu air fryer, bingka labu noxxa, resepi bingka labu pemanggang ajaib la dan banyak lagi tapi macam saya katakan saya nekad nak buat bingka bakar dalam oven jer dan saya cuma guna sukatan cawan yang lebih mudah untuk dikongsi dan saya kurangkan gula malah menggunakan gula perang untuk bingka labu bakar ni.

Kali ni saya nak kongsi resepi bingka labu sukatan cawan yang cukup mudah dah hasilnya pun cantik malah rasanya cukup sedap dan tidak terlalu manis.

Resepi Bingka Labu Kuning Yang Sedap Dan Senang Dengan Sukatan Cawan

Bahan-bahan:-
2 cawan labu (450+ gm labu kuning)
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
¾ cawan gula perang
½ cawan mentega (±150 gm)
2 biji telur gred A
2½ cawan susu cair (250ml)
sedikit garam secukup rasa
1 sudu esen vanilla
2 sudu bijan, disangai




Bolen tonton youtube channel saya cara saya membuat bingka labu air ni yang cukup mudah dan ringkas.


Cara cara:-

  • Labu dibuang kulit, dibuang biji, dipotong dadu dan kemudian direbus hingga empuk, toskan dan biarkan ia sejuk
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan  dikisar hingga labu menjadi halus dan sebati.
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung dikisar hingga adunan menjadi sebati.  Semasa memasukkan tepung tu, kacau sedikit tepung supaya bercampur dengan bahan yang dikisar awal tu supaya tepung tak melekat di dinding pengisar
  • Sementara tu panaskan ketuhar selama 5 minit pada suhu 180C dan leserkan mentega pada loyang
  • Tapiskan adunan dan tuang kedalam loyang sehingga memenuhi 3/4 loyang, jangan sampai penuh kerana adunan akan mengembang
  • Masukkan ke dalam ketuhar selama 10 min dan keluarkan loyang, taburkan bijan yang disangai dan masukkan loyang kembali ke dalam ketuhar. Sambung bakar selama 30 min atau sehingga ianya masak. Siap!
Nota : 
untuk memastikan kuih telah masak, cucuk di bahagian tengah kuih dengan lidi dan kalau tidak melekat, tu tandanya dah masak.

You May Also Like

12 Comments

  1. Hai la si bingka labu.Sedapnya awak.

    ReplyDelete
  2. teringat ada labu sebijik mak bagi aritu, niat memang nk buat bingka tengok resepi akak lagi berkobar nk cuba... hujung minggu nnati kita cuba

    ReplyDelete
  3. rasanya saya x pernah makan lagi kuih ni

    ReplyDelete
  4. Kuih apa2 pun kalau buat dengan labu memang sedap..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya bingka labu. Koci labu pun sedap. Aduh, semua sedaplah haha

    ReplyDelete
  6. Okay save this recipe... Nanti bila rajin boleh follow resepi ni.. Tq Kak Fuzy

    ReplyDelete
  7. Nak try buat.
    Done follow #591

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.... sedap nampak air tangan ni... Happy blogging! Happy cooking! Sharing is Caring.

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa..terimabkasih berkongsi reaepi

    ReplyDelete
  10. sgt suka makan tapi tak pernah teringin nak buat. hahhaa 😁

    ReplyDelete
  11. aaaa sedapnya !! semua jenis bingka saya suka..
    haih ni buat minum petang layan ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!