Tetangga Kita Melancarkan Kempen “Makasih Ya” Bekerjasama Dengan The Hope Branch | Sebuah Inisiatif CSR bagi Membantu Komuniti yang Terjejas Akibat Pandemik COVID-19. Tetangga Kita, kedai makanan berasal dari Indonesia yang khusus menjual martabak, hari ini telah memperkenalkan bungkusan makanan terbarunya – “To all our frontliners, Makasih Ya” – bagi menzahirkan penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang berjuang sepanjang tempoh wabak COVID-19 yang serba mencabar ini. 

Tetangga Kita Melancarkan Kempen “Makasih Ya” Bekerjasama Dengan The Hope Branch


Sempena kempen yang bermula hari ini hingga Februari 2021, Tetangga Kita dengan kerjasama The Hope Branch, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine juga dikenali sebagai Pertubuhan Harapan Amal Harith Iskander, akan menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan keseluruhan kempen berkenaan kepada NGO tersebut.

Disasarkan untuk memperkenalkan makanan jalanan asli Indonesia secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia, Tetangga Kita ini menggunakan ramuan serta resepi asli yang dibawa daripada Indonesia. Tetangga Kita menawarkan dua pilihan, Martabak Manis dan Martabak Telor, yang masing-masing terkenal dengan rasa manis dan savuri. Bagi Martabak Manis, para pelanggan mempunyai pilihan sama ada ingin menikmati martabak yang lebih tebal yang kaya dengan perisa dalam setiap kunyahan atau martabak nipis untuk menikmati rasa yang lebih garing dan rangup.


Tetangga Kita Melancarkan Kempen “Makasih Ya”

Tetangga Kita Melancarkan Kempen “Makasih Ya” Bekerjasama Dengan The Hope Branch


Antara resipi-resipi istimewa menu Tetangga Kita termasuklah Jagung Keju (Tebal), Lotus Biscoff (Tebal) dan Sapi, iaitu martabak telur garing dengan daging lembu, bawang dan daun bawang. Tetangga

Kita turut menyajikan minuman sejuk seperti Cold Brew Latte yang diperbuat daripada biji kopi Ethiopian Yirgacheffe yang dibru sejuk dengan susu dan sedikit gula Melaka, sesuai untuk dinikmati dengan mana-mana pilihan martabak. Setakat ini, Tetangga Kita mempunyai dua buah cawangan di Hartamas Shopping Centre, Kuala Lumpur dan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Tetangga Kita, sebuah jenama yang sentiasa bersedia untuk menabur bakti kepada komuniti, menyedari impak COVID-19 ke atas kehidupan sebahagian besar anggota masyarakat. Tetangga Kita menyasarkan untuk menghulurkan bantuan di kawasan-kawasan yang memerlukan, bagi menyokong petugas-petugas barisan hadapan. Dengan pelancaran bungkusannya yang terbaru ini, Tetangga Kita turut bersama ingin menyatakan penghargaannya kepada petugas-petugas barisan hadapan daripada hospital, polis dan tentera.


Kerjasama dengan The Hope Branch

Tetangga Kita akan menyalurkan sumbangan kepada The Hope Branch, sebuah NGO yang ditubuhkan secara khusus bagi membantu keluarga yang mudah terjejas, ibu bapa tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), komuniti terpinggir dan golongan B40 menghadapi cabaran sepanjang tempoh pandemik ini. Setakat ini, The Hope Branch telah menyumbangkan sebanyak 25,000 makanan dan telah mengedarkan hamper barang runcit yang memberi manfaat kepada 200,000 buah keluarga. The Hope Branch turut bekerjasama dengan KitaJagaKita, sebuah “one-stop-shop” yang mempamerkan inisiatif-inisiatif akar umbi Malaysia dalam melawan COVID-19, bagi mempercepatkan penyaluran bantuan dan mengekalkan hubungan dengan petugas-petugas barisan hadapan perubatan.

Keseluruhan kempen ini dijadualkan untuk berlangsung selama tiga bulan bermula hari ini hingga Februari 2021. Di sepanjang tempoh kempen ini, para pelanggan Tetangga Kita akan menerima bungkusan baru, "To all our frontliners, Makasih Ya”. Di penghujung kempen ini, Tetangga Kita akan menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehinya selama tiga bulan kepada The Hope Branch. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kedua-dua cawangan Tetangga Kita hanya akan menyediakan makanan dan minuman untuk dibawa pulang dan servis penghantaran sahaja.

Para pelanggan boleh membuat pesanan melalui laman sesawang rasmi Tetangga Kita https://tetanggakita.oddle.me/en_MY/ atau aplikasi rakan penghantaran makanan mereka seperti Grab Food, Food Panda dan Oddle.


Mengenai Tetangga Kita Enterprise

Tetangga Kita Enterprise ditubuhkan pada April 2018. Ia adalah sebuah syarikat makanan dan minuman yang khusus menjual martabak dari Indonesia. Berasal dari Pulau Bangka Belitung yang terletak di perairan wilayah Sumatera Selatan, ia menyasarkan untuk memperkenalkan makanan jalanan asli Indonesia secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

Berbekalkan ramuan dan resipi asli yang dibawa dari Indonesia, Tetangga Kita menawarkan pelbagai jenis martabak manis dan savuri, didatangkan dalam dua pilihan iaitu nipis atau tebal. Selain daripada itu, mereka juga pakar dalam menyediakan minuman Indonesia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tetangga Kita, sila kunjungi laman sesawang rasmi mereka di https://tetanggakita.oddle.me/en_MY/ atau Instagram @tetanggakita.