RichWorks Anjur Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH) | Ramai yang masih terkesan akibat dari pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun 2020 dengan kehilangan pekerjaan bila banyak syarikat yang gulung tikar, hilang sumber rezeki dan hingga kini ada yang masih gagal menangani cabaran dan tewas. 

RichWorks kini tampil tanpa henti dalam membantu usahawan dan bakal usahawan untuk keluar dari kepompong ketakutan dengan menganjurkan program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma


RichWorks Anjur Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)



RichWorks Anjur Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)


Sumbangan kepada masyarakat melalui program percuma

RichWorks mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan kepada masyarakat melalui program percuma bagi membantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.

RichWorks Anjur Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)

Menurut Encik Radz Mohd, Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.

RichWorks Anjur Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)

Tambah beliau lagi, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.


"RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.


"Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia hari ini.


RichWorks Anjur Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)

Seramai lebih 400,000 peserta telah dibantu oleh pihak RichWorks sepanjang pandemik melanda negara melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai. Inilah perjuangan RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan.


"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.


"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.


RichWorks Anjur Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)

Program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.


"Bagi mereka yang ada kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.


"Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini," ujarnya.

RichWorks Anjur Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)


Untuk keterangan lanjut, boleh Daftar Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma di website www.BinaBisnesBerjaya.com/iamfuzy