Top 28 Lifestyle Blogger in Malaysia 2021 | Sebenarnya ramai lifestyle Blogger di Malaysia tapi kali ni saya pilih 28 lifestyle blogger untuk disenaraikan yang anda wajib kunjungi dengan pelbagai kisah dan perkongsian menarik dari Malaysia lifestyle blogger ni. Mereka banyak berkongsi pelbagai ilmu parenting, kecantikan dan blog terbaik aktif di Malaysia 2021. Ada diantara mereka ini top Malaysian influcers bloggers juga dan saya senaraikan mengikut tahun mereka mula menulis di blog 

Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021 

Saya mula menulis di blog sejak tahun 2006 tapi tidak berapa aktif dan hanya berkongsi kisah di pejabat, kisah anak, kisah travel dan pelbagai perkongsian tentang kesihatan sebab saya sukakan perubatan secara alami sebab tu saya punya blog petua dan blog masakan. Kedua blog ni pun dah lama cuma tidak berapa aktif sebab saya bekerja tapi sejak tahun 2017 saya kembali aktif menulis perkongsian dan bertambah aktif sejak tidak bekerja  hingga sekarang.


1. Bie Mohd www.biemohd.com

Mula menulis blog sejak 2006. Blog Islamic Fashion & Parenting Lifestyle sebagai Wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak yang suka berkongsi aktiviti DIY, fesyen dan aktiviti kekeluargaan sebagai panduan ibu moden masakini yang selalu meletakkan "Family First" dalam hidup dan kekal cantik bergaya dalam apa jua keadaan.

 

2. Rozita www.ceritaita.com

Blog ditulis sejak tahun 2008 yang mengisahkan lifestyle. Banyak cerita pasal personal life,  kisah anak-anak, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti, kisah masakan dan resepi,  kerjaya,  dan  petua


3. Ardini Humaira www.ilhamdini.com

Blog ditulis sejak tahun 2008Blog lifestyle, beauty, parenting, personal, tips, review, masakan


4. Alia Farhan www.aliafarhan.com

Blog lifestyle berusia 13 tahun bermula 2008. Berkongsi tentang masakan, parenting, travelling, deco  dan  DIY


5. Azhafizah www.azhafizah.com

Blgo berusia 12 tahun, Nov 2009 Perkongsian resepi mudah dan enak masak cara tersendiri. Terdapat juga tip-tip dan petua masakan yang boleh diguna pakai. Resepi tidak terhad pada resepi sendiri, ada juga perkongsian masakan orang lain.


Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021 

6. Ciktom www.ciktom.com

11 tahun, bermula 2010 Blog lifestyle, parenting & tips.


7. Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com

Blog berusia 11 tahun, bermula 2010. Blog mengenai lifestyle ,travel, resepi, review novel, review drama dan review produk


8. Aida Hanafiah www.adianiez.com

11 tahun 9 bulan Blog tentang kehidupan, kesihatan, makanan, keluarga dan hobi. Tidak kurang juga menulis tentang dekorasi rumah, berkebun dan percutian.


9. Sharina www.opzzpinky.com

Blog berusia 11 tahun, menulis sejak Sept 2010, seorang bu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips 


10. Yaya Azura www.yayaazura.com

Blog beruisa 11 Tahun bermula Jan 2010. Lifestyle, parenting blogger. Suka berkongsi pelbagai resepi dan tips. Ibu kepada 2 cahayamata. Mula berblog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudiannya menjadikan blog sebagai sumber menambah pendapatan.


11. Eyqa Hasnan www.eyqahasnan.com

Blog berusia 10 tahun, bermula 2012. Blog lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.


12. Azlinda www.azlindaalin.com

Blog berusia 8 tahun, bermula 2012. Lifestyle Blogger suka menulis di blog tentang dekorasi rumah, make over rumah, travel, masak-masak, pengalaman yang pelbagai aspek


13. Zati Salim www.zatisalim.com

Blog berusia 10 tahun, mula Dec 2011, sebuah blog lifestyle , berkongsi tentang isu semasa, tips, resepi, tutorial blog.


14. Chaza Xiaojie www.cxopportunities.com

10 Tahun bermula June 2011 Blog Lifestyle, parenting, food, beauty.  Suka berkongsi pengalaman hidup, resipi, keluarga dan tips kesihatan.  Kini minat tertumpu kepada photography.  Suka ambil gambar cantik-cantik agar orang suka tengok hasil kita dan boleh kongsi di blog sendiri. Cx juga berkongsi review produk dan drama juga filem. 


Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021 

15. Messarah www.messarah.com

Blog berusia 8 tahun blogging, mula 2013. Seorang peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd. Pernah berkongsi pengalaman belajar di universiti, bekerja di kafe, panduan membeli-belah dan sebagainya.


16. Wawa www.mommywawa.com

Berblogging sejak tahun 2014. Blog lifestyle, parenting, personal tips, tips kesihatan, kecantikan 


17. Fadzi Razak www.fadzirazak.com

Blog berusia 6 tahun, bermula 2014. Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.


18. Sii Nurul www.siinurul.com

Mula berblogging sejak  2015 dan blog perkongsian lifestyle, blogging, tips & panduan kerjaya, review dan pengalaman hidup


19. Bella Jamal www.bellajamal.com

Blog berusia 5 tahun, start April 2016 I writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes.


20. Siti Awadah www.sishawa.com

Awa mula menulis blog sejak 2017 ni berasal dari Kedah dan kini bermastautin di Kelantan di negeri asal suaminya.  Seorang ibu yang cukup sibuk dengan 6 orang anak, sama sibuk menguruskan Bite Consultant yang berkongsi tips penulisan untuk menjadi pendapatan sebagai penulis blog. Awa adalah pengasas Bite yang berdaftar dan hingga kini terdapat lebih 100 blogger menaungi Bite Media yang mendapat ilmu penulisan yang mampu menjana pendapatan dari Adsense.


21. Eswati Azni www.modernmumthingy.com

Blog berusia 4 tahun sejak 2017. Blog Lifestyle,  Travel, kesihatan, beauty dan drama 


22. Abang Rock www.abangrock.com

Blog berusia 4 tahun, mula Mei 2017. Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam


23. Norhana Rosmida www.hannamaruku.com

Blog berusia blog 14 tahun, since 2017. Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.


24. Hawa Hassan www.hawahassan.com

Blog berusia 3 tahun, bermula 2018. Blog lifestyle. Suka kongsi tentang susun atur, projek DIY, aktiviti berkebun, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan kehidupan.


25. Marina Bashah www.marinabashah.com

Blog berusia 2 tahun yang lepas, pada tahun 2019. Lifestyle, parenting, food, beauty, hotel, travel. seorang wanita yang bekerjaya. kerja hakiki kadang kala kena travel. Alang-alang travel pergilah bercuti sekali dan share tempat makan, hotel dan tempat bercuti. 


26. Bonda Chanteq www.bondachanteq.com

Blog berusia 2 tahun 10 bulan, mula Mac 2018. Blog Lifestyle, info kesihatan, tips, resepi, kisah benar 


27. Zaza Azman www.zazaazman8.com  

Blog berusia 1 tahun, Jan 2020. Dikenali sebagai Mama Monsta dan menulis blog berbahasa inggeris. Gemar Kongsi resipi simple2, kongsi tempat2 makan menarik. Suka review brg kecantikan dan kesihatan. Suka share psl hal anak2, general knowledge dan tips2. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food. 


28. Meksah  www.meksah.com

Blog berusia 8 bulan, bermula 2020. Lifestyle Blog, berkongsi pengalaman dan informasi. Ibu kepada seorang anak Lelaki berumur 3tahun.


Nanti kalau ada kelapangan saya akan buatkan list 50 atau 100 blogger yang lain yang anda boleh ikuti cerita mereka dan anda boleh baca blog mom blogger Malaysia 2021 yang aktif saban hari menulis kerana passion dan mengisi masa terluang.