Cara Selesaikan Masalah AdSense Publisher Policy Violation Report | Memang sakit hati bila buka email, ternampak pulak ada email dari Google mengatakan ada artikel yang ditulis menyalahi polisi. Garu kepala tak gatal, sambil dok fikir buat pening kepala dan sakit hati.  Dalam hati pasti terfikir kenapa ada orang yang buat complaint pada Google tapi sebelum kita marah tu, kenalpasti artikel mana yang dikatakan menyalahi polisi.

Violation bererti pelanggaran atau pencabulan atau penyalahgunaan mengikut definasi dari pihak Google.

iPhone anda bermasalah dan perlu diperbaiki, boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 

Chamo

017-282 8089

118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor


Tarik nafas dan jangan panik, sila ikut panduan ni yang cukup mudah untuk selesaikan masalah yang anda hadapi dengan senyuman. 

1. Log masuk ke akaun adsense. Kalau dari dashboard, buka Earnings - view earnings

2. Klik akaun dan terus ke Policy Center

3. Pergi ke Site with enforcements", cari dan klik pada site with the enforcement


Cara Selesaikan Masalah AdSense Publisher Policy Violation Report

4. Klik anak panah bawah (down arrow) untuk buka maklumat larangan (no 3) dan lihat artikel mana yang kena violation tu.


Cara Selesaikan Masalah AdSense Publisher Policy Violation Report


Dah tahu artikel mana yang dikatakan melanggar polisi tu, sila buka entri tu. Kalau ada link atau ayat yang mungkin tidak dibenarkan, edit apa yang perlu atau padamkan artikel tersebut.

5. Bila dah buat apa yang perlu, klik Request  review. Siap dan tunggu email dari pihak Google.


Nota:

  • Kebiasaanya review ke atas site akan dilakukan dalam tempoh 1 minggu atau mungkin lebih. Berdasarkan review, larangan akan dialih tapi sekiranya ada isu lain, pemberitahuan akan dikemaskini dengan segera.
  • Pastikan jika terdapat sebarang user-generated dan third-party content didalam page (seperti komen, konten yang disyorkan dan iklan) untuk memastikan pelanggaran yang diperkatakan dibuang atau diubah.