Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2| Bagi mereka yang telah diluluskan pengeluaran i-Sinar Kategori 1 pasti sudah ada yang telah dikreditkan ke dalam akaun dan berbelanja apa yang perlu dan penting.  Sekiranya permohonan pertama kali anda tidak diluluskan, jangan khuatir kerana anda berpeluang untuk membuat permohonan i-Sinar Kategori 2

Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2

Seperti yang diketahui status kelulusan i-Sinar Kategori 1 telah  diumumkan melalui Portal i-Sinar KWSP pada 4 Januari 2021 dan bagi yang mendapat mesej ‘PERMOHONAN ANDA SEDANG DIPROSES’, bermaksud anda perlu menyertakan dokumen sokongan mulai 11 Januari ini.

Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2

Sekiranya anda tidak berjaya, jangan bimbang kerana anda masih berpeluang untuk membuat permohonan melalui i-Sinar Kategori 2 secara atas talian

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Jun 2021.


Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2

Jom baca seterusnya dan fahami apakah iSinar Kategori 2, cara memohon dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan iSinar Kategori 2 seperti berikut


Apakah iSinar Kategori 2?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.


Syarat kelayakan permohonan Kategori 2 adalah seperti berikut:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020


Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2

Cara memohon adalah secara atas talian seperti berikut:

  • Layari isinar.kwsp.gov.my (mulai 11 Januari 2021)
  • Masukkan no kad pengenalan dan no telefon bimbit 
  • Tekan TERUSKAN
  • Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
  • Tetapkan Amaun Pilihan
  • Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
  • Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
  • Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
  • Lampirkan Dokumen Sokongan (baca dibawah)
  • Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✓ sebelum tekan HANTAR
  • Permohonan telah diterima dan akan diproses


Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web  isinar.kwsp.gov.my


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan iSinar Kategori 2 adalah seperti berikut

Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2



  • Slip penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU

Sekiranya dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.


Nota

Pastikan akaun bank anda adalah AKTIF
Akaun Bank yang dimasukkan adalah MILIK PEMOHON/DIRI SENDIRI BUKAN MILIK ORANG LAIN ATAU AKAUN BERSAMA


Tarikh Semakan Kelulusan & Bayaran

Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti diatas. Tarikh akhir permohonan pada 13 Jun 2021. dengan melampirkan dokumen secara atas talian seperti diatas


Permohanan boleh disemak melalui portal i-Sinar selepas 2-3 minggu dari tarikh permohonan dan anda boleh membuat pindaan kepada maklumat yang telah dihantar dengan log masuk ke sistem dan kemaskini permohonan.


Untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan iSinar Kategori 2, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848. Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.


Nota peringatan:

Walau berapa pun jumlah yang anda keluarkan pastikan anda berbelanja dengan jimat dan cermat.  Suka saya ingatkan supaya jangan terpedaya dengan skim cepat kaya atau program pelaburan yang tidak sah dan menjadi mangsa scammer.