Permohonan Skim I-Sinar KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60,000 Bermula Disember | Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah  mengumumkan skim i-Sinar, pengeluaran wang dalam akaun 1 untuk pencarum yang terjejas akibat Covid-19. KWSP berkata skim itu akan memberi manfaat kepada dua juta pencarum, dengan anggaran dana berjumlah RM14 bilion.

iamfuzy.com


Ahli KWSP  yang layak adalah mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan - boleh membuat permohonan bermula Disember ini, dengan pengeluaran pertama bermula Januari 2021. Pengeluaran akan dibuat secara berkala sehingga enam bulan, kata KWSP.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata i-Sinar adalah kesinambungan kepada i-Lestari yang dilancarkan pada Mac lalu, dan kedua-dua skim itu akan berjalan serentak.


Permohonan Skim I-Sinar KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60,000 Bermula Disember

Bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke bawah dalam akaun 1, mereka mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.

iamfuzy.com
Permohonan Skim I-Sinar KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60,000 Bermula Disember


Bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke atas dalam akaun 1 pula, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM60,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000.

iamfuzy.com
Permohonan Skim I-Sinar KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60,000 Bermula Disember


"Secara umum, pencarum yang layak boleh mengeluarkan 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100," kata KWSP.

iamfuzy.com
Permohonan Skim I-Sinar KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60,000 Bermula Disember


Ini bermakna, berdasarkan contoh yang diberikan KWSP, mereka yang mempunyai simpanan RM4,500 boleh membuat pengeluaran sebanyak RM4,400 (iaitu melebihi 10 peratus, dengan baki selepas pengeluaran sebanyak RM100).


iamfuzy.com
Permohonan Skim I-Sinar KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60,000 Bermula Disember

Apa yang membezakan adalah pemohon i-Sinar perlu menggantikan semula wang yang dikeluarkan menerusi caruman pada masa akan datang manakala pengeluaran skim i-Lestari tidak perlu diganti. 

"Caruman baru akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2," kata KWSP.


Bagi menentukan jumlah pengeluaran yang diperlukan pihak KWSP  menggalakkan pencarum yang ingin membuat permohonan mendapatkan nasihat kewangan daripada pihaknya atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan.


"Program i-Sinar dianggarkan bernilai sebanyak RM14 bilion, program i-Lestari RM30 bilion, pengurangan caruman pekerja kepada 7 peratus (bagi tahun 2020) bernilai RM8 bilion dan pengurangan caruman kepada 9 peratus (bagi tahun 2021) pula dianggarkan sebanyak RM9 bilion.

"Keseluruhannya, nilai inisiatif KWSP bagi membantu kelangsungan hidup rakyat bagi tahun 2020-2021 adalah berjumlah RM61 bilion," 


MenurutTengku Zafrul Abdul Aziz, langkah itu dibuat dengan mengambil kira kedudukan KWSP sebagai simpanan hari tua pencarumnya, justeru bantuan untuk mengadapi situasi semasa perlu diseimbangkan dengan kepentingan masa depan.

"Kerajaan yakin bahawa pendekatan yang diambil dapat mengimbangi keperluan-keperluan ini," katanya lagi


sumber : KWSP