15 Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan | Teringat dulu-dulu kalau menonton movie Inggeris pasal hantu dan drakula pasti tak lupa akan bawang putih yang akan digunakan sebagai pendinding tapi sebenarnya mereka silap sebab kalau gantung je bawang putih tu tak jadi hal pada drakula.  Patutnya diaorang makan bawang putih tu dan bila kena cekik dengan drakula diaorang buka mulut, mesti drakula tak tahan dan lari.


Khasiat Bawang Putih

Bawang putih merupakan salah satu bahan utama dalam masakan. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengawal paras gula, kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta mengekalkan kesihatan rambut.

bawang putih
15 Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan 

Selain boleh dimakan secara mentah, bawang putih juga boleh dibakar untuk ibu dalam pantang dan untuk membuang angin selain menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan rasanya pun sedap bila dimakan dengan nasi panas

15 Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan 

“Bawang putih ada ALLICIN, kompaun ni antikanser, antibakteria, antiviral. Makanlah bawang putih banyak-banyak!”


15 Manfaat Bawang Putih

Berikut adalah 15 fakta mengenai kebaikan bawang putih kepada kesihatan.


1. Merawat selesema

Salah satu kebaikan bawang putih adalah meningkatkan sistem imun badan seseorang malah kajian juga mendapati kandungan asid amino di dalamnya mampu mengurangkan potensi untuk terkena selesema selain mempercepatkan proses pemulihan jika terkena jangkitan itu.


2. Meningkatkan stamina ketika bersenam

Bawang putih juga baik untuk meningkatkan stamina ketika bersenam malah kajian menunjukkan individu yang mempunyai penyakit jantung boleh melakukan aktiviti riadah dengan lebih baik selepas diberikan minyak bawang putih sebanyak dua kali sehari selama enam minggu.


3. Antibiotik semulajadi

Kandungan diallyl sulfide dalam bawang putih didapati dapat melawan bakteria campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan malah 100 kali lebih efektif daripada pil antibiotik.


4. Mengurangkan risiko kanser

Individu yang menjadikan amalan memakan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu memiliki risiko 44 peratus lebih rendah untuk terkena kanser seperti paru-paru dan prostat.


5. Menghalang keracunan logam

Selain kandungan diallyl sulfide, sulfur dalam bawang putih juga didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah.

Bawang putih dipercayai dapat mengurangkan kadar keracunan timah dalam darah sebanyak 19 peratus terutamanya kepada pekerja dalam industri berkaitan.


6. Mengurangkan kadar kolestrol

Antara manfaat lain bawang putih termasuklah mengurangkan kadar kolestrol jahat atau LDL dalam badan manusia sebanyak 10 ke 15 peratus.


7. Menurunkan tekanan darah

Kajian mendapati pengambilan 600 ke 1500 miligram ekstrak bawang putih atau empat ulas mentah setiap hari dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah.


8. Melindungi jantung

Kandungan diallyl trisulfide di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung atau penyakit lain berkaitan.


9. Menguatkan tulang wanita

Makan bawang putih dapat membantu kaum wanita meningkatkan kadar hormon estrogen serta mencegah proses pereputan tulang dan pelbagai kajian sedang dilakukan mengenainya.


10. Mencegah penyakit Alzheimer

Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat menurunkan risiko penyakit seperti demensia dan Alzheimer kerana ia mampu melindungi sistem kognitif dengan melindungi sel saraf


11. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Bawang putih mempunyai impak yang positif terhadap tekanan darah kita. Oleh sebab itu, pesakit tekanan darah tinggi boleh cuba mengambil lebih banyak bawang putih untuk merendahkan tekanan darah.


12. Rambut dan kulit lebih sihat dengan bawang putih

Sifat antioksidan pada bawang putih boleh membuatkan kulit lebih sihat dan bebas jerawat. Malah, ada kajian yang menunjukkan bahawa amalan menyapu bawang putih pada jerawat boleh membuatkannya hilang dengan lebih cepat!

Walau bagaimanapun, hati-hati ketika menggunakan bawang putih sebagai rawatan. Ia boleh menyebabkan kulit rasa pedih dan sakit.


13. Bawang putih dapat melindungi makanan

Sifat antibakteria yang sama juga boleh membunuh bakteria dalam makanan yang menyebabkan keracunan makanan, termasuklah salmonella dan E.coli!


14. Berfungsi sebagai bahan anti-inflamasi

Kajian menunjukkan, minyak bawang putih amat berkesan untuk sakit otot atau sakit sendi. Oleh sebab itu, jika anda sering rasa sakit, cuba gunakan minyak bawang putih.

Malah, The Arthritis Foundation juga amat menggalakkan penggunaan minyak bawang putih untuk menghalang kerosakan tulang rawan dalam kalangan pesakit arthritis.


15. Meningkatkan imuniti badan

Ini merupakan khasiat bawang putih mentah yang paling popular dan diketahui ramai. Malah, menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal American Journal of Epidemiology, mereka yang makan lebih banyak bawang putih, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai 35% risiko yang lebih rendah untuk mengalami kanser kolon!


sumber :
https://hellodoktor.com/kanser/kanser-paru-paru/khasiat-bawang-putih-mentah/