Big Bang Year End Sale Lulu Hypermarket Bermula 29 Dis Hingga 3 Jan 2021

by - December 29, 2020

Big Bang Year End Sale Lulu Hypermarket Bermula 29 Dis Hingga 3 Jan 2021 | Wahh teruja saya bila dapat tahu Jualan Akhir Tahun Lulu kembali lagi! Banyak tawaran menarik dari pelbagai produk dalam kempen Big Bag Year End Sale dengan tawaran sehingga 50% yang akan bermula pada 29 Disember hingga 3 Januari 2021. Jadi jom kita ke  LuLu Capsquare KL & LuLu 1Shamelin - Cheras


Tawaran Big Bang Year End Sale yang sedang berlangsung di Lulu Capsquare KL dan Lulu Shamelin Cheras. meliputi kesemua kategori dari produk barangan elektrik dan eletronik, barangan keelengkapan rumah, fesyen Lelaki, fesyen wanita dan fesyen kanak-kanak, barangan kelengkapan dapur, barangan kelengkapan rumah, barang mainan, bag kembara, barangan basah dan kering serta banyak lagi.


Bahagian Fesyen Lelaki Dan Wanita Serta Kanak-kanak


Selain pakaian harian, pakaian ke pejabat mahupun pakai untuk berlibur, pakaian dalam serta lingerie pun dijual dengan potonga harga yang cukup menarik dan berbaloi


Kalau para lelaki pula pakaian jenama terpilih bagi pakaian pejabat, t-shirt, kasut dengan potongan harga 50% ni memang menarik untuk dilepaskan.

Antara jenama terpilih yang diberikan potonga harga 50% adalah ETEN, Debackers, Cortigiani dan banyak lagi di bahagian fesyen lelaki, wanita dan kanak-kanak bermula 1 hingga 3 Januari 2021.


Bahagian Kasut Wanita Dan Lelaki


Memang rambang mata dengan pelbagai design kasut baik untuk lelaki mahupun wanita kat sini dan nak sambut tahun baru 2021 apa kata kita ke Lulu sebab ada diskaun sehingga 50% bagi jenama terpilih, ya la tahun baru mood kena baru jugak kan


Bahagian Beg Tangan Wanita


Potongan harga 50% untuk pelbagai jenama terpilih bagi bag tangan wanita ni memang pasti ramai tak lepas peluang dan saya berkenan sungguh dekat dompet wanita yang berwarna merah tu..warna pembangkit semangat tu

Barangan kanak-kanak


Kalau ibu dan ayah berpakain baru, berkasut baru dan mood baru, jom kita shopping untuk anak-anak supaya mereka pun dapat mood baru supaya mood mereka pun turut baru dalam mengharungi tahun 2021 nanti. Memang cantik dan pelbagai design yang pasti bersesuaian dengan anak anda nanti.


Barangan Elektrik dan Elektronik

Siapa yang tak suka kalau pergi ke bahagian barangan elektrik dan elektronik ni bukan anak-anak jer tapi golongan mak-mak macam saya memang suka sangat. Apatah lagi promosi barangan elektrik dan elektronik yang ditawarkan dengan potongan 50%!


TV LG 42 inci Ultra HD jenama LG dengan saiz 42 inci ni berharga RM1049 selepas diskaun tau dan TV LG 65 inci Ultra HD pulak berharga RM3199 (harga asal RM4349) selepas potongan harga. Tengok la jenama bukan biasa-biasa pulak tu dan banyak jenama lain jugak.


Pressure cooker ni memang menarik pandangan mata sebab jenama Philips ni memang diakui antara yang terbaik dan harga RM299 (harga asal RM599) memang berbaloi untuk dibeli atau mungkin anda perlukan pencuci hampagas bagi menggantikan yang lama? Khind bagless vacuum cleaner juga ditawarkan dengan harga RM299 (harga asal RM349). Nak tahu lagi memang anda kena ke Lulu Hypermarket ni cepat sebelum terlambat!



Benda yang saya aim kalau kat sini mestilah komputer riba Acer, Lenovo, ASUS dan Dell yang menawarkan harga yang cukup menarik dan tertarik. Komputer riba Lenovo Gaming notebook berharga RM3875 (harga asal RM4199) dengan bagpack percuma atau Asus Gaming notebook percuma bagpack berharga RM2849 (harga asal RM2999), yang mana pilihan hati?

Tu belum lagi dengan tawaran Samsung Galaxy Tab pada harga RM2999 (harga asal RM3299), telefon pintar  VIVO V20 untuk harga RM1199 (voucher percuma LULU RM100) atau telefon pintar Huwaei Y6P berharga RM489 (harga asal RM599) dan banyak lagi lagi jenama lain yang turut potongan harga yang berbaloi-baloi sungguh!

Barangan Kelengkapan Rumah dan Permainan


Sampai kat bahagian kelengkapan rumah ni memang kaum wanita akan sayang nak ke tempat lain bila tengok permaidani cantik, lembut dengan rekaan yang cukup menarik pulak tu dengan harga diskaun! siapa tak tertawan kan nak gantikan permaidani sempena tahun baru dan nak ada mood baru. Sementara untuk anak-anak kita beli set karom kini berharga RM89 (harga asal RM119)ni supaya mereka tak leka dan asyik layan youtube.

Bagi kategori mak-mak ni kalau ke bahagian barangan kelengkapan rumah memang akan sentiasa rasa tak cukup perkakas memasak nak-nak pula tengok jenama Chefline yang merangkumi 7-pc non stick induction cookware hanya berharga RM79.99 (harga asal RM155) dan jenamaTop Chef non stick stirfry wokpan with glass lid 28cm berharga RM120 (harga asal RM179). Memang seronok kalau dapat memasak dengan keduanya, terasa macam chef hebat kan.

Pakaian Punjabi dan Saree


Cantik sungguh kain saree ni kalau buat baju kurung moden memang cantik dan nampak ekslusif sangat sebab material ni datang dari India yang sangat terkenal dengan kain saree berkualiti. Kain saree dan set punjabi sekarang ni memang disukai ramai jadi kalau sesiapa yang mencari keduanya memang kena ke sini sebab tawaran diskaun sebanyak 35% ni memang berbaloi 


Barangan Runcit Di Supermarket

Kat sinilah tempat yang paling disukai bukan orang perempuan saja tapi mereka yang suka memasak dan suka makan! Di Lulu Hypermarket ni barangan dapur basah dan kering memang murah malahan yang menjadi istimewanya sebab barangan dari Timur Tengah pun banyak buat ubati kerinduan kat Dubai..hee


Minyak masak jenama Naturel Pure Sunflower / Canola / Blend yang menjadi kegunaan dan favorite saya sekeluarga ni yang asalnya berharga RM28.90 dah RM19.49 selepas potongan harga. Memang segera je saya masukkan ke dalam troli.


Dynamo Liquid Detergent Pouch 3.2kg regular / 3kg assorted
Dynamo ni en suami guna untuk membasuh pakaian jadi alang-alang harga murah sepaket RM18.90 (harga asal RM34.90) kita ambil 3 paket, dah memang limit 3 paket seorang huhu. 


Ni antara jajan favorite kami sekeluarga tak kira kalau duduk sesambil menonton Netflix atau bila on the go bercuti, memang Mr Potato ni kena ada dalam kereta juga.  Mau tak gila suka sebab harga asal RM4.90 dah jadai RM2.69 je tu. So borong la apa lagi!


Dah bagitau kan kalau barangan Timur Tengah banyak kat sini terutama kurma bukan dimakan waktu bulan puasa saja tau.  Kalau rajin buat jus kurma tambahan pulak harga pun murah sangat, jadi mai la ke Lulu Hypermarket hari ni.


Selain dari tu mak-mak yang punya anak kecil mesti suka sebab lampir pakai buang Mamapoko, Milo, Cornflakes, Susu Every Day, Kitkat, minuman 100 plus, bahagian bakeri, nuget Ayam jenama Ramly pun murah tu hanya RM11.79 (harga asal RM13.99) pun ada diskaun..siapa tak teruja? 

Buah-buahan seperti persimmons, buah oreng, buah epal, sayuran seperti kacang panjang, brokoli, carrot, bawang kuning, pisang, ikan siakap RM13.99/sekilo (harga asal RM18.99/kilo), Potong ikan tenggiri RM37.99 (harga asal RM45.99), ayam dan banyak lagi. Tu belum lagi kalau bawa anak-anak ke sini, mau penuh 3 - 4 troli kan.

Selain dari tu peminat roti dan kek, wajib singgah ke bahagian bakeri untuk membeli coconut macaroon, chicken priyazo. Tak lengkap kalau tak ke bahagian minuman Tropicana RM7.49 (harga asal RM11.99) dan aiskrim wall's pelbagai perisa pada harga RM10.99 (harga asal RM13.99)

Memang kena datang lagi sebelum 3 Januari dah alang-alang murah kan, jadi berbelanja dengan berhemah dan berjimat di Lulu Hypermarket ni.

Nak tahu lebih lanjut tentang promosi di Lulu Hypermarket anda boleh jengah ke LuluHypermarketKL


You May Also Like

4 Comments

  1. tkpernh lg smp lulu hypermarket..mcm2 sales tu

    ReplyDelete
  2. Wah, banyak juga tu, potongan harga. Mister Potato tu, dapat RM2.69, memang murah.

    ReplyDelete
  3. Wahh kalau mcm ni. buat para wanita xsenang duduk la heheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!