Drama Cinta Sekali Lagi Tonton Full Episod 1 hingga Episod 28

by - November 14, 2020

Drama Cinta Sekali Lagi Tonton Full Episod 1 hingga Episod 28  | Dah lama tak tengok lakonan Saharul Ridzwan dan kali ini digandingkan dengan Nelydia Senrose dan Hannah Delisha dalam Drama Cinta Sekali Lagi dengan 28 episod. Drama lakonan Hannah Delisha sebelum dia bertudung ini telah mula ditayangkan bermula 4 November 2020 di slot Akasia, TV3 menggantikan drama Ryan Aralyn yang telah berakhir. dan drama ini boleh di ditonton di aplikasi IQIYI.

Pastr ramai yang tertunggu nak tonton drama yang mengisahkan rumahtangga bergoncang disebabkan orang ke tiga seperti drama Hati Yang Tersakiti yang telah berakhir minggu lepas.


Drama kisah seakan drama Hati Yang Tersakiti tapi Cinta Sekali Lagi mengisahkan si adik yang menggoda abang iparnya.

Pengarah : Pali Yahya | Penulis Skrip : Nieza Nahar | Penerbit : Suhan Movies & Trading

Pelakon : Saharul Ridzwan (Fahad Iman), Nelydia Senrose (Amanda), Hannah Delisha (Amani), Raja Afiq (Ungku Mukhlis), Luqman Hafidz (Dr Izamel), Ezzaty Abdullah (Farhana), Haleeda (Puan Nazira)Dilla Ahmad (Ungku Nadrah) dan Iman Zulkarnain (Muiz), Zara Shelby (Danisha Dania), Alessandra Alyssa (Daniya) dan ramai lagi.


Sinopsis Cinta Sekali Lagi

Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda dan adiknya Amani.. Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad Iman, pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis, sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz, rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?



Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 hingga Episod 28 (Akhir)

Cinta Sekali Lagi Episod 1 

Cinta Sekali Lagi Episod 2

Cinta Sekali Lagi Episod 3

Cinta Sekali Lagi Episod 4

Cinta Sekali Lagi Episod 5

Cinta Sekali Lagi Episod 6

Cinta Sekali Lagi Episod 7

Cinta Sekali Lagi Episod 8

Cinta Sekali Lagi Episod 9

Cinta Sekali Lagi Episod 10

Cinta Sekali Lagi Episod 11

Cinta Sekali Lagi Episod 12

Cinta Sekali Lagi Episod 13

Cinta Sekali Lagi Episod 14

Cinta Sekali Lagi Episod 15

Cinta Sekali Lagi Episod 16

Cinta Sekali Lagi Episod 17

Cinta Sekali Lagi Episod 18

Cinta Sekali Lagi Episod 19

Cinta Sekali Lagi Episod 20

Cinta Sekali Lagi Episod 21

Cinta Sekali Lagi Episod 22

Cinta Sekali Lagi Episod 23

Cinta Sekali Lagi Episod 24

Cinta Sekali Lagi Episod 25

Cinta Sekali Lagi Episod 26

Cinta Sekali Lagi Episod 27

Cinta Sekali Lagi Episod 28 (akhir)


Lagu Tema/OST

Lagu : Tanpa Rela

Penyanyi : Misha Omar

Komposer : Misha Omar / Sze Wan

Lirik : Misha Omar, Slen Fadzil, Zul Husni 

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!