Resepi Ikan Senangin Masak Lada Yang Mudah Dan Sedap

by - July 03, 2020

Resepi Ikan Senangin Masak Lada Yang Mudah Dan Sedap | Ikan Senangin masak lada ni resepi bonda yang cukup mudah dan ringkas tapi sedap sungguh dimakan dengan nasi panas.  Kalau makan lauk ni, tak perlu lauk lain dan begini juga masakan yang dibuat bonda semasa saya dalam pantang.

Resepi Ikan Senangin Masak Lada Yang Mudah Dan Sedap


Bahan-bahannya 
2 ekor ikan senangin
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 inci halia
1 labu bawang besar, dimayang
1 sudu lada hitam, ditumbuk halus
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu kunyit
1 mangkuk air asam jawa
3 - 4 tangkai cili kering
garam secukup rasa


Boleh jengah kat video cara memasak ikan senangin masak lada yang mudah dan sedap ni


Cara-cara memasak:-

  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk kasar hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan lada hitam, jintan manis dan jintan putih, dikacau hingga sebati dan masukkan air asam jawa, dikacau supaya mesra dan sebati. Tambah air jika perlu
  • Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan senangin. Pastikan ikan terendam dalam kuah supaya masak sempurna.  Masukkan bawang besar dan kemudian cili kering yang digoreng tadi.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam.  Siap!


Selamat Mencuba

You May Also Like

4 Comments

  1. Lama juga tak masak resepi ni, terima kasih bagi ilham :)

    ReplyDelete
  2. Olá ! belo post. Quando você puder me visite.
    https://epossivelsonhar46.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. besar ikan senangin akak tu, mesti sedap masak gini...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!