KOPETRO Dan SENIMAN jalin kerjasama CSR Dalam Program Cuci Masjid | Tahniah buat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang baru-baru ini telah berkerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam menjalankan program tanggungjawab sosial korporat dengan Program Gotong Royong Masjid bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

Program yang dijalankan bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada qariah masjid yang bakal menunaikan solat terawih tahun ini.


KOPETRO Dan SENIMAN jalin kerjasama CSR Dalam Program Cuci Masjid

Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pendemik Covid-19. KOPETRO turut berkongsi rezeki bersama ahli-ahli seniman dan seniwati yang amat memerlukan akibat pendemik Covid-19 ini. Alhamdulillah, semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.

KOPETRO Dan SENIMAN jalin kerjasama CSR Dalam Program Cuci Masjid


“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”

KOPETRO Dan SENIMAN jalin kerjasama CSR Dalam Program Cuci Masjid

Sumbangan kepada 50 ahli SENIMAN dalam bentuk wang tunai dan makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu dan mengikut SOP yang ditetapkan.

Antara artis yang turut bersama dalam Program Cuci Masjid terdiri dari Aznah Hamid, Mak Jah, Datuk Jeffrydin dan Tawil dan ramai lagi.

KOPETRO Dan SENIMAN jalin kerjasama CSR Dalam Program Cuci Masjid

KOPETRO menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, yang dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

KOPETRO Dan SENIMAN jalin kerjasama CSR Dalam Program Cuci Masjid

PuasRaya Promo: Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadhan ini dengan KV Clean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean je di 013-3996788.

Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh

Facebook: @kopetro | @lengquas.official | @kvclean

Instagram: @kopetroberhad | @lengquas.official | @kvclean