Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan

by - April 06, 2021

Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan | Awal pagi selepas subuh kami tiga beranak dah keluar untuk hantar KY ke Pekan. Memang berbeza dari trip yang lepas-lepas sebab kami hanya bertiga jadi sunyi la sikit tak macam kalau ada si #cikapplepie tu.



Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan

Ni sampai kat terowong ni pun baru jam 7.11 pagi. Seriously awal sebab kata DH cuaca panas so tak la mengantuk sangat.

Sebelum bertolak12 Februari tu DH dah siap-siap ambil surat kat Balai Polis WM sebab Kak Yang kena balik ke Pekan untuk masuk makmal. Kalau ikutkan hanya 2 orang dalam 1 kereta dibolehkan tapi sebab perjalanan jauh jadi kena ada 2nd driver kan tu yang saya kena ikut sekali.


Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan

Kami sampai sini pun hampir 8.30 pagi dengan cuaca yang masih redup dan matahari pun baru nak mengorak keluar.


Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan

Memang sangat awal kami sampai UMP  jam 1029 pagi ni. Memang sebab jalan lengang kan dan memang tak boleh rentas kecuali yang ada surat dari balai.

Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan


Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan

Perut berkeroncong sebab pagi kami sarapan roti dalam kereta je dan memang DH dah set untuk lunch kat Restoran Sedap Weh ni yang sedap katanya. Dia tahu pun masa pergi Pahang waktu banjir tu dan ada MP belanja orang media kat sini.

Lauk kami daging goreng, sayur lemak, kerabu taugeh, sayur kacang goreng campur ayam, ikan masin, kuah rebung masak kuning dan gulai kambing serta sambal belacan dan ulaman.

Gulai kambing tu not bad dan mujur tak terlalu manis dan lembut serta tak berbau. Tu part yang paling penting, jadinya tak la rasa ralat kan tapi rebung tu memang nampak keras giler yang tahap buluh dan kuahnya macam tak letak cili atau memang masak lemak kuning je kot. 

Kerabu taugeh tu saya suka sebab ada ikan goreng yang dibuat kerabu campur taugeh tapi kalau ada cili api dalam tu lagi meleleh air liur.

Pasal ulaman tu memang saya suka sebab memang banyak choice.

Rating saya bagi 3*** dan untuk harga yang kami bayar tu rasa macam makan kat KL la jugak 




Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan

Nampak ramai yang dok pulun makan pais ikan patin tapi tak pulak terasa nak sebab ikan patin ni kalau bukan patin buah memang ada bau.  Mungkin pada orang lain tidak tapi tekak saya ni memang pandai sangat.

Makan Nasi Campur Di Restoran Sedap Weh Kuantan

Restoran Sedap Weh - Jalan Pintasan Kuantan, Kampung Batu Tujuh, 25150 Kuantan, Pahang | No telefon : 019-948 4929


Selesai makan, kami patah balik ke Pekan untuk hantar Kak Yang balik ke UMP dan memang tak singgah mana-mana pun sebab PKP kan dan tak nak pulak tak pasal-pasal kena saman. Naiyaaa!

singgah ke Siti Zaleha Nursery

Kami sampai kat Siti Zaleha Nursery ni jam hampir 2.30 petang sebab DH dah cakap nak beli pasu dan tanah..bukan sebab kat KL tak de tu semua malah memang banyak nurseri bunga kat sekitar kawasan rumah  tapi dah alang-alang kat Pahang dan DH kata seronok sebab dapat bantu orang pencen yang berniaga secara santai tu. Kami pernah ke sini, tapi rasanya entri tu ada kat draft. Tak pe kan nanti kita buat throwback..hehee

Siti Zaleha Nursery : Lot 2656, Batu 4, Kampung Karak Setia, 28600 Karak, Pahang

Malang sekali kedai tutup sebab hari Jumaat an akan dibuka jam 3 ke 3.30 petang...aishhh tak kan nak tunggu kat dalam kereta atau kat kedai makan Budu tu.  Jadinya, kami tak tunggu dah terus gerak balik sebab esoknya hari Sabtu, marketing day kami.

Pertama kali sampai KL awal dan sianghari. 

Next kita throwback kisah ke Pekan tahun 2020 masa PKP.


You May Also Like

2 Comments

  1. kalau sampai dekat satu2 destinasi dgn cuaca yg sejuk.. good mood je kan

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kak dapat berjalan walaupun rentas negeri hahaha.. tak sabar betul nak balik kampung

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!