Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan | Setinggi-tinggi penghargaan buat rangkaian restoran khidmat segera, McDonald’s Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan sentiasa peka dalam menghargai mereka yang bekerja secara tidak langsung dalam masa di Malaysia yang masih hebat dan tidak berputus asa dalam menangani pandemik Covid19 sejak dari tahun lepas.

Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

Selain membuat penghantaran percuma kepada para pekerja dan petugas penjagaan kesihatan di barisan hadapan, Mc Donald’s Malaysia juga tidak melupakan jasa serta penat lelah para penghantar makanan di seluruh negara dengan membelanja seramai 65,000 rider penghantar makanan dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Bagi pihak Mc Donald’s Malaysia, para penghantar makanan adalah juga frontliner yang wajar dihargai juga turut memainkan peranan penting serta bertungkus lumus dalam memastikan rakyat Malaysia tidak terasa tertekan semasa PKP dan mereka dapat menikmati keenakan setiap hidangan Mekdi tepat pada masanya.

Sehubungan itu, Mc Donald’s Malaysia telah menjayakan kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu sebagai sebahagian usaha untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama dalam menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang berkhidmat tanpa jemu untuk memberikan senyuman kepada kita.

Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, para penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) di seluruh negara telah dapat menebus hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang, pada 12 Julai, di restoran McDonald’s seluruh negara.

Orang ramai juga dijemput untuk turut sama dalam kempen ini sebagai menghargai dan tanda terima kasih kepada semua penghantar makanan, dengan berkongsikan gambar atau video bersama #RiderKu di media sosial dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.


“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar. 

Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia

 
Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” kata Roslina Talhad

Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

Roslina Talhad merupakan seorang ibu kepada lima anak, yang perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

 

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.” Kata William Quah

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” tambah beliau lagi.

Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

William Quah merupakan seorang penghantar makanan yang telah berkhidmat di McDonald’s Malaysaia selama dua tahun.

 

 

Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.” kata Mohamad Azyhan Musa.


Mohamad Azyhan Musa, merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

 Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan

Tahniah dan terima kasih McDonald’s Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan sentiasa peka serta tidak berkira dalam menghargai semua lapisan masyarat. Sama juga kepada para rider penghantar makanan yang sentiasa bersedia memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kesukaan tepat pada masa yang dikehendaki walau terdapat rintangan PKP dan dalam masih berdepan dengan pandemik Covid-19 yang tidak pasti bila kesudahannya.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, anda boleh dapatkan berita terkini dengan melawat ke Facebook McDonald’s Malaysia melalui www.facebook.com/My.McDonalds

Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan  Kempen #LekLuMcDBelanja Hargai Rider Penghantar Makanan Reviewed by Fuzy Hamid on July 23, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. inisiatif yang sangat menghargai para foodpanda , diorang pun forntliner juga berkorban untuk hantar makanan yg customer tempah sampai ke depan pintu rumah

    ReplyDelete
  2. Banyak kali pakai servis rider dari Food Panda sampai la rider COD direct kedai.. kadang-kadang bila keadaan tak mengizinkan untuk keluar memang terasa sangat keperluan servis para rider :)

    ReplyDelete
  3. wwaaaaa tak adil mekdi belanja diaorang, diaorg bukan susah pun, gaji boleh dapat RM 3,000 seminggu. Pakai Ysuku, Y15 lagi, aku pakai motor cabuk, patut belanja orang susah!

    ReplyDelete
  4. Bagus la mcd, buat mcm nie rider2 akan rsa dihargai..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.