Resepi Jus Daun Belalai Gajah Berkhasiat Untuk Kesihatan | Pertengahan bulan Februari hari tu, DH mengadu yang hujung kaki kiri dia kebas-kebas dan fikir kemungkinan kesan dari accident yang dia alami waktu bujang dulu. Bukan nak tambah kerisauan dia tapi saya katakan ikut apa yang saya baca dan baru saja keluarkan artikel tentang 14 Hari Program Kawal Kencing Manis tu adalah antara tanda-tanda diabetes. Mungkin juga kesan dari accident bila dah usia meningkat kita akan rasa kesannya sedikit sebanyak sebab sistem pertahanan badan makin berkurangan.

DH ni memang suka minum Whitecoffee 3 in 1 tu yang memang diketahui kandungan gulanya tinggi dan payah nak bertukar minum nescafe o tanpa gula atau sedikit gula perang. Bila menambah kerisauan dia bila check glukosa dia 8.6 mmol/L.  Sangat tinggi paras glukosa berbanding kandungan yang kami biasa buat sebelum ini sampai dia cuba berubah part minum minuman manis tu.


Resepi Jus Daun Belalai Gajah Berkhasiat Untuk Kesihatan

Jadi dia ambil alternatif lain dengan membuat jus daun belalai gajah dengan 2 lagi tambahan ke dalam jus yang cukup berkesan pada masalah yang dia alami dulu.  Hari tu stop buat jus sebab pokok belalai gajah tu dah dicantas sebab kena cat orang tingkat atas yang kurang cerdik hingga habis putih daun-daun tu. Kini pokok tu kembali subur dan sedia untuk memberi khidmat pada tuanya..hehe.

Alhamdulillah, hasilnya rasa kebas tu hilang dan bacaan glukosa selepas 2 minggu dia ambil tu turun ke 5.7 mmol/L. Jom cuba resepi yang sangat membantu DH dan mungkin anda juga.


Resepi Jus Daun Belalai Gajah Berkhasiat Untuk Kesihatan

Bahan-bahan

50 helai daun belalai gajah

1 biji epal hijau

1 hiris lemon, dibuang kulit

1/2 biji peria kata, dibuang biji

1 ulas bawang putih

1 cawan air mineral

Resepi Jus Daun Belalai Gajah Berkhasiat Untuk Kesihatan

Cara membuatnya

  • Basuh kesemua daun belalai gajah dengan air mineral dan kemudian dikisar bersama kesemua bahan dengan 1 cawan air mineral
  • Tapis dan minum dengan segera


Nota :

Sebaiknya  jus dibuat waktu sebelum subuh kerana waktu tu segala jenis penyakit tidak aktif sepertti kanser.


Baca Kegunaan Dan Khasiat Belalai Gajah


Apa kebaikan dan khasiat bahan yang dimasukkan untuk dijadikan jus ni

Kebaikan daun belalai gajah

Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, malah, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Info tentang daun belalai gajah, baca SINI


Kebaikan lemon

Lemon mengandungi vitamin A, beta-karotena, folat, kalsium dan potassium yang baik untuk badan kita. Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan untuk melawan penyakit.

Selain itu, vitamin C juga terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga membantu pemulihan sel-sel dalam tubuh badan.

Info tentang lemon, baca SINI


Kebaikan bawang putih

Bawang putih merupakan salah satu bahan utama dalam masakan. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengawal paras gula, kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta mengekalkan kesihatan rambut.


Kebaikan Peria Katak

Buahnya mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat-sifat anti-diabetes, termasuklah charantin, yang telah disahkan mempunyai kesan dalam menurunkan glukosa darah, selain vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai polipeptida-p.

  • Charantin: Ia adalah sejenis bahan berpotensi yang mengandungi sifat-sifat antidiabetes. Charantin boleh digunakan untuk merawat diabetes dan ia merupakan campuran dua sebatian yang dikenali sebagai sitosteryl glucoside dan stigmasteryl glucoside.
  • Vicine: Ia adalah sebatian glycol alkaloid yang diasingkan daripada biji-biji buah peria ini.
  • Polipeptida-p: Ia juga dikenali dengan nama p-insulin, yang merupakan protein hipoglisemik yang menyerupai insulin. Ia telah ditunjukkan dalam menurunkan tahap gula darah dalam tubuh manusia selain gerbil dan langur apabila disuntik dibawah permukaan kulit. P-insulin bertindak dengan cara mengajuk tindakan sepertimana yang dilakukan oleh insulin tubuh manusia.

Zat-zat ini berfungsi dan bertindak sama ada secara individu atau bersama untuk membantu mengurangkan kadar gula darah. Peria katak juga diketahui mengandungi kandungan lektin yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan.

Tindakannya adalah sama dengan kesan insulin di bahagian otak. Lektin dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hipoglisemik yang berkembang selepas seseorang individu memakan peria katak.