Saham Anzo Meningkat Dalam Tempoh 12 Bulan, Mengorak Langkah Ke Perniagaan Baru | Anzo Holdings Bhd (dahulunya dikenali sebagai Harvest Court Industries Berhad), pengilang dan pemasar produk kayu bagi projek bangunan di Malaysia sedang giat meninjau perniagaan baru bagi menjana pendapatan tambahan untuk pihak kumpulan syarikat berkenaan.

Saham Anzo Meningkat Dalam Tempoh 12 Bulan, Mengorak Langkah Ke Perniagaan Baru


Adalah difahamkan, kumpulan syarikat itu telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pelabur luar bagi tujuan tersebut.
"Para pemegang saham telah merancang sesuatu supaya  Anzo boleh melangkah ke tahap yang baru.  Anzo mampu mendapatkan pelabur baru yang boleh menyuntik pelaburan dalam perniagaan baru di dalam kumpulan syarikat" kata satu sumber dalaman yang mempunyai pengetahuan berkenaan perkara tersebut.
Saham Anzo Meningkat Dalam Tempoh 12 Bulan, Mengorak Langkah Ke Perniagaan Baru

Anzo juga terbabit dalam pembinaan dan pembangunan hartanah, dengan fokus kepada kerja-kerja pembinaan dan rekabentuk dalaman dan perkhidmatan berkaitan penyelenggaraan.

Saham Anzo meningkat 4 sen atau 41.18 peratus hari ini, ditutup pada 12 sen.  Ia merupakan salah satu saham yang paling tinggi diperdagangkan dalam pasaran saham tempatan.  

Penutupan pada harga 12 sen adalah yang paling tinggi diperdagangkan dalam jangkamasa 12 bulan.  Jumlah pasaran saham yang diniagakan adalah sebanyak189 juta.
"Peningkatan harga pasaran menunjukan suatu perubahan di dalam Anzo.  Melihat pada trend kebelakangan ini dimana kebanyakan syarikat yang disenarai dalam Bursa telah melebarkan sayap dan melangkah masuk ke dalam penjagaan kesihatan dan berkaitan dengan industri penjagaan kesihatan, mungkin Anzo turut merangka perkara yang sama dalam mempelbagaikan kewangannya" - kata satu sumber

Dalam pemfailan dengan Bursa Malaysia, Anzo menyatakan pihaknya sangat berhati-hati terhadap prospek untuk tahun kewangan masakini memandangkan ekonomi berterusan menghadapi pelbagai angin kencang terutama dengan pandemik coronavirus.

Anzo menyatakan telah menjangkakan kelembapan ekonomi secara meluas dan pihak kumpulan itu sedang giat aktif menekankan pendekatan dalam menguruskan kos operasinya dan menyemak semula plan perniagaannya dalam mengurangkan sebarang potensi negatif berbangkit akibat dari pandemik Covid-19.

"Anzo akan terus fokus pada kecekapan operasinya dan produktiviti bagi mencapai hasil yang memuaskan untuk tahun kewangan semasa, " katanya.

Kumpulan itu mencatatkan pendapatan berjumlah RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020, hampir enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya pada masa yang sama. Ini adalah hasil sumbangan dari bahagian perniagaan bagi sektor pembinaan yang memberikan perolehan sebanyak RM7.5 juta pada suku tahun tersebut.

Industri kayu telah terjejas teruk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang telah berkuat kuasa pada bulan Mac 2020. Ini dibuktikan dengan sumbangan perolehan hanya RM0.9 juta (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut. 

Anzo menyatakan sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, kumpulan ini mengalami kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku tahun sebelumnya. 

Bagi tahun ini, hasil dari perniagaan perdagangan yang bertambah baik, pendapatan dan keuntungan kasar kumpulan, masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta.

Hasilnya, kumpulan berjaya mengurangkan kerugian hampir separuh dari RM3.9 juta pada 2019 kepada RM1.39 juta pada tahun 2020.