Keputusan Penuh AJL35 GILA Anugerah Juara Lagu 2020 | Tahniah buat pemenang Anugerah Juara Lagu 35 yang berakhir debarannya, bersiaran jam 9 malam tadi di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam secara langsung tanpa penonton buat pertama kalinya dengan kepatuhan SOP yang ketat.

Keputusan Penuh AJL35 GILA Anugerah Juara Lagu 2020

Anugerah Pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986. Setiap lagu yang dipertandingkan akan melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Keputusan Penuh AJL35 GILA Anugerah Juara Lagu 2020

Keputusan Penuh AJL35 GILA Anugerah Juara Lagu 2020

Persembahan AJL35 yang memberi kejutan bila lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki & Loca B berjaya menjulang trofi kemenangan AJL35. Ramai yang pertikaikan kemenangannya tapi biasa la kan sesiapa pun yang menang pasti ada yang berkata-kata. Bukan mudah untuk kita puaskan hati semua orang.

Gila, gila, gila, gila, gila

Gila, gila, gila, gila, gila

Gila terkurung terlalu lama

Minda ku tak terbuka

Rasa diriku sengsara menanggung sepiku di dunia

Dunia yang nyata ternyata

Penuh dengan penipu dusta


Berikut adalah keputusan penuh pemenang AJL 35 menerusi lagu yang dipertandingkan.



Anugerah Juara Lagu


Lagu: Gila

Penyanyi: Kaka Azraff, Noki & Loca B

Komposer & Penulis Lirik: Noki, Loca B & Ezra Kong


Naib Juara



Lagu: Semalam

Penyanyi : Aina Abdul

Komposer & Penulis Lirik: Aina Abdul


Tempat Ketiga



Lagu: Belenggu Rindu

Penyanyi: Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah

Komposer & Penulis Lirik: Hael Hussaini & Ezra Kong


Vokal Terbaik



Lagu: Gundah

Penyanyi: Ernie Zakri

Komposer / Penulis Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul


Persembahan Terbaik


Lagu: Eh

Penyanyi: Zizi Kirana

Komposer / Penulis Lirik: Navigator, Zizi Kirana & Mambang

Keputusan Penuh AJL35 GILA Anugerah Juara Lagu 2020


AJL 35 kali ini menggandingkan pengacara trio Sherry Al Hadad, Awal Ashaari. dan Haziq dengan persembahan artis jemputan seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Misha Omar, Hazama, Akim Ahmad dan Siti Nordiana.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.

Bagi yang tak sempat menonton tu boleh tonton siaran ulangan AJL 35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Nak dapat maklumat lanjut boleh jengah ke laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur.

#AJL35

sumber : www.xtra.com.my/ajl35/utama.html