Tonton Drama The Hotel Lakonan Mira Filzah Dan MK K-Clique Di Astro Ria | Drama The Hotel Lakonan Mira Filzah Dan MK K-Clique Di Astro Ria | Siapa dah tonton drama bersiri 'The Hotel' sila angkat tangan? Kalau belum, memang kena tonton sebab Mira Filzah memegang watak yang tetap manis tapi bersifat psikopat dan MK pula si pakar patologi penipu. Mak dia si Hani Yasmin yang cantik tu tapi seksi wehhh. Lokasi Drama The Hotel ni di Lexis Hibiscus Port Dickson ni memang cantik.

Drama ni turut menampilkan gandingan bersama Sean Lee dan penyanyi handsome MK K-Clique serta beberapa pelakon lama yang hebat. Drama ini telah pun bersiaran sejak 15 September  di slot MegaDrama Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam

 


Drama dengan 24 episod ini diarahkan oleh Helmi Yusof dengan idea asal dari Micheal Ang merupakan terbitan produksi Juita Viden.

Penulis Skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon

Barisan Pelakon : Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah, Amir Nafis


Watak Pelakon

MK K-Clique sebagai Sean | Mira Filzah sebagai Raisa | Sean Lee sebagai Umar | Natasha Elyzza sebagai Umaira | Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa | Eina Azman sebagai Julia | Yasmin Hani sebagai Maya | Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas | Nabil Aqil sebagai Arman | Azhar Amir, sebagai Syed Jamaluddin | Asha Merican sebagai Marsha | Ku Faridah sebagai Miss Ros | Alif Hadi sebagai Tengku Arif | Amir Nafis sebagai Tengku Adam


Lagu Tema (OST ) : K-Clique - Sebelum


Sinopsis Drama The Hotel

Mengisahkan tentang Raisa seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.

Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

Tonton Drama The Hotel Lakonan Mira Filzah Dan MK K-Clique Di Astro Ria


The Hotel Drama Episod 1


The Hotel Drama Episod 2

Raisa cukup tidak menyukai Razull Illyas, teman istimewa ibunya yang sering menggangu dia. Kemunculan Sean yang mengenalkan diri sebagai doktor patologi dan Julia, janda kaya yang mendapat harta hasil perceraian dengan suaminya seorang producer filem Indonesia. 


The Hotel Drama Episod 3

Sharifah Hanisa berjumpa Julia dengan harapan Julia dapat membantu melabur dalam bisnesnya namun Julia membantu untuk memperkenalkan sahabatnya yang berminat. Sewaktu keluar dari cafe, dia cuba mengelak dari Maya namun menyapa Sharifah Hanisa dan menunjukkan foto suaminya bersama seorang perempuan dalam keadaan mesra. Muncul watak Temgku Arif, sahabat Julia yang seakan berkenan dengan Umaira yang mengambil tempat ibunya untuk membentangkan proposal bisnes. Sewaktu dijemput Tengku Arif ke biliknya, Umaira membawa Raisa, Umar dan Sean. Memang geram tengok perangai Raisa yang tidak tahu malu dan Raisa mengajak mereka semua bermain game, 'Truth of Dare'. Rupanya Tengku Arif mengenali kedua ibubapa Raisa dan tersingkap rahsia keluarga Raisa.


The Hotel Drama Episod 4

Tengku Arif mati. Siapa bunuh Tengku Arif yang mulut jahat tu. Dalam sesi soal siasat semua saling menyalahkan satu sama lain.


The Hotel Drama Episod 5

Kesian kat Sean sebab kat hotel, dia tak boleh enjoy macam-macam sebab orang syak dia pembunuh sampai nak makan pun tak boleh masuk cafe. Sharifah Hanisa ni sejenis tak tahu malu juga. Tapi kenapa Umar marah betul pada Sean. 

Razull pula meninggal?

The Hotel Drama Episod 6


The Hotel Drama Episod 7