Tutorial Video Cara Menganyam Ketupat Daun Palas Untuk Meraikan Hari Raya

by - July 02, 2020

Tutorial Video Cara Menganyam Ketupat Daun Palas Untuk Meraikan Hari Raya  | Bulan Syawal dah lama berlalu, Hari Raya pun dah lama lepas tapi video dah lama up kat youtube tapi entri tertinggal dekat draf akhirnya berjaya di post..hehe.

Sejak berkahwin dengan orang Kedah ni, menu pagi rasa pun ikut selera orang utara la jugak apa lagi kalau bukan ketupat palas. Mujur saya ni peminat pulut dan lepas tertangguh video yang diambil di akhir bulan Ramadhan tempohari akhirnya berjaya di upload di channel iamfuzy...fuhh lega!

Bercerita pasal ketupa ni kan, bonda saya dulu menganyam ketupat jawi tapi sampai sekarang ni memang saya tak pernah khatam menganyam cuma boleh nak terik bila anyaman tu dah siap. Berbalik pada ketupat daun palas ni nampak agak mudah tapi jangan tak tahu bilangan ketupat betina melebihi ketupat jantan kalau saya buat.  Nampak mudah tapi teknik menganyam tu pusing akhir tu kalau silap pusing menjadilah ketupat betina.  Kenapa tak suka ketupat betina? sebab kalau jadi ketupat jantan, bila direbus nanti elok jer tak dimasuki air tapi kalau ketupat betina nanti penuh pulut dalam periuk rebusan tu walau masih boleh makan tapi sangat lembik.

Menurut Allahyarhamah MiL kalau jadi ketupat palas betina ni kurang manis kalau dihidangkan kat orang tapi dulu dalam hati berkata, kenapa nak tunjuk kat orang, kan boleh potong kat dapur je. T



Daun ketupat palas ni dibeli 3 hari sebelum Aidil Fitri dan daun ketupat palas ini akan dibuka dan dibuat kelongsong supaya ianya akan lebih memudahkan bila diisi beras pulut. Daun ketupat palas ni tak panjang dan ada yang lebar dan kecil.  Daun yang dibuka akan digunting bahagian yang tidak rata dan kalau terlalu besar tu akan dikoyak dan dianyam menjadi kelongsong ketupat palas.  Ini bagi memudahkan bila nak masuk beras pulut, anyaman ni dibuka dan di anyam atau di lipat kembali.  

Bahan untuk tanak beras pulut
1 kilo beras putih susu
1 kilo santan pekat
1 cawan kacang mata satu, direndam semalaman
2 helai daun pandan, dikerat 4
garam secukup rasa


Cara penyediaan:- 
  1. Rendam beras pulut dalam 4 jam dan ditoskan airnya tapi kalau pulut susu, tak perlu rendam lama sebab beras pulut susu mudah lembut. 
  2. Masak santan dengan daun pandan di dalam periuk dengan api perlahan hingga nampak santan hampir mendidih masukkan beras pulut serta garam.  Kacau pulut dengan kerap supaya tidak melekat dan sehingga kuah menjadi likat dan beras separuh masak
  3. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum boleh dimasukkan kedalam ketupat

Tips
  • Pulut kena sentiasa di kacau supaya tidak hangit.  Beras akan nampak mentah tapi tak perlu risau sebab bila direbus pulut tu akan masak nanti
  • Daun pandan lazimnya disimpul tapi kali ini tidak sebab terasa rugi bila beras melekat disimpulan dan susah untuk dikeluarkan
  • Sekiranya...sekiranya anda risau kot nanti bila direbus tu ketupat tu dimasukki air, boleh je kukus dalam pengukus.  Rasanya pun tak berbeza cuma feeling tu lain sikit tapi kalau Allahyarhamah ibu mertua rasa, memang confirm dia kenal ketupat palas ni direbus atau dikukus..hehe

Haa...senang letak video yang ada buat kesalahan waktu melipat ketupat palas.  Nampak mudah jer kan tapi kalau silap pusing mau berpusing mata tak pun terpusing tangan hehe.  

Kalau kat kampung en hubby, kacang ketupat akan dimasak sekali tapi ada juga yang memasukkan jagung dan di Pantai Timur pulak ketupat daun palas mereka ni manis. Teringat waktu berkunjung ke rumah anak buah en hubby di PJ, en hubby bersinar matanya tengok ada ketupat palas tapi bila tengok dari dekat dan diberitahu tu menu orang Ganu, ketupat palas yang digoreng. Rasanya sedap juga mcm makan lemang tapi memang tak boleh makan banyak la sebab ketupat palas tu menggunakan santan pastu digoreng pulak...kalori oh kalori.  Tapi tak pe setahun dua kali je makan gitu kan..atau lepas tu sakan kita excercise pulak kan.

Bulan Syawal dah berakhir tapi video cara melipat ketupat palas ni boleh la kot diguna waktu Hari Raya Haji nanti tak pun tahun depan dan tahun depan. Kisah Raya tahun ni pun tak up lagi...InsyaAllah tunggu dulu esok lusa pulak. hehe

You May Also Like

5 Comments

  1. Saya memang susah betul nak tangkap cara anyam ketupat tu, mungkin sampai bila2 saya takkan pandai anyam ketupat haha

    ReplyDelete
  2. rindunya nak anyam ketupat jawi.. teringat bila boleh anyam time nak raya je..br nak menjadi

    ReplyDelete
  3. sampai sekarang kita tak pandai lagi nak menganyam..hehehe

    ReplyDelete
  4. stiap tahunnnn cuba buat belajar xtau brapa kali..
    hahahaha jadila boleh nak buat makan sendiri..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!