Oxwhite Lancarkan Promosi Ulangtahun Ke Dua Dengan Pemberian Baucar Tunai Bernilai RM60,000!

by - June 26, 2020

Oxwhite berusia dua tahun pada 30 Jun 2020. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua ini, jenama e-dagang gaya hidup pengguna yang berkembang pesat di Malaysia ini, melancarkan promosi ulang tahun dengan memberikan baucar tunai bernilai lebih RM60,000.



Pelanggan boleh menebus baucar bernilai antara RM5-RM20 untuk pembelian bernilai RM50 ke atas.

Pelanggan juga akan mendapat potongan harga sehingga 50% untuk koleksi ulang tahun Oxwhite - yang menampilkan buku terlaris Oxwhite, produk organik dan barangan terpilih dalam kategori pakaian, rumah dan keperluan hidup.



Di samping itu, platform runcit dalam talian HappyFresh, turut memberikan baucar bernilai RM11,320 kepada pelanggan Oxwhite yang berbelanja  antara jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2020 dan 11.59 malam pada 7 Julai 2020.

Pelanggan aplikasi Digi, Maxis dan RHB juga akan menikmati potongan tambahan apabila mereka berbelanja di platform e-dagang mulai 1 Julai 2020.

Bukan itu sahaja, Oxwhite juga akan melancarkan dua produk baru di platform e-dagang. Produk berkenaan adalah:


Kemeja T Asas Oxwhite

Dibuat menggunakan fabrik 100% kain kapas yang lembut dan selesa, kemeja T asas ini direka dengan teliti agar sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai. Setiap kemeja T asas dihantar dalam bungkusan kertas 100% biodegradasi, boleh diguna semula dan dikitar semula.

Tuala Bambu

Lebih lembut dan gebu berbanding tuala kapas biasa, tuala bambu ini menjadi lebih popular di spa dan premis mewah di seluruh dunia. Tuala berkualiti hotel ini dibuat secara eksklusif daripada viskose buluh dengan penuh tanggungjawab sosial. Tuala ini sangat menyerap, cepat kering, antibakteria dan anti bau.

Kini, Oxwhite telah berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan dan berusaha untuk terus meningkatkan asas pelanggan dengan sasaran 200% tahun ini. Oleh itu, jenama gaya hidup ini akan melancarkan lebih banyak produk dan promosi dalam beberapa bulan akan datang.

You May Also Like

2 Comments

  1. Banyak promosi sempena ulang tahun ke-2 ni kak. Dlm masa 2 thn, dh berkembang besae business mereka.

    ReplyDelete
  2. banyak promosi dan potongan harga tu.. kena usha nanti

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!