29 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan Manis Dan Masam

Ehh betul ke dah 29 tahun usia perkahwinan kami ni, duduk sebumbung, tidur sebilik dengan pelbagai kenangan manis dan masam? Tak perlu nak cubit pipi atau paha sebab memang 29 tahun pun kami dah bergelar suami isteri.

Setiap perkahwinan tu tak terlepas dari pertengkaran tapi tidaklah sampai bergaduh besar atau masam muka berminggu-minggu. Tidak semua apa yang dia suka, kita akan suka begitu sebaliknya. Sebagai suami isteri, kita akan cuba saling melengkapi satu sama lain, memahami kerja masing-masing dan tanggungjawab masing-masing serta saling membantu. 


Tarikh 01 November 1992 tarikh pernikahan kami, sewaktu saya berusia baru 23 tahun 3 bulan dan usia en suami baru 25 tahun dan kemudian menyambut kelahiran putera sulung pada tahun berikutnya. Bila dikenang dan diingat balik, memang buat saya tersenyum, betapa cepatnya masa berlalu.


Seperti tahun-tahun lepas, tiada sambutan istimewa candle light dinner atau makan di kedai makan (pernah beberapa kali jer dulu) sebab en suami suka kalau anak-anak ada sekali untuk raikan bersama-sama. Apa pun yang pasti, akan ada kek Tiramisu istimewa (semestinya kek dari Chef Ross - hp no:  013 324 2799) seperti kek harilahir en suami. Mungkin tahun depan bila sambutan 30 tahun, boleh la buat special tu pun kalau tak sibuk dan masih diberikan kesihatan yang baik untuk kami semua.

Ya Allah, limpahkan selalu rasa cinta dalam keluarga kami supaya kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera rumah tangga. Ya Allah, berikahlah keluarga kami kedamaian dan beriknlah perlindungan dan rahmat dariMu.

Jadikanlah keluarga kami untuk saling melengkapi, saling mengajarkan tentang akhlak dan keikhlasan, saling menjaga diri saat berjauhan, dan saling memahami.

Semoga Allah SWT jadikan keluarga kami menjadi sakinah, mawadah, warahmah. Dan ingatkan kami untuk menyempurnakan ibadah kami, jadikan kami pasangan yang dapat bertemu di akhirat kelak.




Buat en suami, thank your for the wonderful 29 sweet and sour years of our days and still counting!

29 tahun penuh ceria dan gelak ketawa, masam dan manis kehidupan bersama dirasa walau sesekali (banyak kali) masakan dirasa tanpa rasa. Adakala terlebih gula manisnya, terkadang terlebih garam tapi masih tidak pahit hendaknya.

Terima kasih my darling half, yang sentiasa ada, sentiasa membantu walau kita sering tak bersependapat tapi kita selalu rapat. Citarasa dan selera sering tidak sama berbeza, itulah the wonderful colours of our life.

"Falling in love is easy but staying in love is SPECIAL"


Seperti tahun-tahun lalu, ayat en suami sama jer..hehe. Mujur dia tak lupa sebabnya selalunya 3 perkara yang selalu suami akan lupa iaitu tarikh lahir isteri, tarikh lahir anak-anak dan tarikh ulangtahun perkahwinan.

Sedar tak sedar 29 tahun kau mendampingiku, 29 tahun kau memahami karenah ku walaupun kerenah ku sering bertukar2 dan makin sukar utk difahami mungkin faktor usia kian meningkat, 29 tahun susah payah bersamaku 29 tahun hadapi segalanya bersamaku terimakasih permataku Fuzy Rahamah Hamid kerna masih bersamaku......semoga ianya sampai kehujung hayatku.....

Kalau dia lupa mau saya akan mogok tak masak selama berapa hari dia lupa, eh mampu ke saya buat? hehe 

29 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan Manis Dan Masam 29 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan Manis Dan Masam Reviewed by Fuzy Hamid on November 04, 2021 Rating: 5

7 comments:

  1. Lamanya...saya baru 4 tahun 😅.Selamat ulangtahun perkahwinan kak.

    ReplyDelete
  2. romantik dan sweet je akak dan family, macam baru-baru kawin gitu heheheh...

    happy 29th anniversary both, moga kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  3. sama mcm parent sy. 28 tahun bersama. selamat ulangtahun perkahwinan.

    ReplyDelete
  4. happy anniversary kak... alhamdulillah 29 thn dah belom masuk tahun² perkenalan lg kan? sy doakan akak #tilljannah... aamiinn

    ReplyDelete
  5. Happy Anniversary Kak Fuzy! Semoga terus bahagia dunia & akhirat ❤️ lots of love!!!

    ReplyDelete
  6. awww bersemut habis kak fuzy and husband. happy anniversary ye semoga kekal bahagia til jannah

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.