SAFI Youth Gold Anjalkan Kulit Dan Atasi Masalah Dagu Berlapis Sepantas 15 Minit | Bukan semua wanita dikurniakan kecantikan kulit muka yang sihat dan tampak muda tanpa penjagaan secara rapi ataupun kekal nampak kulit cantik dengan bantuan alat solek. Sejak usia semakin meningkat, jelas sungguh double chin kelihatan kat wajah yang payah nak disorok tapi saya baru tahu ada serum untuk atasi masalah yang meruntun para wanita..nak tahu tak?

Usia yang semakin tua bukan bermakna kita harus biarkan kulit kita menua bersama apatah lagi ada produk yang boleh kita guna untuk kekal cantik walau sudah berusia. Wajah yang cantik turut membantu kita dalam memberi keyakinan pada diri dan memberi impak positif dalam kehidupan kita seharian dan menambahkan kegembiraan dalam kehidupan kita dan orang-orang disekeliling. Betul kan!


Ya, serum untuk masalah double chin atau dagu berlapis dari rangkaian SAFI Rania Gold. Kedua-dua produk tersebut SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan  Lifting 24K Serum Cleanser yang di formulasikan bagi mengurangkan masalah dagu berlapis (double dhin) dalam masa 15 minitdan sehingga *50% ! 



1. Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

2. Lifting 24K Serum Cleanser 


SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser


Pembersih wajah diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.

Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.

Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.

Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.

Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.


Cara Penggunaan :

  • Cuci muka dan bersihkan wajah dari sebarang solekan.
  • Picit cleanser ke tapak tangan dan gosok sehingga berbuih kemudian sapu buih ke muka. Urut perlahan dengan lembut menggunakan jari kelingking dan jangan beri tekanan kuat pada wajah
  • Kemudian, bersihkan muka dengan air dengan dap, dap muka yang masih ada air. Jangan terus lap muka dengan tuala selepas dicuci kerana ini akan akan mengeringkan kulit muka.
  • Ambil toner dan sapu bagi mengecilkan pori, moisturizer dan kemudian serum


SAFI Youth Gold Lifting Golden-C Duo Serum


Formulasi serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan °Pembaharuan Keremajaan Kulit 7D dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. *Kulit kelihatan lebih tegang seawal 15 minit agar lebih muda, anjal dan berseri.

*Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal.

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.

Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.

Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.

Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.


Cara Penggunaan :

  • Titiskan 2 atau 3 titisan ke wajah atau letakkan titisan di tapak tangan, sapukan ke wajah dengan membuat urusan lembut sehingga serum meresap ke kulit wajah.


Nota :

Sebaiknya digunakan selepas dicuci dengan cleanser, disapu dengan toner dan selepas menggunakan moisturizer.


Jadi secara keseluruhan, gandingan kedua-duanya memberikan beberapa manfaat pada wanita pada masa yang sama memerlukan rawatan wajah anti penuaan antaranya: 

1. Merawat secara mikro serta mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur. 

2. Mampu mengurangkan 50% dagu berlapis dalam 15 minit. 

3. Kulit kelihatan lebih muda dengan lebih anjal, runcing dan tirus.

4. Produk tidak melekit atau berminyak serta mudah meresap dan selesa serta ringan pada kulit wajah.

5. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C yang biasa.

6. Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit.


Harga :

Lifting Golden C Duo Serum (RM59.00 r.c.p) - https://bit.ly/3izM0fm

Lifting 24K Serum Cleanser (RM19.80 r.c.p) - https://bit.ly/3FpssEj

Kedua produk ini boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. 


Pendapat Sebagai Pengguna Safi Youth Gold

Pertamanya kedua produk ini cukup membantu kulit saya lebih anjal, tegang dan mengurangkan garis-garis penuaan yang hampir kelihatan. Semestinya saya cukup puas hati dan berani untuk syorkan kepada orang lain tapi suka diingatkan tidak semua akan mendapat keputusan seperti saya kerana faktor penjagaan awal dan jenis kulit.

Keduanya, harga kedua-dua produk memang sungguh memberi penjimatan berbanding produk lain memandangkan keadaan ekonomi masakini

Ketiga, SAFI bukan produk baru bahkan cukup dikenali dalam membantu penjagaan kulit wajah dan tak boleh ketepikan untuk milik kulit cantik walau telah berusia untuk menambah keyakinan diri dan motivasi pada diri sendiri.


Bagi mendapatkan butiran lanjut terkini untuk sebarang promosi anda boleh dapatkannya di social media SAFI

Instagram - @safimalaysia 

Facebook - @SAFI.My 

Twitter - @SAFImalaysia 

Youtube – SAFI Malaysia


#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia #beautyblog #iamfuzydotcom