Lirik Lagu Sampai Tua Di Shuib Channel

Beberapa hari lepas tonton youtube untuk reply komen kat channel sendiri dan ternampak Shuib baru upload video di channel youtube miliknya menyanyikan lagu 'Sampai Tua". Ya Allah, menusuk sungguh lirik tu sampai dengar berkali-kali dan siap noktahkan untuk buat konten kat blog. Shuib berkongsi satu video kenangan bersama Allahyarhamah Siti Sarah ketika mereka mendendangkan lagu berjudul ‘Sampai Tua


Menurut Shuib, momen bersama Allahyarham isterinya mendendangkan lagu Sampai Tua itu dirakam pada 20 Mac 2020 dengan kehadiran Aidid Alfian yang merupakan pemilik lagu berkenaan sedang bermain gitar.


Lirik Lagu Sampai Tua Di Shuib Channel

Lagu ini kami dah dengar 11 tahun yang lalu dan tahun lepas pada 20 Mac 2020, pemilik lagu Aidid Alfian datang ke rumah untuk ambil key saya dan arwah sebab memang kami bercadang untuk jadikan ini lagu duet kami. Tapi Allah SWT Maha merancang. Lagu ini tak sempat di record. Allahuakbar, Allah Maha Besar.


Lirik Lagu Sampai Tua Di Shuib Channel

dinda kau masih paling jelita

walau sekarang gigi mu tinggal dua

hati senang mataku lapang

tinggal aku

ku pandang tak pincang


dinda kau masih ratu dijiwa

walaupun ukuran pinggang mu berganda

kau teristimewa paling berharga

bidadari yang buat aku bahagia


meskipun langkah abang sudah tak panjang 

meskipun kini mata abang sudah tak terang

namun telah dulu abang kata

kasih abang kan mengharung masa

sampai tua


dinda kau masih intan mahkota

walaupun rambut mu beruban semua

sejuk rasa bila bersama

jelas tergambar bayangan syurga


dinda kau masih sandaran kanda

walaupun dikau makin berbongkok tiga

sejarah kita sungguh sempurna

tiada apa ku mahukan berbeza


meskipun langkah abang sudah tak panjang 

meskipun kini mata abang sudah tak terang

namun telah dulu abang kata

kasih abang kan mengharung masa

sampai tua


dinda kau kini kasih di Syurga

walaupun kita dah berjanji setia

cerita kita tak sempat tua

dinda menanti di pintu Syurgaaaa


Lirik Lagu Sampai Tua Di Shuib Channel Lirik Lagu Sampai Tua Di Shuib Channel Reviewed by Fuzy Hamid on September 28, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Al-Fatihah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman

    ReplyDelete
  2. sedih betul kisah diaorang ni... :-(

    ReplyDelete
  3. Suka lagu ni. Kita tak tahu betapa rindunya Shuib dengan anak-anak merindui isteri dan ibu mereka.
    Al Fatihah untuk Siti Sarah Raisudin

    ReplyDelete
  4. tengok di youtube mesti lagi syahdu sebab ada video

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.