Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Dan Tips Membeli Mesin Hampagas Untuk Rumah | Dah lama dok tertangguh nak dapatkan mesin hampagas yang baru bila mesin yang dah bertahun digunakan dah mula menampakkan ketidakupayaan membantu.  

Satu hal lagi, kena fikirkan tempat penyimpanan mesin ni kelak. Jenuh juga mengoogle pelbagai jenama mesin hampagas yang bersesuaian dan mengikut bajet yang sedia ada.

Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Dan Tips Membeli Mesin Hampagas Untuk Rumah


Diharap perkongsian ini dapat membantu anda yang berhasrat membeli vacuum cleaner kelak. Apa yang patut kita kena pastikan sebelum membeli mesin hampagas ni

1. Keupayaan mesin seperti kadar kekuatan watt, keupayaan dan kelebihan mesin hampagas

2. Dengan bag atau tanpa bag, adakah senang untuk dicuci, diselenggara

3. Bunyi, eh ada ke yang tak berbunyi langsung?

4. Disyorkan, kita jengah ke kedai untuk fahami mesin hampagas walau sebenarnya kita nak beli secara online sebab harganya lebih murah.

5. Harga - ni memang kena tengok sebab jadi penulis ni bukan bergaji selalu kan.


Ketiga-tiga tersebut penting sebab selama ini saya memang tak ambil tahu pasal mencuci rumah dengan vacuum cleaner ni, namun sejak jadi surirumah sepenuh masa, saya fikir saya perlu belajar, jadi seharusnya mesin yang akan dibeli tu mudah untuk digunakan dan mudah untuk dicuci. User friendly gitu kan!

Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Dan Tips Membeli Mesin Hampagas Untuk Rumah

Memang buntu tapi memang sejak pandemik, kemalasan untuk keluar rumah tu memang tinggi, jadi tidak pulak saya ke kedai untuk 'try, test mesin sebelum berpuashati dengan pembelian. 

Alkisahnya buat job untuk PG Mall buat kali kedua dan kali ni tiada pembayaran secara tunai tapi payment dibuat ke dalam akaun PG Mall dan untuk tebus, kenalah membeli sebarang barangan melalui aplikasi PG Mall. Haa, lagi mudah kan! Tentang jumlah, biarlah rahsia tapi berbaloi.

Memandangkan pencuci hampagas di rumah tu berkapasiti kecil, jadi langkah seterusnya pastilah membeli unit yang baru dan lebih besar untuk kerja yang lebih keras.. Jenuh pilih memilih, pening sama banyak bila membeli barangan elektrik ni dan akhirnya Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner menjadi pilihan sebab ianya buatan German, kapasiti dan harganya tu menarik, hanya RM189.00 (tawaran harga). Kenapa German? sebab saya ni memang peminat teknologi German dari dulu sampai sekarang.

Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Dan Tips Membeli Mesin Hampagas Untuk Rumah


Spesifikasi Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner

Model : CVC-1408-HC

Voltan Terkadar - 220-240V

Frekuensi Terkadar - 50-60Hz

Kuasa Terkadar - 1600W


Dalam pada sempat juga buat perbandingan dengan jenama terkenal yang lain dan kalau beli online ni penting kita tengok review dari pembeli. 

Keupayaan Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner

  • Keupayaan Cyclonic bertenaga untuk menyedut habuk dan sampah di atas karpet mahupun di atas lantai keras, tanpa merosakkan lantai kayu, laminate, tile mahupun karpet. Ianya juga tanpa bag, jadi tak perlu nak ada extra bag atau kena beli bag.
  • Direka untuk kegunaan seluruh ruang rumah, kereta atau garaj, kan 1600watt tuu dan cara mencuci tabung penyimpanan habuk yang cukup mudah.

Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Dan Tips Membeli Mesin Hampagas Untuk Rumah


  • Sistem Filter HEPA - sistem yang dipertingkatkan untuk memerangkap 99.97% serpihan dan habuk disamping mengurangkan alahan akibat pencemaran di dalam bilik. Filternya boleh dibasuh dan digunasemula
  • Tabung habuk 2L yang jernih membolehkan pengguna melihat kotoran dan habuk didalamnya. Hanya perlu kosongkan tabung dan cuci filter untuk cucian seterusnya.

Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Dan Tips Membeli Mesin Hampagas Untuk Rumah

  • Penjimatan Kuasa elektrik dengan Kawalan Kelajuan dengan memilih tahap penyedutan dari minima ke tahap maksimum untuk pembersihan lebih berat
  • Tube Telescopic yang boleh diselaraskan panjangnya sehingga 2.5 meter mengikut keperluan penggunaan.

Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Selepas Digunakan Sendiri

Cukup mudah untuk digunakan dan cukup bertenaga.  Apa yang paling penting, nak cuci keluar habuk dan serpihan di dalam mesin pun cukup mudah. Boleh nampak ketebalan habuk dari tabung habuk yang jernih. Wayar untuk plug eletrik pun panjang, boleh digunakan kat seluruh ruangan depan rumah dan lepas guna tu boleh tekan untuk sorok wayar tu. 

Ada manual yang comel dan paling mudah kita cuma perlu scan barcode untuk 

Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Dan Tips Membeli Mesin Hampagas Untuk Rumah

Dalam dok google tu ternampak beberapa perkara menarik tentang vacuum cleaner ni yang kita kena tahu.

Mengikut Consumer Report, vacuum cleaner lifespannya adalah 8 tahun tapi bergantung kepada jenama dan cara kegunaan kita dan kalau ada vacuum yang kecil takkan la kita nak guna untuk ruangan rumah yang besar kan

5 Benda yang harus dielakkan sewaktu menggunakan Vacuum Cleaner

  • Bahagian kaca yang besar macam kaca dari gelas yang pecah yang besar tapi yang serbuk kaca yang kecil memang kena vacuum sebab kalau guna penyapu memang tak cukup bersih
  • Fine dust
  • makanan basah dan lembap
  • Abu dari fireplace
  • duit syiling, paperclips atau semua benda kecil
  • Rambut
  • Gravel
  • Dry cereal

Review Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner Dan Tips Membeli Mesin Hampagas Untuk Rumah


Memang puashati dengan Hetch Cyclonic Vacuum Cleaner dan memang recommend anda dapatkan untuk kegunaan rumah yang memudahkan kerja seharian kita. 

Nak beli boleh terjah ke PG Mall, Shopee atau Lazada.