7 Menu Makanan Sejuk Beku LengQuas Membantu Meringankan Tugasan Isteri Di Dapur

by - December 27, 2020

7 Menu Makanan Sejuk Beku LengQuas Membantu Meringankan Tugasan Isteri Di Dapur | Sejak dua menjak ni dah rasa cukup malas nak memasak dan terasa buntu maklumlah bila celik mata jer kerja memasak 4 kali sehari sebab en suami tak bekerja begitu juga hero sulung. Pastinya bagi ibu-ibu kalau tahu ada makanan sajian segera yang sedia dimakan ni pastinya tersenyum lebar bila 7 menu makanan sejuk beku keluaran LengQuas sememangnya mempercepatkan tugasa isteri di dapur.

Soalan lazim pastinya  "umi masak apa hari ni?" tu yang menggoogle pelbagai resepi sebab tak nak ahli keluarga jemu, sebenarnya lebih kepada diri sendiri jemu dengan masakan sendiri. Pasti ramai ibu-ibu dah macam saya ni kan..betul tak?


Dalam dok masih mencari, terjumpa satu jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd.  Memang serius teruja sebab KOPETRO ni antara syarikat pelancongan yang terkenal serta masih bertahan dalam industri pelancongan negara selain terlibat dalam beberapa industri lain seperti servis kewangan, makanan dan minuman serta perdagangan. KOPETRO berada di tangga ke 10 dari 14,000 koperasi dalam negara malah telah menjangkau 40 tahun.

Antara menu yang telah saya cuba adalah Chicken Glaze, Beef Stew, Kuah Kacang, Daging Dendeng dan Kari Daging Berkentang yang cukup mudah untuk disediakan.  Anda hanya perlu koyakkan sedikit penutup di bahagian atas bekas tersebut dan masukkan ke dalam microwave dalam 5 ke 7 minit.  Nasi dah siap dimasak, jadi terus jer makan. 


7 Menu Baharu LengQuas Produk Sejuk Beku Keluaran KOPETRO Membantu Masalah Buntu Masakan

7 Menu Baharu LengQuas Produk Sejuk Beku Keluaran KOPETRO Membantu Masalah Buntu Masakan

Paling disukai cikapplepie ialah Beef Stew walau dia bukan peminat daging tapi beef stew sedap dimakan dengan pasta jugak dan Chicken Glaze memang buat peminat ayam no 1 dalam rumah ni

7 Menu Baharu LengQuas Produk Sejuk Beku Keluaran KOPETRO Membantu Masalah Buntu Masakan

7 Menu Produk LengQuas Baharu Keluaran KOPETRO Membantu Meringankan Tugasan Isteri Di Dapur

Suka betul cikapplepie dengan Chicken Glaze tu sampai tak mau kongsi dengan orang lain dan dia tak minat makan daging tapi bila dapat stew daging yang lembut dan sedap tu pun dia bertambah makan nasi.

Jujur saya suka sangat Kuah Kacang LengQuas ni seakan kuah kacang yang dimasak sendiri lengkap dengan bahan dan tidak kasar. Jadi kalau sesiapa kurang kerajinan untuk menumbuk kacang tu memang saya recommend sangat.  Daging Lemak Kuning dan Asam Pedas Daging pun sedap dan lembut ni sempat bagi pada bonda dan bonda kata sedap! Haa mudah kan kalau saya travel saya beli pek-pek ni untuk bonda je nanti.

Memang sedap dari segi rasa tu dan bahan yang digunakan tu memang sesuai dengan selera orang Melayu tanpa rasa terlebih bahan dan sebagainya  sebab saya dah rasa kari daging berkentang jugak.

Berbalik pada produk makanan sejuk beku jenama LengQuas, terdapat 7  menu baharu yang boleh membantu masalah buntu masakan para ibu-ibu mahupun mereka yang nak cepat dan makan sedap. Terdapat 5 menu tradisional seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng dan 2 menu makanan antrabangsa iaitu Beef Stew dan Chicken Herb Glaze.

7 Menu Baharu LengQuas Produk Sejuk Beku Keluaran KOPETRO Membantu Masalah Buntu Masakan

Selain dari 7 menu baharu LengQuas tu terdapat 17 hidangan lauk-pauk tradisional lain iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus.yang telah memasuki pasaran tempatan sejak 2019. Malahan KOPETRO Food jugak sedang dalam runding bersama beberapa pengeksport luar bagi menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua 2021 nanti disamping dalam usaha mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan veterinar bagi membolehkan produk keluaran tedapat dieksport ke luar negara.

Menurut Pengerusi KOPETRO, Datuk Haji Abdul Razak Bin Hussain, pihaknya mendapat permintaan tinggi bagi produk LengQuas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak mereka menawarkan perkhidmatan penghantran kepada pelanggan-pelangan di sekitar Lembah Kelang


153 Ejen Jualan Bagi Produk Makanan Sejuk Beku LengQuas


Terdapat 153 ejen jualan bagi produk makanan sejuk beku LengQuas yang telah dilantik hampir di setiap negara antaranya di Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejn-ejen di negeri lain dalam mengembangkan pemasaran produk LengQuas ke seluruh Malaysia. Jadi pemilik perusahaan kecil dan sederhana yang berminat boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn Bhd di talian 017-319 5764.

Ok, ni saya kongsi untuk anda guna kod promo LENGQUAS10 untuk mendapatkan diskaun 10% dengan pembelian 3 pek dan keatas.

Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Dapatkan produk LengQuas Untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi terkini daripada LengQuas, anda boleh hubungi hotline LengQuas di 017-319 5764 atau layari serta ikuti LengQuas di media sosial berikut:

Website: www.kopetrofood.com.my 
Facebook: https://www.facebook.com/lengquas       
Instagram: https://www.instagram.com/lengquas


You May Also Like

3 Comments

  1. waaa! betul la.. nampak sedapppp ni

    ReplyDelete
  2. Walaupun sejuk beku, semua nampak sedap heheh boleh try ni

    ReplyDelete
  3. Senang masak ye, masuk microwave saje. Boleh buat stok dalam fridge, kot malas masak. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!