6 Drama Bersiri Korea Best Untuk Di Tonton

by - November 30, 2020

6 Drama Bersiri Korea Best Untuk Di Tonton | Apalagi yang anda dan saya boleh buat sejak PKP ni selain makan, tidur, membaca novel, memasak dan membuat kerja rumah agaknya.  Nak merintih? nak kerja, dah macam malas sebabnya dah malas bukan sebab PKP tapi sebab rasanya dah time untuk rehatkan minda walau sebenarnya duduk di rumah tidak menenangkan.  Part tu kita letak tepi sebab kali ni nak kongsi drama Korea yang ditonton semasa PKP ni dan sebenarnya bukan drama Korea tapi drama Inggeris juga. Nanti-nanti saya kongsi dan syorkan drama bersiri yang menarik bila ada ruang dan peluang ya.

Saya bukan peminat drama Korea apatah lagi muzik dari Korea tapi sesekali tu kalau anak-anak pasang tu saya pun dengar la jugak just to be their friends kata orang. Sejak anak-anak tak boleh balik ke Pekan dan Sabak Bernam, selain memandu mereka ke tempat kerja sebab diaorang buat kerja partime selepas kelas online, aktiviti lain pastinya menenman mereka menonton drama Korea sampai terjebak. Tapi tidak la terlalu layan sebab artikel di blog perlu di kemas kini, lauk harus dimasak untuk dihantar pada bonda dan waktu awal PKP tu d'hubby tak bekerja jadinya dapur tu tak berhenti digunakan. Sadis sungguh tahun 2020 ni kan. Moga tahun 2021 yang lagi sebulan nak tiba ni akan jadi lebih baik lagi. Amin

Meh la saya kongsi drama Korea yang menarik untuk ditonton bersama keluarga kecuali yang no 3 tu hanya sesuai untuk mak-mak dan mereka yang bergelar isteri. Kebanyakan drama ni bukan baru tapi saya baru jer join the club penonton drama Korea!


6 Drama Bersiri Korea Best Untuk Di Tonton 

1. Strangers (2017)


Kisah pegawai pendakwaraya Hwang Si-mok yang dilihat seperti tiada perasaan kerana beliau sebenarnya telah hilang keupayaan untuk ekspresi perasaan sejak kecil. Dia menjalani pembedahan otak tidak mampu memberi sebarang ekspresi atau berlainan emosi selain tampak dingin dan bersahaja setiap masa. Hwang Shi-Mok (Cho Seung-Woo), diberikan tempoh 2 bulan untuk menyelesaikan  kes pembunuhan Park Mo-Sung (Eom Hyo-Seop), yang terlibat dengan pelbagai kes rasuah dan penyediaan wanita hiburan kepada beberapa pegawai tinggi Korea Selatan. Hwang memilih 6 orang untuk membantu antaranya pegawai polis wanita, Lt Han Yeo-Jin (Bae Doo-Na) dan rakannya seorang Sarjan, pegawai pendakwaraya bernama Yoon, seorang peguam dan 2 orang pembantunya serta untuk membongkar kes yang kemudiannya membabitkan Ketua Polis dan Ketua Pendakwaraya.

Pelbagai konflik berlaku bilamana mereka bertungkus lumus untuk menangkap Ketua Polis, bekas ketuanya, ahli perniagaan ternama dan pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah dan pembunuhan serta kes seks bawah umur.

Keadaan menjadi lebih teruji bila seorang pegawai pendakwaraya wanita yang muda Young Eun Soo mati dibunuh. Si Mok yang dingin dan nampak kebal tetap juga rasa terkilan sebab tidak mengendahkan Eun Soo. Lebih mengejutkan salah seorang pegawai dalam kumpulannya sebenarnya adalah pembunuh.

Memang puashati dengan drama ni dan mungkin esok atau lusa boleh tonton musim ke 2 drama Stranger ni.

Rating : *****


2. Possesed (2019)

Kisah seorang detektif  bernama Kang Pil-Sung (Song Sae-Byeok) dan  Hong Seo-Jung (Koh Joon-Hee) yang bekerjasama untuk melawan kekuatan roh jahat Hwang Dae-Doo. Dalam bekerjasama, mereka saling jatuh cinta tapi Hong mngetepikan perasaan terhadap Detektif Kang kerana dia memilih untuk menjadi shaman demi melawan roh Hwang Dae-Doo yang memasuki tubuh orang lain malah mengambil roh ibunya.

Drama dengan 16 episod ini memang seronok dan sedikit thriller dan rasa geram dengan roh Hwang Dae-Doo ni. Geram sebab tak tahu macam mana nak hapuskan roh jahat ni namun akhirnya roh jahat ni lenyap dengan kematian detektif Kang yang membawanya ke tengah laut.

Yang membuat saya geram sebab roh ni boleh masuk ke tubuh sesiapa dan di episod akhir Detektif berhasrat membunuh tubuh lelaki yang diduduki Hwang Dae-Doo dan hasrat untuk membunuh diri tidak menjadi bila peluru pulak habis. Roh sijahat meninggalkan tubuh yang telah ditembak dan memasuki tubuh Detektif Kang. Memang stress tapi Detektif Kang membunuh diri dengan terjun ke dalam laut sekaligus mematikan roh sijahat dengan tenggelam bersamanya.

Memang sedih sebab semua watak sahabat baik Detektif Kang mati disebabkan roh Hwang Dae-Do ni malah hero dan heroin pun turut mati.

Rating : *****


3. The World of The Married (2020)


Drama The World of The Married (TWOTM) ni saya tonton sebab tertarik selepas membaca  novel Jackie Collins, The world is full of married man namun jalan cerita TWOTM ni memang tak sama tapi sama dari segi kecurangan.  Drama ni juga ada adegan hubungan intim yang bagi saya kurang wajar ditonton oleh mereka yang belum cukup umur dan masih remaja.

Kisah Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) seorang doktor perubatan juga seorang assositae director di Family Love Hospital, punya suami yang punya kerjaya sebagai pengarah filem Lee Tae-oh (Park Hae-joon) dan mempunyai seorang anak remaja lelaki Lee Joon-young (Jeon Jin-seo). Kehidupannya mereka nampak bahagia tapi tanpa pengetahuannya suami yang disayang curang malahan kawan-kawan di sekelilingnya tidak jujur dan tahu akan kecurangan suaminya.

Si suami mengidamkan untuk menjadi pengaarah terkenal dan mendapat sokongan moral dan kewangan dari si isteri dalam industri hiburan dan perfileman.  Sungguhpun dia menyayangi isterinya tapi dia terjebak dengan hubungan dengan gadis anak orang kaya hingga gadis tersebut hamil. Konflik demi konflik berlaku, si teman wanita menyuruh Tae-oh menceraikan isteri, Sun-woo mulai syak akan suami mula mencari bukti. Selepas bercerai pun konflik tak berhenti dengan hal anak yang sangat mementingkan diri.

Secara peribadi semua watak dalam drama ni sangat annoying baik Sun-woo mahupun isteri muda Tae-oh dan rakan-rakan sekeliling. Tapi kesian kat Tae-oh bila isteri muda pun meninggalkannya dan part Sun-woo yang kering hati pun memang buat saya geram sangat.

Rating : *****


4. Kingdom (2019)


Cerita seakan cerita zombi tapi zombi yang menyorok dari matahari dan mengganas di waktu malam. 

Drama yang berkisar pada zaman Joseon selepas 3 tahun dijajah Jepun. Kisah Crown Prince Lee Chang (Ju Ji-hoon), yang mengalami kepayahan hidup apabila konspirasi melanda dengan dia mencari punca wabak penyakit yang melanda. Dia jugak tidak dibenarkan melawat bapanya yang sakit, Raja Joseon atas kawalan isteri muda bapanya yang berkonspirasi dengan bapanya Kaunselor Ketua Negara, Lord Cho Hak-ju. Lee Chang bagaimanapun mengambil langkah secara tersorok menyiasat akan penyakit bapanya. Lee Chang berama pembantunya yang setia Mu-yeong menuju ke kawasan Selang Gyeongsang untuk mencari jawapan.

Tanpa pengetahuan rakyat, isteri muda Raja telah keguguran tapi dia tetap menjanjikan kelahiran anak lelaki kepada bapanya. Demi tamakkan kuasa dan tahta, dia mengambil semua perempuan yang mengandung yang dijangka melahirkan anak sama seperti dia.  Kesiannya perempuan yang melahirkan anak perempuan dibunuh bersama bayi namun sempat diketahui Lee Chang dan pengikutnya. Salah seorang perempuan mengandung itu adalah isteri pembantunya.

Anehnya pergerakan Lee Chang sentiasa diketahui dan akhirnya terbongkar bahawa pembantunya telah berpaling tadah.  Memang sedih adegan bila pembantunya mati dan Lee Chang tetap menghormatinya malahan anaknya yang dilahirkan dinaikkan tahta menjadi raja..

Banyak adegan yang membuat kita risau sebab zombi ni memang mengganas gila-gila dan rupanya zombi ni terjadi atas perbuatan Lord Cho Hak-ju


Rating : *****


5. Arthdal Chroniclesv (2019 


Drama 18 episod yang cukup menarik ditonton dengan keluarga sebabnya ini adalah drama fiksyen Arthdal di zaman dulukala.

Eun-Sum (Song Joong-Ki) dilahirkan dengan nasibnya membawa malapetaka ke Arthdal dan hidupnya penuh kepayahan sehingga dia dewasa. Bapanya Ragazeu adalah keturunan Nweantal yang sangat ditakuti dengan kecekapan membunuh lawan serta puak Nweantal ni berdarah biru serta berbibir biru sementara ibunya Asa  Hon dari suku Hwinsan. Punya kelebihan tapi dia tidak tahu dan tidak tahu keistimewaan dirinya.

Ta-Gon (Jang Dong-Gun) merupakan panglima perang di Arthdal yang bercita-cita menjadi rajai pertam di Arthdal. Dia berjaya membuakan Arthdal bandar makmur dan berteknologi dan mempunyai kekasih yang setia menyokong namun kekasihnya adalah juga gundik kepada bapanya.

Tan-Ya (Kim Ji-Won) suku Wahan punya nasib yang sama seakan Eun-Sum dan dia antara manusia yang istimewa, boleh bermimpi dan boleh melihat nasib.

Ada kisah sedih antaranya puak yang lemah menjadi hamba abdi, kisah gembira puak Wahan yang hidup sederhana jauh dari pembangunan tapi kehidupan mereka diganggu dan dibunuh tanpa belas.

Dengar khabar akan ada musim baru untuk drama bersiri ni yang tak sabar saya nak tonton sebab Eun-Sum berjumpa dengan seorang lelai yang seiras dirinya tapi punya sifat yang bertentangan dengannya.

Rating : *****


6. This Is My First Life (2017)


Cerita yang cukup simple dan ringan tapi menarik dengan 16 episod mengisahkan Nam Se-Hee (Lee Min-Ki) berusia 38 tahun yang tinggal bersama seekor kucing kesayangan mengambil langkah menyewakan bilik kepada seorang gadis bujang kerana bebannan kewangan sementara si gadis Yoon Ji-Ho (Jung So-Min) seorang penulis skrip berusia awal 30an memerlukan tempat tinggal apabila kehilangan pekerjaan.

Awalnya Nam Se-Hee menyangka Yoon Ji-Ho adalah lelaki dan bersetuju untuk menyewakan biliknya begitu juga Yoon Ji-Ho menyangka tuanrumah adalah perempuan.  Walaubagaimanapun masing-masing saling memerlukan atas faktor kewangan dan mereka menjadi teman serumah dan kemudian berkahwin tanpa ada rasa cinta.

Bila dah berkahwin lama-lama mreka berdua jatuh cinta tapi keduanya payah nak lafazkan hingga mereka bercerai dan Yoon Ji-Ho pindah rumah, kononnya nak mengembara ke seluruh dunia. Apa pun mereka bertemu kembali. 

Banyak adegan kelakar membabitkan 2 oang kawan-kawan Ji-Ho iaitu Woo Soo-Ji (Esom) dan Yang Ho-Rang (Kim Ga-Eun) dan kekasih mereka.

Rating : ****


kredit gambar dari google.

You May Also Like

8 Comments

  1. Okay... Kingsom tu memang best. LeYa pun kalau bosan memang layan K-Drama jugak... Hihihi

    ReplyDelete
  2. Stranger & Stranger 2 mmg best..

    ReplyDelete
  3. Yang no.3 tu, ada lah try tengok ritu kat Netflix tapi macam tak berapa nak kena ngan jiwa. Saya ni bukan peminat drama korea benornya, jenuh la adik ipar, mak mertua, biras cuba pengaruh memang tak leh nak masuk..hehe..

    ReplyDelete
  4. drama no 6 je dana pernah tengok... drama lain idok pernah, dana ni bab drama yang lama-lama tak berapa suka pastu tengok hero jugak hehehehe...

    drama yang sakit ati mcm world or marriage memang tak layan, kang sakit ati je nengok

    ReplyDelete
  5. i prefer to watch anime hehehe
    good sharing tho :)

    ReplyDelete
  6. lama tak layan korea ni. sejak PKPB internet guna utk keje dari rumah. bila la unifi nk ada kat area rumah ni..

    ReplyDelete
  7. tak pernah pulak tengok drama-drama dalam list ni except the world of married couple tu sebab viral haha

    ReplyDelete
  8. wow semua ni nampak best... boleh layan

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!