Dr.Beau Pure Natural Skin Oil Serum Atasi Penuaan Untuk Kulit Lebih Berseri  | Tak kira berapa usia kita baik lelaki apatah lagi kita wanita memang cukup risau bila kulit mula menjadi semakin kusam dengan tona muka yang tak sekata memang boleh buat kita malas nak keluar dan berkurung dalam rumah saja. Malahan itu juga antara penyebab kita kemurungan dan rasa rendah diri (low self esteem) hingga membuat kita terus terpinggir.


iamfuzydotcom
Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil Atasi Penuaan Membuat Kulit Lebih Berseri 


Saya pernah berada di situasi rasa malas untuk keluar rumah waima untuk ke pasaraya sekalipun kerana geram dengan kulit muka yang kusam dan dengan tona muka yang tak sekata tapi kini sejak diperkenalkan dengan Dr.Beau Pure Natural Skin Oil ni, terasa terpaling bahagia dan tak sabar nak berjumpa saudara mara sebab kulit muka dah kembali nampak segar dan tidak kusam.

Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil Atasi Penuaan Membuat Kulit Lebih Berseri 

Jom kenali Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil

Produk Dr.Beau Pure Natural Skin Oil ini merupakan produk keluaran  Syarikat Tejja Herbs, milik Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 002215435-D. Syarikat ini aktif dalam menghasilkan produk yang berasaskan herba dan bahan semulajadi.  Dr.Beau Pure Natural Skin Oil  ni mengandungi Vitamin E dari bahan herba semulajadi yang terbukti berkesan dan digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikkan di dunia.

Dr.Beau Pure Natural Skin Oil ini sangat sesuai untuk wanita Asia dan sangat mudah meresap ke dalam kulit dengan pantas serta tidak melekit. Baunya yang wangi dengan haruman semulajadi membuatkan rasa segar dan nyaman serta ianya sesuai untuk semua jenis kulit!


Sedikit Informasi Jenis Kulit Wanita Asia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

  • Kulit normal – juga dikenali sebagai kulit biasa iaitu kulit yang licin, halus dan lembap apabila dipegang, pori-pori juga halus dan rata. Kulit kelihatan segar dan sihat. Kulit jenis ini sememangnya bertuah,hanya perlu menjaganya sahaja. Namun, penjagaan kulit seperti jenis bedak yang digunakan, dan barang komestik perlu diteliti sebelum digunakan. Masalah yang biasa dihadapi kulit muka normal adalah kulit senang mengalami   kekeringan, bintik-bintik hitam dan pigmentasi, serta menimbulkan bintik hitam dan putih.
  • Kulit kering - Kulit kering pasti kelihatan kusam dan nampak tua dari usia. penyebabnya adalah kelenjar minyak yang kurang aktif dan terjadi di daerah yang cuacanya panas, atau terlalu banyak terdedah kepada penghawa dingin. Penyebab kulit kering ialah disebabkan oleh pemakaian pembersih muka yang banyak mengandungi alkohol, kurang minum air atau pengambilan ubat tertentu (roaccutane). Masalah yang dihadapi kulit kering adalah kulit muka menjadi mudah kelihatan tua, dan mudah menimbulkan  bintik-bintik hitam (freckles) garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya.
  • Kulit sensitif - Kulit muka yang sensitif terjadi kerana rangsangan faktor dari luar atau salah guna produk kosmetik.  Jenis makanan harian juga harus diperhatikan agar tidak terjadi alergi, produk make up atau kosmetik, faktor lingkungan/ cuaca panas atau dingin harus diperhatikan juga. Masalah yang selalu terjadi ialah kulit boleh pecah-pecah, merah, perit, mengelupas dan mengalami pigmentasi dan bintik-bintik hitam dan berjerawat.
  • Kulit yang bermasalah - Kulit yang bermasalah biasa dihadapi oleh hormon remaja yang kelenjar minyaknya terlalu aktif hingga menyebabkan kulit berminyak dan menimbulkan jerawat. Pori-pori yang terbuka mengeluarkan minyak yang berlebihan dan terjadi tumbuhnya jerawat dan apabila tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan pembiakan bakteria.

Apabila wanita dalam masa period atau haid hormon menjadi tidak seimbang dan sering tumbuh jerawat di bagian sekitar muka tapi itu hanya sementara. Masalah yang dihadapi ya itu tadi tumbuh jerawat/jerawat batu, pori-pori terbuka dan bintik-bintik hitam pada muka.


Gabungan 5 Bahan Hebat Terkandung Di dalam Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil

◘ Rosehip Oil

◘ Argan Oil

◘ Almond Oil

◘ Apricot Kernel Oil

◘ Evening Primrose Oil


Kebaikan Dan Kelebihan Serum Dr.Beau

Produk Dr.Beau yang didatangkan dalam bekas mengandungi 30 biji dengan berat 100gm ini mampu merawat kulit, melembutkan serta melembabkan disamping menjadi kesihatan kulit kita. 

Argan oil yang terdapat di dalam produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit bagi mengawal lebihan minyak pada kulit terutama bagi kulit kering. Fungsi Almond oil pula merawat selkulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka. 

Produk ini juga kaya dengan vitamin A, C dan E yang mampu melindungi kulit wajah dari penuaan akibat sinaran matahari serta produk ini juga mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat sesuai kulit yang sensitif dan ianya akan memastikan kulit sentiasa segar.

Lihatlah sendiri antara perkongsian testimoni daripada mereka yang telah menggunakan Dr.Beau serum ini. Rata-rata memberi maklumbalas positif dan sangat happy dengan perubahan baik yang berlaku. 





Cara penggunaan Serum Dr. Beau Pure Natural Skin Oil

  • Bersihkan kulit muka anda, Setelah kulit bersih, teteskan Dr. Beau pada telapak tangan, kemudian, sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit.
  • Selanjutnya, usapkan ke seluruh wajah hingga batas leher secara merata. Terutama, pada kawasan yang biasa kelihatan garis-garis penuaan.
  • Selepas disapu dengan Dr. Beau, anda boleh pakai bedak atau sunblock supaya lebih berkesan hasilnya.
  • Adalah disarankan untuk anda menggunakan Dr. Beau di waktu pagi dan malam . Pada pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang sianghari dan di waktu malam ianya boleh merehatkan dan memulihkan kulit.

Nota  : 

Produk ini harus disimpan di tempat suhu kurang dari 27°C (Suhu bilik)


Review : Pengalaman Sendiri Menggunakan Serum Dr. Beau Pure Natural Skin Oil

Memang tak sabar sebenarnya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Dr.Beau ni yang sungguh membuat saya jatuh cinta walau pada mulanya bila dapat produk ni, dalam hati terdetik..ehh kecilnya, dapat ke kandungan dalam 1 kantung kecil ni disapu menyeluruh ke muka saya yang lebar ni. 

Ya, walaupun nampak kecil tapi bila dipicit keluar banyak rupanya. Teksturnya agak keminyakkan tapi bila disapu ke wajah tu langsung tidak meninggalkan kesan minyak langsung malah ianya menyerap ke dalam kulit dengan pantas sungguh.

Lebih menarik baunya yang wangi yang seakan manis tapi cukup asli dan yang paling penting ianya tidak langsung melekit! Jujur saya katakana ini adalah produk serum yang terbaik saya pernah gunakan tanpa rasa rimas atau rasa nak basuh muka segera. 

Kulit muka pula terasa segar dan sangat selesa seakan tidak memakai sebarang krim. Apa yang paling penting, kesan jeragat di muka saya nampak semakin pudar serta kulit lebih berseri dan lembab.

Memang saya 100% syorkan anda tak kira berapa usia untuk menggunakan serum Dr Beau ini seawal yang boleh bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.  Bila kita dah mula menggunakannya lebih awal kita boleh mengelak atau mencegah masalah kulit seperti kulit kering dan tak bermaya.

Tahu tak yang sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk ini anda boleh meminta wang anda dikembalikan. Namun menurut pihak Dr Beau, setakat ini, tidak seorang pun yang memohonnya pemulangan wang sejak 2 tahun yang lepas malahan semakin ramai pula yang repeat order. 

Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil Atasi Penuaan Membuat Kulit Lebih Berseri 



Cara membuat pembelian

Untuk membuat pembelian anda cuma perlu masuk ke laman sesawang http://teja.com.my/shop/ dan klik pada produk Dr Beau yang berharga RM77.00 (30 biji), masuk ke dalam cart dan bayar


Ingin Menjadi Agen atau Dropship

Bagi anda yang berminat untuk menjadi agen atau membuat dropship, boleh hubungi team Dr Beau dengan klik pautan link  di bawah : 

Website  | Facebook  | Instagram 

#jeragat, #Jerawat, #kulit berminyak, #kulit melecur, #parut