Tutorial 6 Langkah Mudah Meletakkan Gambar Dari Instagram Dalam Entri Blog | Proses embed gambar dari Instagram ke blog ni memang cukup mudah dan menjimatkan masa serta memudahkan pembaca membaca dan dapat link ke post Instagram anda.  Malahan bukan hanya post Instagram anda sahaja yang boleh diletakkan malahan post dari instagram orang lain pun boleh anda embed tanpa ada masalah yang tanpa perlu ada pengesahan copyright untuk digunakan. 


Peringatan:

Sekiranya anda ingin menggunakan gambar di Instagram orang lain, pastikan anda telah mengikuti (follow) mereka dan sekiranya tidak, anda tidak akan dapat memperolehi link embed tersebut.


Tutorial 6 Langkah Mudah Meletakkan Gambar Dari Instagram Dalam Entri Blog


1. Buka akaun Instagram anda di desktop atau di laptop.

2. Pilih dan klik pada gambar yang ingin diletakkan di blog

3. Bila berada pada gambar yang dipilih, klik pada bahagian 3 titik (...) di sebelah atas kanan

iamfuzy.com
Tutorial Meletakkan Gambar Dari Instagram Dalam Paparan Blog


4. Daripada semua senarai yang terpapar, klik pada Embed

iamfuzy.com
Tutorial Meletakkan Gambar Dari Instagram Dalam Paparan Blog


5. Salin kod yang terpapar

iamfuzy.com
Tutorial Meletakkan Gambar Dari Instagram Dalam Paparan Blog

6. Pergi ke dashboard blog dan buka new post atau entri yang ingin anda Embed gambar tersebut. Tukar ke HTML view dan letakkan kod tersebut. Simpan dan siap!


Tambahan:-

Bila anda meletakkan kod embed pada entri, secara automatik gambar tersebut akan terletak di sebelah kiri dan anda boleh mengubah kedudukannya di bahagian tengah dengan memasukkan kod <center> diikuti dengan kod embed dan diakhir kod embed dengan meletakkan </center> diantara kod embed tersebut. Tukar ke Compose view dan kedudukan gambar tersebut berada dibahagian tengah.


Selamat mencuba!