Drama I Promise Janji Anaqi  | Rindu nak tengok Emma Maembong berlakon dalam drama yang mengait emosi macam lakonan dia dalam Astana Cinta Aleesa dan drama Cemburu Seorang Perempuan. Memang kalau bagi watak psiko atau terdera emosi pada Emma Maembong tu memang kita pun turut terdera emosi jugak. Kalau waktu gangster tu memang sesuai dengan Shahnaz yang juga pelakon hebat yang boleh bawa pelbagai watak walau watak kelakar juga.

Drama I Promise Janji Anaqi, drama adaptasi penulis novel Acik Lana akan mula bersiaran hari ini 6 Disember 2021 di Saluran Astro Ria (104) jam 11 malam,  setiap Isnin hingga Khamis.

Acik Lana ni antara penulis favorite dan saya ada koleksi novel-novel Achik Lana yang sempat saya tulis review dan ada yang masih dalam proses, boleh baca kat SINI


Pelakon Dan Watak Lakonan I Promise Janji Anaqi

Hayla (Emma Maembong), Anaqi (Shahnaz Ahmad), Zafran (Talha Harith), Aisyah (Dayana Roza), Luthfi (Ellyas Abdullah), Julia (Ferqisha), Intan (Alicia Amin), Issac Iman


Baca review novel Cemburu Seorang Perempuan


SINOPSIS I PROMISE JANJI ANAQI

Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.

Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!

Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.

Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.

"Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi


Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?




Pengarah : Hadith Omar | Produksi : Juita Viden | Penulis Skrip : Nazri M Annuar, Amar Amir 


Lagu Tema / OST

Janji Sampai Mati - Hasif Upin