Bila sebut rendang je, pasti chicken rendang ehh rendang ayam terus terjah di minda sebab mudah. Daging rendang, rendang paru, rendang kerang, rendang daging campur pun tak ketinggalan jadi kesukaan dan rendang memang cukup sinonim bila tiba hari raya. Peminat masakan rendang boleh la cuba resepi rendang ayam utara, resepi rendang ayam tanpa kerisik atau resepi rendang ayam cili padi yang pasti yang menambat selera atau dendeng daging pun sedap untuk dimakan dengan ketupat atau pulut.

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap Selera Orang Malaysia 


Resipi Rendang



Tapi entahlah raya kali ni rasa macam tak raya pun ada. Dah lost pengiraan tarikh Hari Raya Aidil Adha kali ni sebab kalau dulu kita pasti dengar hebahan penerbangan pertama dan terakhir menuju ke Tanah Suci tapi tahun ni seperti tahun lepas, memang zero.


Minggu lepas DH ada cakap eh bila raya ya dan pertama kalinya DH cakap raya kali ni tak nak buat ketupat tapi dia nk suruh buat gulai daging seperti biasa. Kali ni nak makan dengan lemang jer dan ketupat nasi Adabi. Mood? jangan ditanya sebab entah mana hilangnya mood tu.


Bonda pula seperti biasa nakkan rendang daging campur yang dah jadi tugasan Chef Ross untuk menyediakannya. So jom la tengok 13 koleksi resepi rendang sedap yang memang sedap untuk dimasak, tak kira raya atau tidak. 

1. Resepi Rendang Daging Campur Masakan Bonda

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 


Bahan A
1 kg daging - dipotong saiz sederhana
500 gm paru  - direbus hingga lembut dan dipotong sederhana
1 kilo santan pekat
5 sudu besar kerisik
3 helai daun kunyit - dihiris halus
4 inci lengkuas, diketuk
5 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk tumis

Bahan B - dikisar halus
20 tangkai cili kering, dibuang biji 
20 biji cili api
5 batang serai
2 inci halia
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih

Cara membuatnya:
  • Campurkan bahan dikisar dengan daging dan paru. Panaskan minyak dan masukkan daging dan paru dan dimasak dengan api sederhana. Tambah air supaya kesemua bahan menjadi mesra. 
  • Masukkan santan dan daun kunyit yang dihiris serta asam gelugur. Kacau dan biarkan hingga kuah menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan kerisik, garam secukupnya. Kalau suka kering, boleh biarkan ianya dimasak sehingga kering tapi rendang ni sedap kalau dibiarkan basah dan sedikit berkuah. Siap!


2. Resepi Rendang Daging Campur Berempah

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Google


Bahan A
600 gm daging - dipotong saiz sederhana
300 gm paru  - direbus hingga lembut dan potong tebal
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 cawan santan cair
1/2 kilo santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula kabung 
2 helai daun kunyit dipotong halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk tumis

Bahan B - dikisar 
2 genggam cili kering, dibuang biji 
3 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci halia
8 ulas bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih


Cara membuatnya
  • Adunkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, jintan putih dengan sedikit air hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan rempah, dimasak sekejap dan masukkan cili yang dikisar. Masak dan tumis lama sehingga naik minyaknya.
  • Masukkan daging, paru dan santan cair, kerisik, masukkan gula melaka, kacau rata. Masukkan santan pekat bila rendang sudah nampak agak masak.
  • Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris dan masak hingga menjadi kering ikut selera.Siap!

3. Resepi Rendang Tok

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Google


Bahan
2 genggam cili kering, dibuang biji 
1 1/2 kg daging - dipotong dadu
3 liter santan
4 sudu kerisik
4 inci isi kelapa, dihiris kecil jadi kepingan dan disangai
2 helai daun kunyit - dihiris
3 helai daun salam
3 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
1 1/2 gula gerek/kabung
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan B - disangai 
11/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar

Bahan C - dikisar
20 biji cili kering - dibuang biji
1 sudu teh lada hitam
10-15 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sm lengkuas
5 batang serai
5 sm halia
3 sm kunyit hidup
bahan yang disangai 

Cara membuatnya
  • Perapkan daging dengan 1/4 bahan kisar dalam 1 -2 jam
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih hingga naik wangi dan masukkan bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan daging yang diperap dan dikacau sehingga sebati.
  • Masukkan santan, gula gerek/kabung, garam, kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau dan tambah air sekiranya perlu supaya kesemuanya menjadi mesra
  • Bila daging nampak empuk, masukkan kepingan kelapa kecil yang disangai tadi, kacau dan dimasak sehingga kuah betul-betul jadi kering.

Nota :
  • Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
  • Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

4. Resepi Rendang Daging Pedas Utara

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Eny Abdullah via Google


Bahan A
800 gm daging - dipotong sederhana
20-30 biji cili kering, dibuang biji dan dikisar halus
1 paket serbuk Rempah Rendang - dibancuh dengan sedikit air 
2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula kabung / gula melaka / gula merah (kurangkan ikut selera)
3-4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, diracik halus
Garam secukup rasa

Bahan B - dikisar
3-4 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci halia
8 ulas bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih

Cara membuatnya:
  • Satukan bahan kisar, cili kisar, daging dan santan di dalam kuali bersama rempah rendang  yang telah dibancuh dengan sedikit air. Buka api sederhana dan renih sehingga rendang mendidih.
  • Masukkan garam, gula melaka, daun limau purut atau daun kunyit.
  • Masukkan kerisek dan biar rendang merenih sehingga kuah menjadi pekat dan kering. 
  • Akhir sekali taburkan daun kunyit yang diracik halus. Siap.

5. Rendang Dendeng Daging

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Google



Bahan A
1 kg daging pejal - dipotong sederhana, tidak besar dan tidak kecil
Kicap manis
Sos tiram
Air rebusan daging
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan B - ditumbuk kasar
20 ulas bawang merah
5 batang serai
1 in halia

Bahan C- dikisar
2 gengam cili kering, dibuang biji
2 inci belacan

Cara membuatnya:

Langkah 1
  • Daging direbus sehingga lembut, toskan. Air rebusan disimpan.
  • Apabila daging sejuk, tumbuk daging (tumbuk dengan batu penumbuk) hingga lembut tapi jangan hancur
  • Selesai ditumbuk, perap daging dengan kicap manis hingga sebati dan mesra dalam 30 - 45 minit
  • Panaskan minyak dan goreng daging perapan tadi 

Langkah 2
  • Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, kicap manis, sedikit gula dan garam, kacau hingga menjadi garing jangan hangit.
  • Akhir sekali masukkan daging dan masukkan air rebusan daging. Renih dengan api sederhana hingga kering. Kacau kerap supaya daging tidak hangit dan melekat di dasar kuali. Siap!



6. Rendang Ayam Pedas

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 




Bahan A
1 ekor ayam - dipotong saiz sederhana
2 kg santan
3 sudu kerisek
3 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit, dihiris halus
3 helai daun limau purut (optional)
Garam secukup rasa


Bahan B - dikisar
10 ulas bawang merah
2 labu bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 inci lengkuas 

Bahan C - dikisar
20 tangkai cili kering, dibuang biji
10 tangkai cili api

Cara membuatnya
  • Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau wangi dan masukkan bahan C (cili kering dan cili api kisar), tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan santan, masak sehingga keduanya mesra. Masak dengan api sederhana.
  • Masukkan kerisek, garam dan sedikit gula serta asam gelugur, kacau dan biarkan direnih. 
  • Akhir sekali taburkan daun kunyit yang dihiris.  Masak sehingga kuah menjadi pekat, kering dan pecah minyak. Siap!

7. Rendang Ayam Pencen

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Google


Bahan A
1 ekor ayam tua potong 18
500 gm santan,
3 batang serai - diketuk
1 sudu makan biji ketumbar - disangai dan ditumbuk halus
3 keping asam gelugur
3 sudu kerisek
2 helai daun kunyit - dihiris
Gula, garam secukup rasa

Bahan B - dikisar
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
2 inci lengkuas
1 biji bawang besar
8 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering - dibuang biji

Cara membuatnya :
  • Ayam dipotong sederhana, dicuci dan direbus dalam kuali bersama serai yang diketuk dalam api sederhana sehingga air rebusan hampir kering
  • Masukkan bahan yang dikisar bersama biji ketumbar yang telah ditumbuk serta asam gelugur. Renihkan dan guna penutup untuk menutup masakan (kacau sesekali supaya masakan tidak melekat)
  • Alihkan penutup dan biar direnih hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan.
  • Masukkan kerisek dan gula (jika suka), dikacau supaya sebati dan taburkan daun kunyit yang dihiris dan akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Siap!

Nota : Ayam pencen atau ayam tua memang perlu dimasak lama dan lebih sedap kalau dimakan sehari selepas dimasak supaya semua bahan sebati 

8. Rendang Kerang

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 


Bahan A
2 kilo kerang - disangai dan dikeluarkan isi

Bahan B - untuk dikisar
25 tangkai cili padi kampung (kalau suka lebih pedas, boleh tambah)
2 -3 tangkai cili hijau
4-5 biji bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
7 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup


Bahan C
2 cawan santan kelapa
4 sudu kerisik
2 - 3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit, dihiris halus


Cara memasak
  • Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.  Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan asam gelugur dan santan, renihkan dengan api sederhana hingga kuah menjadi agak kering.
  • Masukkan isi kerang, daun kunyit dan akhir sekali kerisik, dikacau hingga sebati.  Masak hingga sehingga agak kering dan pecah minyak. Terpulang kalau inginkan rendang yang kering, boleh biarkan rendang menjadi kering atau sukakan rendang yang masih lembab berkuah.
  • Tutup api dan masukkan garam secukupnya.  Siap!
Nota :
Kerang ddibasuh, direndam dalam air campur garam kasar dalam 20 minit. Garam berfungsi sebagai agen pencuci kotoran di kulit kerang dan dapat membuang segala racun dan bakteria dalam kerang.

Nak cuba rendang kerang pedas, baca SINI

9. Rendang Ayam Minang

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Google


Bahan-Bahan
1 ekor ayam
2 sudu besar kerisik
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
1 asam keping
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji kelapa - santan pekat
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
4 hiris lengkuas
3 cm halia
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
2 batang serai

Cara Memasak 
  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukan jintan putih dan jintan manis, hingga naik bau dan masukan ayam.
  • Bila ayam nampak masak dan mendidih, masukan santan pekat dan kacau rata sampai pecah minyak. Kena kerap dikacau supaya tidak berkerak.
  • Masukan limau purut dan kerisik, kacau dan masukan garam dan gula secukup rasa dan juga asam gelugur. Kacau kerap supaya tidak hangit 
  • Bila kuah nampak agak kering, tutup api. Siap!
kredit khazanahkileksiresepi.blogspot.com


10. Resepi Daging Rendang Padang

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Google


Bahan  
1.5 kg daging
2 liter santan
2 helai daun kunyit, simpulkan
4 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
2 batang serai - diketuk

Bahan dikisar
12 ulas bawang merah
2 cm halia - dibakar
3 cm kunyit - dibakar
1 sdt jintan - disangai
1/2 sdt serbuk pala
100 g cili merah besar
1/2 sdm serbuk ketumbar
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
100 g cili merah keriting
2 cm lengkuas

Cara memasak:
  • Potong daging dalam bentuk kiub ikut citarasa anda, jangan terlalu kecil supaya daging tidak hancur apabila dimasak
  • Masukkan santan didalam kuali berserta serai dan hirisan bawang merah asam gelugur dan daun kunyit
  • Kacau kerap hingga kuah mendidih tapi santan tidak pecah minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar dan kacau dengan kerap. Masak dalam 20 - 30 minit 
  • Bila santan nampak pecah minyak, masukan potongan daging rendang yang sudah dibersihkan.
  • Pastikan masak dengan api kecil dan kesemua bahan meresap dan mesra dengan daging hingga daging nampak empuk dan sebati. Biarkan kuah agak kering
kredit merdekadotcom

11. Resepi Rendang Ayam Berkuah

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Google


Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 18
3 biji bawang besar 
1 mangkuk santan
2 helai daun kunyit - dihiris
6 helai daun limau purut - dicarik
1 keping asam gelugor
Sedikit gula peang


Bahan dikisar
15 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inch halia
5 batang serai
1 1/2 inch lengkuas
1 1/2 inch kunyit hidup
1 sudu biji ketumbar


Cara membuat:
  • Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kacau biar sebati. Pastikan dengan api sederhana
  • Masukkan kerisik, santan asam gelugur gula dan garam, kacau biar sebati
  • Masukkan sehelai daun limau yang dicarik dan daun kunyit yang dihiris, dikacau supaya sebati dan mesra. Siap


12. Resepi Rendang Itik

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 
pix - credit Google


Bahan:
1 ekor itik - potong, bersihkan dan toskan
2 kilo santan
3 batang serai - diketuk
5 sudu kerisek
2 keping asam gelugor 
daun kunyit dihiris
Garam secukup rasa 

Bahan - dikisar
20 biji cili api
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5cm halia 
3 cm lengkuas 
5 cm kunyit hidup 

Cara memasak:
  • Masukkan itik, serai, bahan kisar serta air didalam kuali. Kacau dan dimasak dengan api sederhana sehingga air kering dan tambah air supaya daging itik menjadi lembut
  • Masukkan santan  dan masak sehingga itik empuk dan kuah sedikit kering. Pastikan dikacau kerap agar tidak melekat. 
  • Akhir sekali masukkan kerisik, daun kunyit dan garam secukupnya. Kacau hingga serata dan tutup api. 


13. Resepi Rendang Daging Hitam

13 Koleksi Resepi Rendang Sedap



Bahan:
1 kg daging
2 inci gula melaka merah
3/4 sudu kerisek
1 cawan kicap lemak manis
3 cawan santan pekat
Garam 

Bahan Tumis:
1 biji bawang merah besar
6 ulas bawang putih
1~2 inci halia
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
Buah pelaga

Bahan disangai dan dikisar kering:
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
3 sudu jintan putih
10 biji lada hitam

Bahan dikisar:
1~2 biji bawang besar merah 
6~8 bawang putih 
1 mangkuk cili kering 


Bahan hiasan
2 biji bawang besar - dibelah empat
cili besar hijau 

Cara memasak:
  • Daging dipotong nipis atau ikut kepada citarasa, dibasuh dan ditoskan. Jangan tebal dan besar sangat, nanti lambat masak.
  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan tumis. Kacau sampai garing dan kekuningan serta naik bau
  • Masukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar dan kacau hingga wangi dan pecah minyak menjadi warna jernih.
  • Masukkan cili kering kisar dan kacau sebentar hingga masak dan garing dan masukkan santan dan gula melaka, kacau hingga sebati. 
  • Masukkan daging yang ditoskan, dikacau hingga kuah jadi pekat dan masak.
  • Masukkan kerisek, sedikit kicap, bawang/cili potong jika suka, serta garam secukup rasa. Kacau, biar kuah hingga kuah menjadi pekat. Siap