Abang Viva Buktikan Mampu Bantu Mangsa Banjir Dengan Berbekal RM50 Dan Bot Pancing |Banjir yang melanda secara mengejut di Selangor pada 18 Disember cukup membuat rakyat Malaysia terkejut. Mana taknya secara tiba-tiba banjir besar yang mengorbankan kediaman dan nyawa penduduk. Umi cukup bersimpati dengan mereka yang dilanda musibah tanpa diduga kerana kita semua tahu musim tengkujuh negeri yang berrisiko adalah negerei-negeri di Pantai Timur.


Sememangnya saya berharap agar hujan kerana cuaca panas dan hujan dah lama tak turut tapi hujan pada malam Jumaat (di tempat tinggal saya) berlarutan hingga ke hari Sabtu dan semakin lebat menjelang petang. Memang tak terduga akan berlaku bah yang cukup meninggalkan memori duka buat rakyat Malaysia.  Lazimnya hujan lebat akan mengakibatkan banjir di ibukota terutama di Masjid Jamek dan sekitarnya tapi bila banjir melanda Shah Alam, memang tidak pernah diduga.

Banjir yang melanda pula bukan sekadar banjir takat buku lali atau takat betis tapi banjir yang memusnahkan banyak rumah hingga penduduk menyelamatkan diri di atas bumbung.

Memang cukup sebak tengok keadaan banjir di kaca televisyen dan tak boleh bayangkan ada diantara mangsa bergelap di waktu malam dan duduk di bumbung tanpa bantuan dari pihak berwajib. Elektrik dipotong bagi mengelakkan kemalangan jiwa akibat arus eletrik

Abang Viva Buktikan Mampu Bantu Mangsa Banjir Dengan Berbekal RM50 Dan Bot Pancing

Rakyat menjadi cukup marah bila tiada bantuan dari pihak kerajaan yang dilihat ambil ringan kejadian banjir di Selangor juga di Negeri Sembilan malahan ada menteri yang berseronok bercuti di luar negara. Memang mengundang marah orang ramai dan semalam PM minta mereka balik pun macam panggil anak-anak balik rumah tanpa kesungguhan.

Mujur tampil beberapa NGO seperti Dana Kita, Ustaz Ebit Lew, Harith Iskander, Tuan Khairul Abdullah dan beberapa NGO lain hadir membantu mangsa banjir dengan sumbangan rakyat Malaysia yang perihatin.

Abang Viva Buktikan Mampu Bantu Mangsa Banjir Dengan Berbekal RM50 Dan Bot Pancing


Paling membuat saya tersentuh ialah bila seorang pemuda dari Melaka, Azwan Omar mengambil keputusan memohon cuti kecemasan daripada majikannya di Melaka untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir di situ dengan modal RM50 dan bot pancingnya yang diletakkan diatas kereta Vivanya.

Hanya one man show, tanpa krew tanpa kamera, Azwan Omar atau kini dikenali Azwan Omar Viral sesungguhnya cukup berani membuat keputusan spontan pada Sabtu lalu bagi menyelamatkan nyawa puluhan mangsa yang terperangkap dalam kediaman mereka, susulan banjir yang disifatkan terburuk di Selangor.

Antara mangsa banjir yang diselamatkan Azwan adalah pasangan warga emas, termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baharu dilahirkan.

Dikatakan Azwan mengalas perut dengan hanya roti dan air serta tidur dalam botnya, namun tekadnya untuk membantu mangsa banjir tidak luntur.


Abang Viva Buktikan Mampu Bantu Mangsa Banjir Dengan Berbekal RM50 Dan Bot Pancing

Walaupun dijulang oleh warganet sebagai miskin wang tetapi kaya budi, Azwan tidak mendabik dada, sebaliknya bersedih memikirkan nasib mangsa yang diselamatkan dan juga mereka yang maut.


Ini jujur saya cakap, saya daripada Melaka hanya berbekalkan RM50, dengan RM50 itu saya beli minyak untuk bot RM20, dan RM30 saya guna untuk beli makanan seperti roti dan air untuk alas perut,” katanya.


Abang Viva Buktikan Mampu Bantu Mangsa Banjir Dengan Berbekal RM50 Dan Bot Pancing

Bila terbaca yang khutbah Jumaat ada diselitkan doa buat Azwan Omar lagi buat hati saya tersentuh dan sebagai seorang ibu, saya pasti ibunya tersangat bangga punya anak yang cukup ikhlas menolong walau tidak kaya harta tapi kaya pekerti dan nilai murni.

Kalau dapat bertemu dengan Azwan Omar ni pasti ramai orang nak bergambar kan sebab dia adalah hero kita.

Semoga dia terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan usaha dia membantu orang ramai.