McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan Kesihatan | Rangkaian perkhidmatan makanan, McDonald’s Malaysia bukan sahaja dikenali dengan keenakan burger Rionya yang kini sedang dalam promosi atau Mc Flurry yang sentiasa sedap untuk dinikmati, tapi juga keperihatinan serta sikap ambil peduli Mc Donald’s Malaysia akan situasi dan keadaan semasa negara kita yang masih tidak reda malah masih berdepan dengan penularan pandemik Covid-19 sejak dari tahun lalu hingga ke hari ini.

Inisiatif dan juga usaha murni dari pihak McDonald’s Malaysia dengan memberi sumbangan berupa tajaan makanan secara percuma kepada lebih kurang 30,000 pekerja dan petugas penjagaan kesihatan di barisan hadapan. Penghantaran makanan ini dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ke lebih 70 buah hospital di seluruh negara yang terlibat dalam memberi rawatan kepada pesakit Covid-19.

McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan Kesihatan

Adalah difahamkan, sebanyak 70 buah hospital di seluruh negara telah menerima sumbangan penajaan makanan secara percuma dari pihak McDonald’s Malaysia, menerusi inisiatif ini yang bermula dari 24 Mei dan akan dijalankan hingga 30 Jun.


"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di  Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia."

McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan Kesihatan

Inisiatif terbaru McDonald’s Malaysia ini, merupakan kesinambungan dari rali organisasi kempen #KitaBoleh yang telah dijayakan di seluruh negara. Inisiatif ini telah dijalankan oleh McDonald’s Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) buat pertama kali pada tahun lalu.

McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan Kesihatan

Seruan #KitaBoleh adalah kempen yang dilaksanakan oleh pihak McDonald’s Malaysia yang dimulakan di platform media social mereka dengan tujuan untuk mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu padu semasa dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Konsep #KitaBoleh ini secara dasarnya adalah bertujuan bagi mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan di kalangan semua rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar dan sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19.

Seruan ini juga adalah salah satu tanda penghargaan McDonald’s Malaysia kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus bekerja. Mereka ini merupakan inspirasi kepada semangat #KitaBoleh yang telah dimulakan oleh McDonald’s Malaysia.  

#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bekerja tanpa tidak kira masa ketika rakyat Malaysia yang lain duduk di rumah dan mematuhi SOP bagi keselamatan diri di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dilaksanakan.


McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan Kesihatan

Seperti yang kita sedia maklum, panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional yang popular dalam negara. Panggilan tersebut juga untuk memberitahu akan keberanian diam para barisan hadapan negara yang bekerja tidak kira masa, tanpa lelah serta berkorban masa dan tenaga, malah turut berrisiko untuk diri sendiri dan keluarga, namun tetap sabar dan berusaha memerangi wabak tersebut. Cukup mendukacitakan, apabila ada diantara pekerja barisan hadapan ini yang turut kecundang dalam usaha murni mereka membantu dan merawat demi melihat pesakit Covid-19 kembali sihat.

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

Azmir juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital dan, merekalah yang meletakkan senyuman di wajah para petugas barisan hadapan di hospital.


McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan Kesihatan

Diharap usaha murni McDonald’s bantu frontliner ini, dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak syarikat korporat yang lain untuk lebih perihatin dan ambil peduli serta mengambil inisiatif yang sama dengan menyumbang kepada usaha-usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam langkah serta usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Selain McDonald’s hantar makanan ke hospital, pihak McDonald’s Malaysia juga turut memberi sumbangan berupa wang tunai kepada Tabung Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kelengkapan pelindung diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan Covid-19. Ini adalah antara usaha Mc Donald’s Malaysia berganding bahu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia bagi penularan wabak Covid-19 di negara ini.

 

McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan Kesihatan

McDonald’s Malaysia bukan hanya menghargai pengorbanan para petugas kesihatan dan membantu frontliner yang setiap hari bertungkus-lumus bekerja demi kesihatan dan  kesejahteraan rakyat Malaysia, malah turut memberi sokongan kepada pelbagai agenda kerajaan Malaysia yang lain.

Diharap segala usaha murni pihak McDonald’s Malaysia ini yang memberi kelegaan dan kemudahan kepada pekerja barisan hadapan ini akan berterusan sehingga negara kita bebas dari pandemik Covid-19. Terima kasih McDonald’s Malaysia!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, anda boleh dapatkan dengan melawat ke Facebook McDonald’s Malaysia melalui www.facebook.com/My.McDonalds