Resepi Loh See Fun Cepat Dimasak Dan Sedap

by - November 15, 2020

Resepi Loh See Fun Cepat Dimasak Dan Sedap | Mungkin ramai yang tidak tahu atau mungkin ramai yang tahu tapi saya tidak tahu yang mereka tahu. Jangan keliru ya sebab pepagi ni bila teruja dapat memasak makanan yang biasanya kita beli dan makan di kedai ni lain perasaannya tu. Berbalik pada sarapan pagi yang buat saya teruja ni yang saya kenali lebih 20 tahun lalu sewaktu bekerja dalam industri pelancongan buat pertama kalinya.  Sarapan saya adalah Loh See Fun goreng yang wajib dibeli di gerai yang terletak di Bank Pembangunan sebelah Hotel Sheraton Imperial (nama dulunya) dan sarapan ni bukan sekadar sarapan tapi merangkap brunch sebab jadual kerja yang sibuk dan kami adalah agen untuk pelanggan dari negara Arab yang akan mula beroperasi seawal jam 12 tengahhari waktu Malaysia. Jadinya loh see fun atau loh shi fun ni memang cukup mengenyangkan perut.

iamfuzy.com
Resepi Loh See Fun Cepat Dimasak Dan Sedap

Loh See Fun / Loh Shi Fun / Low Shi Fun atau dikenali sebagai Mouse Tail Noodle (mee ekor tikus) atau Rice Pin Noodle ni adalah antara mee yang cukup popular bagi masyarakat Cina yang digoreng di dalam kuali atau dimasak di dalam claypot dan memang sangat cepat untuk disediakan.

Kalau anda nak mencubanya loh see fun atau di paket akan tertera Laksa Pendek ni sekarang mudah didapati di pasaraya antaranya Pasaraya Hero di bahagian mee, kuetiaw, laksa.

Jom kita memasak!


Resepi Loh See Fun Cepat Dimasak Dan Sedap

Bahan-bahan

200 gm isi ayam, dipotong kecil

2 sudu cili kisar

2 sudu sos cili Kimball (jenama lain pun boleh ya)

3 ulas bawang putih, dipotong dadu

2 ulas bawang kecil, dihiris

1 ikat daun kucai

20 gm taughe, dibuang bahagian akar

2 sudu minyak masak

1 sudu minyak bijan

2 sudu sos soya

garam secukup rasa


Bahan untuk perasa, dicampur

1 mangkuk air

1/2 sudu gula

1 sudu sos ikan

1/4 serbuk lada hitam

1 sudu sos soya pekat

3 biji limau kasturi, diambil jusnya


Bahan untuk hiasan

2 keping tauhu (digoreng dan dihiris), daun bawang (dihiris), hirisan cili, cili jeruk, potongan limau nipis


Cara memasaknya:

  • Panaskan 1 sudu minyak dan masukkan isi ayam dan kacau hingga nampak masak dan masukkan separuh bahan perasan, dimasak dalam 5 minit dan letak tepi.
  • Panaskan kuali dengan 1 sudu minyak masak dan minyak bijan.  Masukkan bawang putih dan bawang merah, dimasak hingga layu dan naik bau.  
  • Masukkan cili kisar dan kacau seketika. Masukkan ayam yang telah dimasak tadi, digaul supaya sebati dengan cili yang dimasak dan kemudian masukkan mee loh see fun, daun kucai dan separuh bahagian bahan perasa serta garam secukupnya.  Goreng dalam 5 minit, masukkan tauhu yang digoreng dan dihiris, tutup api dan taburkan taugeh (kalau suka). Siap!
  • Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun bawang, hirisan cili merah dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!


Nota : 

  • Kalau suka boleh pecahkan telur sebelum ditutup api.
  • Kalau suka guna daging atau daging cincang ataupun udang pun sedap
  • Loh See Fun ni akan mudah bergumpal (macam kuetiaw) bila diletakkan didalam peti sejuk.  Untuk meleraikannya hanya rendam dalam 2 minit di dalam microwave supaya dia lembut dan tidak bergumpal.  Kalau masih segar, hanya basuh sebelum dimasak
  • Kebanyakan loh see fun ni adalah bebas gluten tapi ada pembuatnya akan meletakkan sedikit tepung gandum bukan tepung jagung untuk mengelakkan ianya dari terputus sewaktu menggoreng.  Pastikan anda lihat isi kandung terutama yang ada masalah dengan gluten


You May Also Like

8 Comments

  1. PC pernah nampak kak. Tapi tak penah bali dan makan. PC nampak masa pergi bazar Ramadhan beberapa tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. Waah,nampak menyelerakan. Nanti nak cuba . Makcik segala mee,bihun, kotiau memang favourite.

    ReplyDelete
  3. first time dengan nama mee ni. sekali tengok macam koteaw goreng..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan dan teringin nak mencubanya. Nantila suruh yop cari kat pasaraya boleh try masak

    ReplyDelete
  5. nampak macam senang je nak buat :D

    ReplyDelete
  6. Tak pernah jumpa & tak pernah makan Loh See Fun ni. Tapi, nampak mcm sedap, hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!