McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan RM 2 Juta Tahun 2021 | Tahniah dan terima kasih McDonald’s Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan sentiasa peka bukan hanya dalam membantu semua lapisan masyarakat dalam negara dan turut membuat sumbangan dalam bentuk zakat perniagaan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.


Rangkaian restoran khidmat segera, McDonald's Malaysia baru-baru ini mengumumkan  pembayaran zakat perniagaan tahun 2021 berjumlah RM2 Juta. Jumlah tersebut merupakan  jumlah terbesar sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat perniagaan dan semenjak syarikat itu diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd.,  sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.



McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan RM 2 Juta Tahun 2021


Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di kesemua restoran di seluruh negara. Sehingga kini, McDonald’s mempunyai lebih 300 restoran di seluruh negara dan mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya.  Kewujudan McDonald’s dalam negara bukan hanya memberikan pelbagai peluang pekerjaaan buat rakyat Malaysia, tapi para pekerja juga dapat mengembangkan kerjaya dengan pelbagai latihan dan pembangunan yang disediakan oleh pihak McDonald’s.
 

 Menurut Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, sebagai entiti perniagaan yang dimiliki 100 peratus oleh umat Islam, adalah menjadi suatu tuntutan dalam agama Islam untuk pihak McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan yang boleh diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Zakat juga adalah merupakan salah satu tuntutan dari lima rukun Islam. Oleh itu,  sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara, menyantuni komuniti di tempat ianya beroperasi akan sentiasa menjadi keutamaan pihak McDonald’s Malaysia. Beliau turut berharap sumbangan zakat yang disumbangkan  kepada semua 14 negeri akan terus dapat membantu golongan fakir miskin di seluruh negara, terutamanya dalam keadaan hidup semasa yang penuh dugaan ini.


McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan RM 2 Juta Tahun 2021

Majlis penyampaian zakat yang diadakan di McDonald’s Putrajaya Presint 2, turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk  Ahmad Marzuk Shaary yang meluangkan masa untuk menyaksikan sumbangan zakat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar kepada wakil daripada kesemua 14 Agensi Pungutan Zakat.


“Sumbangan zakat adalah penting dalam menyokong kebajikan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan. Dengan pembayaran Zakat perniagaan oleh McDonald’s Malaysia, diharap ia dapat membantu Agensi Pungutan Zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan,” kata Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan RM 2 Juta Tahun 2021


“Halal di McDonald’s Malaysia merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi, daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal, hingga kebersihan restoran dan program komuniti yang syarikat turut serta,” kata Azmir.

Untuk rekod, McDonald’s Malaysia merupakan antara restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekaligus membuktikan McDonald’s tidak pernah menyumbang sebarang dana kepada pihak Israel.


Mungkin orang ramai masih ingat, beberapa tahun lalu McDonald's menjadi sasaran kempen yang digerakkan beberapa pihak untuk mengajak rakyat memboikot rangkaian global perkhidmatan makanan restoran McDonald’s dengan mendakwa ianya menyumbang dana kepada Israel yang mengancam nyawa umat Islam di Palestin. McDonald's Malaysia kemudian tampil mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyumbang dana seperti yang didakwa. Perkara ini disokong dengan pemegangan saham 100 peratus rakyat tempatan dan pemegang saham terbesar adalah Muslim.

McDonald’s Malaysia juga turut terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST, dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia.

Bagi memastikan standard Halal yang ketat yang sentiasa dipatuhi di McDonald’s Malaysia, syarikat ini juga telah membentuk Jawatankuasa Halal Dalaman pada tahun 2013 untuk memantau pematuhan penuh secara menyeluruh.


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, anda boleh dapatkan berita terkini dengan melawat Facebook McDonald’s Malaysia dengan melayari www.mcdonalds.com.my.