Apakah Simptom Dan Komplikasi Penghidap Penyakit Kencing Manis | Penyakit kencing manis yang sememangnya tidak mengira usia boleh terjadi apabila kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Kencing manis atau istilah perubatannya, ‘diabetes mellitus’ adalah satu penyakit metabolik yang menyebabkan kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi. Kandungan gula di dalam darah dikawal oleh sejenis hormon bernama insulin.

Apabila kandungan gula menjadi tinggi contohnya selepas makan, badan kita akan merembeskan insulin yang bertukar kepada tenaga ataupun disimpan di dalam sel sel badan. Dalam pesakit diabetes, badan pesakit gagal menghasilkan insulin dengan secukupnya ataupun insulin dihasilkan tidak efektif menyebabkan kandungan gula di dalam darah tidak mampu dikawal.


Penderitaan sakit kencing manis Puan Paulizah Mohammed

Apakah Simptom Dan Komplikasi Penghidap Penyakit Kencing Manis

Kisah inspirasi seorang ibu berusia 48, berasal dari Pasir Putih diharap dapat memberi kesedaran pada orang ramai tentang tingginya risiko apabila kita tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Liza sering mengalami rasa kebas dan sering rasa nak tidur akibat rasa kepenatan namun beranggapan ianya disebabkan beliau terlalu banyak bekerja dan tidak cukup rehat. Beliau sama sekali tidak menyangka bahawa rasa kebas dan penat tersebut adalah simptom kepada penyakit yang membawa mudarat iaitu kencing manis. 

Kak Liza mengakui keadaan penat dan keletihan dirasakan seperti beliau seorang tua berusia 90 tahun walhal usianya masih dikategorikan muda. Beliau tidak mampu menyiapkan kerja lain selepas mengambil masa 2 jam untuk mengemas bilik dan sentiasa rasa letih dan berbaring di depan kaca televisyen.  Bukan itu sahaja, untuk mengerjakan solat, beliau menghadapi masalah untuk rukuk, sering sukar untuk khusyuk dan hanya dapat mengerjakan solat 5 waktu dengan duduk di bangku tidak seperti orang lain.

Sebenarnya Kak Liza sudah menanggung derita sudah bertahun lamanya, sejak melahirkan anak yang pertama. Kesan yang mulanya dirasakan pada kaki sebelah dan kerap sangat rasa kebas tangan dan kebas di hujung jari kaki yang berpanjangan. Pergerakan Kak Liza menjadi sangat terbatas akibat menanggung sakit yang mencucuk di tapak kaki dan pergelangan tangan yang langsung menyebabkan beliau tidak boleh memegang sesuatu. 

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tidak selesanya beliau menjalani kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, setiap hari, anak-anak pula yang menjadi mangsa lewat ke sekolah kerana beliau lambat bersiap bagi menghantar mereka ke sekolah. Beliau bersyukur anak-anak sangat memahami dan sangat prihatin dengan masalah beliau yang membantu memicit dan menyapukan minyak di tempat yang sakit bila beliau mengadu akan sakitnya.

Kak Liza turut mendapatkan rawatan namun setiap kali berjumpa doktor, beliau hanya diberikan ubat tahan sakit hingga beliau merasa jemu kerana kesakitan masih kerap mendatang. Ubat tersebut hanya mampu menahan rasa sakit selama 6 jam dan kemudian kesakitan datang semula.  Bosan dengan ubatan, Kak Liza mencuba rawatan tradisional herba akar kayu yang menyebabkan jantung beliau berasa berdegup laju dan berpeluh-peluh selepasa minum air akar kayu.  Rawatan yang langsung tidak membantu dan membuatkan Kak Liza menjadi semakin buntu.



Eskayvie Phytax Mengatasi Masalah Puan Paulizah

Suatu hari, seorang rakan mengesyorkan Kak Liza untuk mencuba Eskayvie Phytax. Perkongsian tentang manfaat dan kebaikan Eskayvie Phytax, membuat Kak Liza tertarik dan sanggup mencuba sebab ini adalah ikhtiar terakhir bagi mengatasi masalah yang dialaminya. Selepas 2 minggu pengambilan Eskayvie Phytax, Kak Liza perasan ada perubahan yang ketara. 

Jika dahulu Kak Liza sangat cepat letih dan penat, hendak bawa motor pun tidak boleh kerana tangan tidak kuat hendak memegang pemegang motor. Tetapi kini badan Kak Liza terasa sangat segar dan bertenaga. Kak Liza juga sudah boleh membawa motor dan tangannya tidak lagi berasa sakit seperti selalu. Kak Liza sangat bersyukur mendapat tenaga dan semangat baru sebegini. Beliau mulai seronok untuk bersenam berdasarkan saranan doktor. Kalau dulu, setiap kali kawan-kawan dan anak-anak ajak berjoging, pelbagai alasan diberi kerana terlalu penat dan berasa tidak sihat.

Kini, Kak Liza bertekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Beliau tidak mahu lagi menanggung derita kebas dan sakit bisa badan yang dialami seperti sebelum ini. Di usia yang masih muda ini, beliau ingin terus menikmati kehidupan yang lebih bererti bersama keluarga.

Jangan pandang remeh dengan kebas dan rasa penat yang berpanjangan. Ia adalah salah satu simptom kencing manis yang jika tidak dirawat serta dikawal secara proaktif, anda mungkin menghidap kencing manis dan berisiko kehilangan anggota kaki serta penyakit kritikal lain seperti buta dan komplikasi buah pinggang yang perlukan dialisis. 

Kajian mendapati bahawa khasiat Punicalagin banyak terdapat di dalam buah delima yang dikaji mempunyai kapasiti antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan aliran darah. Ia sangat membantu untuk mengatasi masalah kebas atau penyakit berkaitan dengan aliran darah yang tersumbat. 

Kebaikan gabungan kuasa fitonutrisi bahan semulajadi daripada buah delima serta gabungan 11 lagi buah-buahan dan tumbuhan ada di dalam Eskayvie Phytax. Selain dapat menghilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax. 


Apakah Simptom Diabetes

Simptom diabetes bergantung pada paras kandungan gula dalam darah. Tidak semua orang yang menghidapi kencing manis terutama diabetes jenis 2 mempunyai simptom pada peringkat awal kerana diabetes jenis 2 merupakan penyakit yang progresif secara perlahan. Menurut kajian, 6 dari 10 tidak mempunyai simptom apabila mereka didiagnos sebagai diabetes jenis 2. 


Antara simptom yang sering dialami penghidap diabetes adalah seperti;

Kaki rasa kebas dan panas

Rasa kebas kaki ini bukan sahaja dikira sebagai simptom untuk penyakit kencing manis, ia juga merupakan sejenis komplikasi yang membabitkan saraf dan tergolong dalam kumpulan besar komplikasi neuropati diabetes. Neuropati diabetes adalah salah satu daripada komplikasi jangka panjang yang paling kerap berlaku dalam penyakit kencing manis, mempengaruhi sehingga 50% daripada kesemua pesakit. Selain rasa kebas, rasa nyilu, rasa panas terbakar, rasa tajam, rasa sakit menjalar dan juga rasa sesemut seperti renjatan elektrik. 

Gangguan deria rasa pada bahagian kaki ini biasanya akan bertambah teruk pada waktu malam sehingga mampu untuk mengganggu tidur seseorang itu. Rasa sakit dan tidak selesa ini berupaya untuk menyebabkan gangguan pada aktiviti harian seseorang itu sehinggakan mereka akan mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti. 

Neuropati diabetes bukanlah hanya rasa kebas kaki dan tangan sahaja, ia adalah komplikasi yang berupaya untuk menyebabkan pelbagai kesan buruk yang tidak diingini. Dengan kerosakan saraf sensasi menyebabkan rasa kebas kaki yang beransur-ansur menjadi teruk, seseorang individu mungkin tidak perasan jika berlakunya luka pada kaki mereka. Tambahan lagi, memandangkan bekalan darah lebih banyak diperlukan untuk menyembuhkan luka atau ulser berbanding dalam keadaan biasa, tempoh penyembuhan luka atau ulser akan menjadi lebih lama berbanding biasa.


Cepat letih, lesu dan mengantuk

Kekerapan rasa letih, lesu dan mengantuk disebabkan oleh paras gula darah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kandungan gula yang tinggi tanpa diproses menyebabkan badan anda tidak mendapat bekalan tenaga yang diperlukan. 


Luka lambat sembuh

Kerosakan salur darah disebabkan paras gula yang berlebihan dalam darah. Keadaan ini memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Kemungkinan pesakit tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka. Lebih menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk hingga bahagian anggota badan terpaksa sebagai jalan akhir untuk penyembuhan.


Simptom lain antaranya :

  • kerap buang air kecil, terutamanya waktu malam
  • sering lapar dan dahaga
  • sakit kepala, moody atau panas baran
  • mulut dan bibir yang kering
  • mudah mengalami jangkitan seperti bisul, panau & kayap
  • kabur penglihatan
  • perubahan berat badan samada menaik mendadak ataupun menurun walaupun nafsu makan bertambah
  • gatal-gatal, terutama pada kelamin bahagian luar yang mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kulat seperti kurap


Diabetes jenis 2 perlu diambil serius. Jika tidak dikawal dan dirawat, ia boleh menurunkan kualiti hidup penghidapnya dan menyebabkan pelbagai kompliksi yang melibatkan mata, jantung, buah pinggang, saraf dan kaki anda. Pengawalan glukosa darah, tekanan darah dan tahap lemak darah yang baik, bersama dengan penjagaan gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang.

Apakah Simptom Dan Komplikasi Penghidap Penyakit Kencing Manis

Lebihan gula bersifat asidik dan menyebabkan keradangan sehingga membuatkan salur darah tersumbat. Segalanya bermula dengan ayat ‘angiopati’ (angio = salur darah, pati = penyakit) yang merujuk kepada penyakit salur darah.

Akibat penyumbatan, sel-sel pada saraf tidak mendapat oksigen dan zat nutrisi yang sepatutnya. Bukan itu saja, bahkan bahan kumuh pun tidak dapat dialirkan keluar dengan sempurna. Paras gula yang tinggi akan membuatkan salur darah halus tersumbat dahulu (mikroangiopati) seterusnya salur darah besar pula akan terjejas (makroangiopati)


Komplikasi Yang Dihadapi Penghidap Kencing Manis

Maka timbullah simptom-simptom seperti kebas kaki, rasa menyucuk dan rasa panas pada kaki seperti dilayurkan api. Salur darah ke bahagian lain juga turut terlibat hingga menjejaskan pelbagai fungsi organ-organ tubuh dan mencetuskan pelbagai komplikasi.


1. Masalah mata

  • 45% penghidap diabetes jenis 2 mempunyai retinopati selepas 15 tahun. Retinopati terjadi apabila salur darah di retina menjadi bocor atau akibat salur darah baru yang tidak normal dan rapuh. Ia boleh merosakkan penglihatan tengah mata dan jika tidak dirawat, boleh merosakkan penglihatan anda.
  • Bukan itu sahaja, penghidap diabetes jenis 2 juga mempunyai risiko 5-6 kali ganda mendapat katarak berbanding orang biasa. Risiko glaukoma juga meningkat 2x ganda.


2. Masalah buah pinggang

  • Penyakit buah pinggang berlaku apabila buah pinggang mula gagal berfungsi. Ia berkembang sangat perlahan dan mengambil masa bertahun-tahun tanpa menunjukkan sebarang simptom. 45% penghidap diabetes jenis 2 mempunyai masalah buah pinggang dan 61% pesakit dialisis di Malaysia adalah penghidap diabetes jenis 2.
  • Penyakit buah pinggang boleh menjadi sangat serius, oleh sebab itu penting untuk mendapatkan pemeriksaan pada setiap tahun. Ia sering terjadi di kalangan penghidap diabetes yang lebih 10 tahun. Tanda-tanda awal selalunya kencing berbuih (protein di dalam air kencing) dan kerap kencing pada waktu malam. Kawalan paras glukosa darah, tekanan darah dan paras kolesterol darah dapat mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.


3. Masalah saraf atau kerosakan saraf

Neuropati adalah kerosakan kepada saraf apabila paras glukosa darah meningkat tinggi serta merosakkan saraf badan, melemahkan keupayaan untuk menghantar isyarat. Glukosa darah yang meningkat juga boleh membahayakan saluran darah itu membawa oksigen dan nutrien kepada saraf.


Terdapat pelbagai jenis neuropati;

  • Motor neuropati sangat jarang berlaku. Ia melibatkan mata dan otot kaki. Motor neuropati boleh menyebabkan otot di sekitar peha lemah. Jika saraf-saraf di sekitar otot kaki terjejas, ia boleh menyebabkan kecacatan pada kaki.
  • Autonomik neuropati mempengaruhi saraf yang mengawal segala aktiviti automatik badan. Ia termasuk organ-organ seksual bagi lelaki dan wanita (menyebabkan masalah mati pucuk dan kekeringan faraj), perut, usus dan kelenjar peluh. Simptomnya adalah berbeza bergantung kepada bahagian tubuh yang terjejas.
  • Sensori neuropati mempengaruhi saraf yang membawa mesej dari kulit, tulang dan otot ke otak. Ia merupakan neuropati yang sering berlaku di kalangan pesakit diabetes yang biasanya melibatkan kaki tetapi juga boleh berlaku di bahagian tangan. Ia boleh menyebabkan individu mula hilang deria untuk merasakan kesakitan. Simptom sensori neuropati termasuk kebas, kesemutan dan sensitiviti yang melampau untuk disentuh.


4. Masalah kardiovaskular (jantung/strok)

Ia termasuk penyakit jantung, strok/angin ahmar dan semua penyakit yang berkaitan jantung. Penghidap diabetes adalah empat hingga lima kali lebih berisiko untuk mendapat masalah kardiovaskular berbanding individu yang tiada diabetes. 

Pengawalan paras glukosa darah, penjagaan penyakit berkaitan darah tinggi dan kolesterol boleh menurunkan risiko penyumbatan salur darah atau aterosklerosis. Aterosklerosis boleh menyebabkan aliran darah ke jantung tersumbat seterusnya menyebabkan serangan jantung. Jika penyumbatan tersebut terjadi di sekitar salur darah yang membawa darah ke otak, ia boleh menyebabkan terjadinya strok.

Masyarakat harus peka dalam penjagaan kesihatan dengan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat untuk diri dan keluarga.

Apakah Simptom Dan Komplikasi Penghidap Penyakit Kencing Manis

Sekiranya anda mendapati sedikit simptom seperti yang dinyatakan, layari www.phytax.com.my dan dapatkan Konsultasi dan bimbingan bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian. Daftar di www.kawalkencingmanis.com secara PERCUMA selama 14 hari!

Apakah Simptom Dan Komplikasi Penghidap Penyakit Kencing Manis


Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang. 

BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari www.phytax.com.my
 
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari